13

214 43 10
                                    

Scene WWE akan ditonjolkan huhu 🙉💜

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13

"Aku sekarang ni dah tak ada kaitan dengan pompuan tak tahu malu tuh ergh!" geram Taehyung meramas rambut. Dalam situasi tegang ini, Hoseok dan Seokjin perlu tenangkannya, takut-takut radang Taehyung makin menjadi-jadi.

"Chill bro, lepas ni kau buang terus contact dia dalam phone, then block dia dalam SNS. Ouh lupa pulak delete habis-habisan gambar dia dengan kau sekali"

Seokjin menghadiahkan pandangan penuh kerutan pada dahi tatkala mendengarkan cadangan Hoseok untuk buatkan Taehyung lupakan Maggie.

"Haish, kau tak patut bagi suggestion macam tu, tak ke nanti makin teruk Taehyung ni nanti?" tegur Seokjin berikutan cadangannya yang kurang bernas.

"Rasanya cara tu lebih baik nak lupakan dia" Taehyung menerima cadangan Hoseok memandangkan kedengaran relevan buatnya. Suaranya pun makin mengendur, tidak keras seperti ketika dia bertembung dengan Maggie.

"Lagipun, senanglah sikit aku nak fokuskan pelajaran sebab dah tak ada gangguan minah tu— eh, Seok cuba tengok sana." bicara Taehyung terhenti ekoran dia menuding pada dua pelajar perempuan yang saling bertumbukan. 

"Apa?"

Seperti tidak percaya, Hoseok mengorak langkah mendekati mereka. Dia menolak kerumunan manusia yang mengelilingi kawasan itu.

Jejaka itu terkejut besar setelah mengetahui gerangan yang mencetuskan pergaduhan.

"Himawari, Hyoora!" Hoseok terus melangkah ke arah mereka berdua untuk meleraikan situasi ini.

Bahu kedua-dua gadis terhincut-hincut akan penat melayangkan penumbuk sesama sendiri. Kini kedudukan Hoseok berada antara Himawari dengan Hyoora.

"Apa kena dengan korang berdua ni, hah? Tak malu ke besar-besar nak bergaduh lagi?" hambur kemarahan sebenar Hoseok setelah melontarkan kata-kata.

"Entah. Tak ada ribut, tak ada taufan, tiba-tiba saja dia serang aku weyhh" Hyoora memberi alasan, cuba membela dirinya.

"Tak Seok yeobu. Pompuan ni sebenarnya sukakan awak, Seok! Sebab dia selalu—" Himawari merenggangkan tangan yang cuba menunjal dahi Hyoora sekuat hati.

"That's enough Hima!" tengking Hoseok sebelum menepis tangan Hima daripada berbuat demikian. Mata bundarnya secara automatiknya berkaca setelah tidak mendapat menghabiskan ayatnya dan menerima tengkingan dari buah hati.

Hatinya luluh apabila tindak tanduk Hoseok seperti memihak pada Hyoora dan bukan dirinya. Akibat tidak tahan akan kehadiran perasaan sebak, Himawari membuka langkah sepantas mungkin bagi menjauhkan diri daripada Hoseok dan Hyoora.

Hyoora tersenyum kemenangan oleh kerana Hoseok di sampingnya. Nampaknya, taktik menghantar gambar mesranya bersama Hoseok  pada Himawari jelas sekali berhasil, meskipun ianya gambar yang disunting.

Ya, Hyoora sudah lama menaruh harapan pada Hoseok sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Kepulangannya dari Moscow ke Seoul telah membuatkan dirinya lebih dekat untuk meraih cinta dari crush.

Dan di usia ke-19 tahun, dia mula menonjolkan belangnya pada Himawari setelah enam tahun menahan sabar melihat kebahagiaan mereka berdua sebagai kekasih.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Setelah pulang dari sekolah, fikiran gadis ini hanya memikirkan katilnya, dimana di situlah dia lempiaskan segala perasaan.

Setibanya di kamar tidur, dia melontar beg sekolah atas meja belajar sebelum menghempas tubuh pada permukaan katil yang maha empuk.

Akibat tidak tahan perasaan yang kacau-bilau ini, helaian rambut dicengkam penuh geram. Melihatkan rambut kian gugur akibat ditarik, dia memberikan pandangan kosong sebelum menanggalkan rambut palsu dipakainya.

"Kenapa semua ini terjadi pada aku?" soalnya sambil merintih kesedihan lalu menyembam wajahnya pada bantal.

Setelah merasakan bantal mulai sedikit basah, dia mengubah posisi kepada melentang. Kalender yang tergantung pada dinding menggamit perhatian gadis itu.

Perlahan-lahan dia mendekati kalender sebelum matanya meneliti tarikh peperiksaan.

"Exam KUET lagi dua minggu weyh, sekejap saja masa berlalu— em, wait a minute, nampaknya tak lama lagi akan ada musim yang paling aku tak suka" dia menghentak kecil berasa kecewa akan kejadian musim tersebut.

"Tapi aku teringin merasai keseronokan waktu tu nanti, mesti menyeronokkan!" ujarnya teruja.

🍉🍉🍉🍉🍉

Hehe, perasan apa yang pelik tak? 🙉

【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴Where stories live. Discover now