𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10"Nah ambiklah buah tangan tak seberapa ni. Ni je aku mampu beli dari Langkawi. Kalau tak, nak saja bawak balik Dataran Lang kasi kat kau" bicaranya bernada gurauan lalu menghulurkan bungkusan berupa hamper padaku.
"Kau ni kan, kalau tak buat lawak tak sah" aku meraih hamper yang dipenuhi coklat kegemaranku, Snickers antaranya.
"Terima kasih" ucapku sebelum melirik mata pada wajahnya
"Himawari kau okey tak ni?" risauku kian menggunung tatkala wajah Himawari yang dulu berseri-seri kini kusam dan tak bermaya.
"Aku okey je" katanya diselangi senyuman mekar, cuba untuk menyedapkan hatiku.
"Kalau macam tu, jom keluar sama-sama nak tak?" usulku tanpa segan silu. Kami masih lagi kawan rapat, bukan pasangan kekasih.
Lagipun aku sedar, usia yang baru menginjak 13 tahun masih mentah untuk bercinta cintun.
Himawari sekadar mengigit alur bibir bawah lalu menunduk ke lantai "Em aku teringin nak outing macam kawan-kawan lain— tapi mommy ak—"
"—Pergi sajalah, Himawari. Mommy benarkan" bicara pemilik suara yang membelakangiku. Kepala dipaling ke belakang sana sebelum aku bingkas bangun dari tempat duduk. Tunduk hormat turut kulakukan.
"Lagipun mommy tengok Seok ni budak baik" wanita berbangsa Eropah tersenyum simpul padaku. Ini kali pertama aku menatap wajah ibunya setelah hampir 3 bulan kami berdua berkenalan.
Aku tak menyangka wajah Himawari saling tak tumpah seperti ibunya, meskipun wajah ketimuran ada pada dirinya.
"Betul ni mommy?" ibu Himawari sekadar mengangguk perlahan.
"Pergilah bersiap, nanti lama pulak Seok menunggu"
"Baik" berdesup laju Himawari beredar dari ruang tamu lalu menaiki tangga menuju bilik.
Melihatkan hanya diriku dan ibu Himawari berada di sini, jadi aku pun memperkenalkan diri terlebih dahulu.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Himawari, dah bersiap ke belum?" laung Puan Juliana Nohara sebelum menapak anak tangga dinaikinya."Sekejap mommy" sahutannya bersuara lantang telah menggamit pendengaranku.
Setelah menjamah kek lobak merah berserta minuman coklat, aku maju melangkah cuba dapatkan Puan Nohara.
"Takpe aunty, biar saya pergi tengok dia" aku mempelawakan diri untuk memanggil Himawari.
"Eh tak apa ke? Susah-susahkan kamu saja" aku mengangguk pasti.
Selepas Puan Nohara meluncur turun dari tangga, aku pun menaiki tangga ke sampai di kamar Himawari.
Namun apabila aku mahu mengetuk daun pintunya, pintu itu sudah terkuak sedikit.
Disaat aku menjengul sedikit kepala memasuki ruang kamar tidurnya, aku mula terperanjat sehingga terduduk membelakangi daun pintu. Dengan perlahan-lahan, linangan air mata menuruni jatuh ke pipiku.
"Patutlah kau lama tak hadir ke sekolah. Kau sakit rupanya"
🍉🍉🍉🍉🍉
Alahai, esok ujian komputer. Satu habuk tak baca lagi hiks. Btw keep vomments tau 💖🍉
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴
Ficção Adolescente©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Akibat tersilap tegur orang yang pemakaiannya sama seperti kakak sendiri. ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ 𝙵𝚎𝚎𝚕 𝚏...