14

216 43 8
                                    

Get ready for spam update 🙈✨❤️

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14

Setelah sahabat baik Hyoora, Yoonji mendedahkan segalanya akan rancangan Hyoora untuk memporak perandakan hubungan mereka, Hoseok segera berjumpa dengan Himawari bagi memperbetulkan keadaan.

Dia bernasib baik oleh kerana Himawari tidak lagi berhasad dengki dengan Hyoora dan hubungannya dengan Hoseok yang regang kembali erat.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Seok, Aunty dan Uncle amanahkan kamu untuk jaga Hima sementara kami pergi Amsterdam untuk urusan kerja" pesan Puan Nohara yang masih memeriksa barang yang dibawa buat kali terakhir.

Hoseok sekadar mengangguk tanda bersedia menggalas tanggungjawab ini.

"Ouh lagi satu, jangan sesekali bawa Hima keluar kalau musim luruh dah tiba. Antibodi dia tak kuat, jadi dia cepat demam" kali ini Encik Nohara pula titipkan nasihat agar Hoseok dapat mengikutinya.

"Beres!" tutur jejaka itu penuh selamba sehinggakan Himawari yang berada disebelah mencubit manja perutnya.

Encik Nohara tersenyum lebar melihat kemesraan pasangan remaja ini sebelum ekor matanya meniti pada jarum jam yang sedang bergerak.

"Ouh darling, ada lagi 10 minit sebelum waktu perlepasan. Rasanya elok kita pergi ke sana sekarang" Encik Nohara segera menggalas beg kembara berserta memegang hujung penarik beg pakaian. Arah tersebut diterima baik oleh isterinya.

"Hm, Jane sayang. Mommy dan papa dah nak pergi ni, tak nak peluk-peluk dulu ke?" Puan Nohara mengungkap nama timangan anak tunggalnya dengan penuh manja .

"Ish apa Mommy ni, mestilah Jane nak peluk puas-puas" tubuh ibu bapa tercinta didakap kemas oleh puteri mereka.

"Seok, Uncle ingatkan lagi sekali untuk jaga Hima kitaorang baik-baik tau? Manalah nak tahu kalau ini pertemuan kami sekeluarga buat kali terakhir" bicara Encik Nohara dengan gurauan yang masih berada dalam dakapan.

"Ish apa papa cakapkan ini? Jangan tinggalkan Jane pulak" sampuk Hima yang sudah merintih penuh tangisan. Lagi eratlah pelukan dibuatnya.

Sang ibu pun mengusap perlahan tubuh belakang anaknya agar dapat tenangkan diri. "Dah dah, papa kamu memang suka bergurau macam ni. Nanti kami balik yer. Tak lama mana pun, dua minggu je" Puan Nohara bicara tenang akan tempoh keberadaan mereka disana.

Pelukan dileraikan perlahan.

"Betul ni?" matanya berjuraian cecair jernih dikesat Himawari di hujung baju. Kedua-dua ibu bapanya mengangguk penuh kepastian.

"Nanti balik jangan lupa belikan bunga tulip yer? Jane suka sangat!" Himawari meloncat teruja sejurus membayangkan bunga kesukaannya.

"Ya Jane sayang" tutur mereka berdua sebelum melangkah pergi ke balai pelepasan.

Sejurus ibu bapanya sudah tiada di sisi, sekali lagi mata Himawari kembali berkaca, sampaikan wajahnya menunduk ke lantai. Lantas, cermin mata dipakainya jatuh dari batang hidung.

"Aigoo chagiya. Nasib tak jatuh bawah" Hoseok yang perasan kedudukan cermin mata dipakai Himawari hampir terjatuh terus diperbetulkan.

Himawari hanya mampu tersedu sedan. Pandangannya kian kabur sejak akhir-akhir ini. Mungkin migrain dialaminya mendatangkan kesan buat tahap penglihatannya.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Sudah-sudahlah menangis tu Hima chagi." pujuk Hoseok sementara menghidupkan enjin kereta. Cermin mata yang dipenuhi air mata ditanggalkan.

Permukaan kanta cermin mata tersebut dilap dengan kain yang dikhaskan.

"Saya sedih tau mommy dan papa tinggalkan saya" berderai-derai air mata menuruni di pipi kemerahan milik gadis itu. Hoseok berasa kasihan terus menghadap wajah sayu kekasihnya.

Rambut kerinting palsu yang menutupi wajah Hima dikuak Hoseok di cuping telinga.

"Bukan saja-saja dorang tinggalkan awak tau? Mommy dengan papa awak sibuk bekerja. Sebab tu dorang amanahkan saya untuk jaga anak kecil yang comel macam awak ni" pipi gebu gadis pastinya dipicit manja oleh Hoseok sebelum menyuruh kekasihnya memakai semula cermin mata.

Pantas Hima menyambut gurauan kekasihnya dengan tawa kecil.

"Ha kan comel gelak macam tu" hati Hoseok dipagut tenang memandang wajah suram Himawari kembali ceria. Jadi dia memandu kereta meluncur keluar dari lapangan terbang.

Semasa perjalanan pulang, Hoseok memandang sekilas wajahnya sebelum memfokuskan pemanduan. Wajah Hima menguntum senyuman mencuit hati Hoseok.

"Senyum, senyum jugak. Jangan lupa study untuk KUET esok" Hoseok memberi peringatan buat gadis di tempat duduk penumpang.

Terus Himawari mencebik geram setelah Hoseok memberi nasihat yang kedengaran memerlinya."Ya Seok yeobu, terima kasih ingatkan chagi" dia hanya tersenyum kelat.

🍉🍉🍉🍉🍉

To be continued 🦄

【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴Where stories live. Discover now