- EPISODE 16 -

12 1 0
                                    

Eun-Ae sedang leka bermain note lagu for you dari cerita "Scarlet Heart Ryeo"  di ruang tamu, jari jemarinya yang halus menekan setiap batang piano itu.

lagu ini lagu kesukaan Eun-Ae, ia memberi makna tentang kisah percintaan Eun-Ae tengah lalui.

(anggap jela video di atas tu Eun-Ae yang main hahahah)

Eun-kyung berlari dari biliknya menuju ke Eun-Ae yang sedang leka bermain piano dan tiba-tiba...

"AAAAAHHHHHHHHHH !!"

Eun-Ae yang tengah syok menekan setiap batang piano itu tiba-tiba tersentak dengan teriakkan Eun-Kyung lalu rentak lagu jadi sumbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eun-Ae yang tengah syok menekan setiap batang piano itu tiba-tiba tersentak dengan teriakkan Eun-Kyung lalu rentak lagu jadi sumbang.

"terkejut unnie.. kyung, asal menjerit macam orang gila ni?" Eun-Ae mengurut perlahan dadanya. Yelah siapa tak terkejut beruk tiba-tiba datang pastu menjerit. Ada yang kena serkup dengan periuk tu karang haaa 

Eun-kyung hanya diam, matanya masih tertancap pada skrin telefonnya. Dan sekali lagi dia...

"aaaaaaaaaaaaargggggggghhhhhhh"

"benda boleh cakap elok kan, perlu ke menjerit ni kyung?!" jerkah Eun-Ae.

"jimin..unnie..."

"asal dengan dia?"

"d-diaa"

"DIAA APA !" Eun-Ae menghentak tangannya dengan kuat atas piano.

"d-dia kena culik...JIMIN KENA CULIK!!!" jawab Eun-Kyung dengan risau.

***************

Eun-Jung masih berada di kolej, dia berada di perpustakaan mencari bahan untuk assignmentnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eun-Jung masih berada di kolej, dia berada di perpustakaan mencari bahan untuk assignmentnya.

"kurang asam 2 ekor ni! Dengar je kena buat assigment berkelompok terus menghilang dari radar. Pastu time presentation semua nak claim acah-acah buat sendiri. Eh mati jelaa!" Eun-Jung meramas rambutnya dengan geram. Mana tak geramnya, dia seorang sahaja di perpustakaan tu.

Eun-Jung melempar buku anatomy di atas meja menandakan dia sudah fed up dengan assignment.

"huh.. Aduh! Aku lupa nak hantar note lagu rekaan aku sendiri ke cik Soo. Baik aku ke bilik muzik sekarang"

Eun-Jung berjalan menuju ke bilik muzik dengan membawa buku latihan musiknya di tangan.

Sepanjang di koridor yang agak sunyi itu, Eun-Jung bersiul mengikut rentak lagu rekaan itu.

tiba-tiba langkah Eun-Jung terhenti apabila sudah hampir dengan bilik muzik. Dia ternampak sekujur tubuh terbaring di hadapan bilik tersebut. Dengan hati-hati dia mendekati.

alangkah terkejut yang terbaring itu adalah Taehyung.

"tae-taehyung ahh, kenapa nii?!!" Eun-Jung menggocang tubuh Taehyung yang tidak sedarkan diri. Pipi di tepuk perlahan.

Eun-Jung panik tak tahu nak buat macam mana. Dah laa kolej sunyi, dengan perasaan risaunya.. Dia menguatkan dirinya memapah taehyung ke bilik rawatan.

Setelah beberapa minit...

Taehyung tersedar dari pengsan, matanya memandang ke sebelah kanan. Walaupun pandangan masih kabur namun dia boleh mengenali seseorang di sebelahnya.

"Eun-Jung ?"

"ouh kau dah sedar? Jangan bangun lagi kau masih tak sihat.. Kau berpeluh" Eun-Jung mengambil segelas air putih lalu diberi ke taehyung.

"terima kasih, aku kena balik nanti nenek aku risau" Taehyung bangun dari katil, langkah kakinya perlahan sambil memegang lehernya dan tiba-tiba dia hilang imbangan.

Eun-Jung sempat mencapai lengannya, hampir saja taehyung ingin jatuh.

"kau baring je dulu, nanti nenek kau datang. Ouh aku guna telefon kau tadi call nenek kau"

"kenapa kau call nenek aku! Tahu tak tambang bas pergi balik tu mahal!!" tengking taehyung kepada Eun-Jung.

"jangan marah dia tae" seorang wanita yang sudah berusia muncul di hadapan pintu.

"nek !" serentak taehyung dan Eun-Jung bersuara.

"Cik Eun-Jung dah ceritakan semuanya pada nenek, kamu tak sihat ke tae? Nenek risau kamu sorang saja cucu yang nenek ada" wanita berusia itu memeluk taehyung dengan erat sambil menangis.

"tak payah la nenek risau, tae okay laa cuma letih je" taehyung mengesat airmata neneknya yang sudah mengalir.

"saya boleh tolong hantarkan, lagi pun pemandu peribadi saya sudah sampai, jom" pelawa Eun-Jung dengan senyuman lebar.

"menyusahkan cik Eun-jung je"

"panggil eun-jung je kan lebih mesra, please terima pelawaan saya nek"

Mereka berdua memandang antara satu sama lain dan akhirnya mereka setuju dengan pelawaan Eun-Jung.

***

"wah cantik kawasan rumah nenek, udara pun segar" Eun-Jung melihat sekeliling kawasan itu setelah keluar dari kereta.

"mari la masuk rumah nenek dulu" giliran nenek pula mempelawa Eun-Jung.

"tak apa nek, hari dah lewat nanti atuk saya risau. Saya balik dulu" Eun-Jung menunduk hormat, kakinya melangkah menuju ke kereta.

Taehyung memegang pergelangan tangan Eun-Jung, serta-merta langkahnya terhenti.

"terima kasih sebab tolong aku" kata-kata itu keluar dari mulut lelaki itu.

"takde apa la, aku pun buat semua ni ikhlas dan nak tebus kesalahan sebab aku tuduh nenek kau haritu. Aku minta maaf taehyung" Eun-Jung menunduk terasa akan kesalahannya tempoh hari.

"hey aku dah maafkan laa hahaha" taehyung mencuit hidung Eun-Jung.

Eun-Jung membalas dengan memukul bahu taehyung dengan kasar. Terjerit kecil lelaki itu namun dia kembali ketawa, begitu juga dengan Eun-Jung.

auchh sweetnyaa...

sila tekan star ⭐️ untuk vote tau

The Throne Of Love { B.T.S }Where stories live. Discover now