SITUASI PERTAMA
Taehyung menolak kereta sorong yang diisi dengan beg baja itu dengan kuat. Manik- manik peluh di dahinya disapu sekilas. Ini lah aktiviti taehyung semasa cuti semester, menolong neneknya menguruskan kebun.
Selepas selesai tugasannya, Taehyung pergi membersihkan diri.
Skip
"sejuk perut ibu kamu, dapat anak rajin macam kamu ni" Nenek menuangkan air ke dalam cawan.
Taehyung tersengih janggal, cawan di capai lalu diteguk.
Neneknya meletakkan sepucuk surat di tepi taehyung.
"surat apa ni nek?" Taehyung mengambil surat itu.
"nenek pun tak tahu, ada orang berkaca mata hitam tadi datang.. Dia suruh bagi kat kamu" jawab neneknya.
"nenek! Lain kali kalau ada orang asing yang datang ke rumah kita, jangan sesekali keluar rumah. Kita tak tahu dia tu baik atau jahat"
Taehyung meneliti surat itu. Terdapat wax seal berlambang E. Tanpa melengahkan masa, taehyung terus membukanya dan baca setiap ayat di dalam surat tersebut.
"huh ?"
SITUASI KEDUA
"eomma, Yoongi dah balik!" teriak Yoongi setelah masuk ke dalam rumah. Yoongi baru sahaja pulang dari tempat kerja part-timenya.
Yoongi meletak kunci kereta di atas meja lalu badannya di sandar ke sofa ruang tamu untuk beristirehat. Tangannya mencapai remote TV namun niatnya terbantut apabila ternampak banyak surat di atas meja.
Yoongi mengambil kesemua surat itu lalu di belek satu persatu. Hanya surat yang terakhir menarik perhatiannya.
"huh? Ni macam surat diraja dan ada tertulis nama.......aku?"
Yoongi membuka surat itu dengan perlahan-lahan untuk melihat isi kandungannya.
"uis serius la"
SITUASI KETIGA
Jimin melakukan senaman di gym peribadi di kediaman rumah keluarganya.
"tuan muda, sarapan sudah siap" Pembantu bagitahu kepada jimin
"okay" jawab jimin dengan ringkas.
Rambutnya yang basah akibat berpeluh itu dikesat menggunakan tuala kecil. Kakinya terus melangkah menuju ke meja makan.
"aku nak surat khabar"
Pembantunya dengan segera menghulurkan surat khabar kepada jimin. Sehelai demi sehelai diselak, tiba-tiba ada sepucuk surat terjatuh dari muka surat yang terakhir.
"siapa yang selit surat dalam ni? Aku dah cakap, apa-apa surat atau barang ke, letak atas meja!!"
Semua pembantu menunduk, tidak berani melihat wajah jimin ketika dia sedang marah.
Surat di atas lantai itu diambil dengan kasar, matanya mengecil apabila ternampak wax seal di surat itu.
Dengan pantas jimin mengoyak sampul surat itu lalu isian kandungan itu dibaca.
"nice"
**********************************************************************************
sila tekan star ⭐️ untuk vote tau
dan komen sekali
YOU ARE READING
The Throne Of Love { B.T.S }
FanfictionEuphoria Kingdom memiliki tiga orang tuan puteri , Bila tiba masa yang sesuai, mereka diberi misi oleh harabeoji (atuk) iaitu mencari kekasih hati untuk dapatkan TAKHTA...Nak atau tidak mereka harus ikut titah harabeoji nya kalau tidak..mereka dipak...