𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08
Pandanganku kini tertumpu pada pakaiannya yang menyerupai fesyen kakakku. Kejadahan apakah ini?Ini kali kedua terjadi pada diriku. Tolonglah, jangan apa-apakan aku lagi? Aku lantas menyilang tangan agar tidak diserang gadis itu.
"Hey kenapa ni?"
Apabila terdengar suara yang biasa diketahui, aku pun turunkan tangan lalu memfokuskan pandangan pada wajahnya. Himawari?
"Eh macam mana kau ada dekat sini?" soalku yang baru tahu gerangan si dia.
"Patutnya aku tanya kau soalan tu" balasnya dengan mengguling atas anak matanya.
"Hehe, sebenarnya noona aku ajak temankan dia, katanya nak siapkan kerja kursus." terus terangku memandangkan Himawari agak terpinga-pinga akan keberadaanku di sini.
"Ha kau pula kenapa ada dekat sini?" soalku buat kali kedua. Hampir kering air liurku dibuatnya, asyik-asyik bertanyakan soalan yang sama.
"Kau kan tak jadi datang rumah, so aku datang sini lepak-lepak baca ni ha" Hima mengangkat sedikit buku dipegang sebelum mata bundarnya beralih kembali pada petikan dalam buku tersebut.
Tergeleng-geleng kepalaku disaat melihat pemakaian Hima yang tak ubah seperti kakakku. Taik cicak betul!
Sekali lagi mataku tertancap pada Hima, kemudian pandanganku jatuh pada tajuk novel yang dibacanya tekun.
"Dead Leaves?" soalku sementara melihat nama pengarangnya, Janice N.Thompson.
Pembacaan Hima tergendala melihatkan wajah tampanku berkerut seribu.
"Novel ni mengisahkan pasangan kekasih yang bahagia dimana mereka berjanji takkan berahsia sesama sendiri. Tapi—"
Kata-katanya yang berjeda seketika menarik perhatianku untuk mendengar penceritaan disampaikan Himawari.
"Tapi apa?" aku terus mengambil tempat bersebelahannya.
"Si teman wanita rahsiakan masalah kesihatannya, penyakit yang dialami si dia ni pula akan lebih teruk kalau musim luruh tiba"
"Kenapa pula?"
"Aigoo sabarlah bagi aku baca habis dulu. Ni baru separuh buku aku baca" Himawara memaparkan wajah tak berpuas hati lantas kembali membaca isi cerita novel tersebut.
Melalui pengamatanku, Himawari seperti kurang senang keberadaanku di sini, jadi aku pamit terlebih dahulu sebelum mengatur kembali langkah ke tempat aku duduki bersama DaWoo unnie.
Namun, lenganku tiba-tiba diraih seseorang, tak sahlah kalau satu-satunya manusia yang bersebelahanku ini.
"Janganlah pergi, temanlah aku baca" pinta Himawari. Pegangannya pada lengan bukan mahu dilepaskan, malah lebih dieratkan lagi.
"Tadi aku tengok muka kau macam tak suka je aku datang sini, tu aku nak blah"
"Mana ada, dah tu memang muka aku" Himawari menurunkan pandangan, bukan pada petikan buku, tetapi pada lantai.
Entah kenapa perasaan kasihan menerjah dalam diri. Walhal, kami berdua baru saja berkenalan. Mana mungkin perasaan sebegitu mudah bertandang ke hati.
Aku mula mengeleng sendirian, cuba mengelak menyoal perasaan diri sendiri dan biarkan ia berlalu pergi.
"Sekejap je aku pergi, nak bagi buku ni. Tak pasal-pasal, tak menyempat pulak noona aku nak siapkan kerja kursus dia tu" tangan kecilnya aku leraikan perlahan-lahan.
Mendengarkan aku berkata begitu, Himawari akur lalu membiarkan aku hayunkan kaki ke tempat DaWoo. Mujur kali ini dia berada di situ.
"Nah noona, buku ensiklopedia menatang apa entah—ouh ni nak bagitahu, nanti ada budak perempuan spec tebal nak pinjam buku tu, noona terus bagi pada dia" pesanku sebelum membuka langkah.
"Eh nak pergi mana pulak ni?" langkahku ke sana terhenti mendengarkan soalan DaWoo noona.
"Seok nak pergi bacalah, dah alang-alang dekat sini" sengaja bagi alasan sebegitu, padahal nak temankan Himawari.
"Hm yela-yela" ujarnya lalu matanya kembali menatap skrin komputer riba.
Aku pun menghayunkan semula langkah ke lokasi Himawari yang berada dibalik rak-rak yang besar.
Namun setibanya kawasan berdekatan tempat Himawari berada, aku diserang perasaan pilu setelah ternampak Himawari memeluk rapat lutut sambil-sambil teresak-esak menangis.
Tanpa berfikir panjang, langkahku sengaja dilajukan untuk menghampirinya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Sorry entry tak umph sangat, Wauthormelon akan update yang umphnya nanti 👻
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴
Jugendliteratur©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Akibat tersilap tegur orang yang pemakaiannya sama seperti kakak sendiri. ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ 𝙵𝚎𝚎𝚕 𝚏...