- EPISODE 21 -

8 0 0
                                    

Ketiga-tiga puteri sedang termenung di dalam bilik Eun-Ae. Eun-Ae mengajak kedua-dua adiknya datang ke biliknya.

"aku rasa kita dah tertukar pasangan" kata Eun-Jung dengan mendatar.

"dah tahu tertukar yang unnie setuju nak keluar dengan jimin kenapa ? Jimin tu kepunyaan Kyung" Eun-kyung menjeling tajam ke arah kakaknya.

"mana aku tahu dia yang ajak keluar gile! Ambil la jeman kau tu, bukan taste aku pun" Eun-Jung membelakangi Eun-Kyung, menyampah baginya dengan perangai si bongsu.

"sudah! Aku ajak kau berdua datang bilik aku nak berbincang bukan nak bergaduh" kata Eun-Ae dengan tegas.

Eun-Ae berjalan mendekati kedua-dua adiknya. Tangan mereka dipegang.

"unnie ada idea yang bernas..." Eun-Ae mengukirkan senyuman sinis.

Eun-Jung dan Eun-Kyung memandang antara satu sama lain dengan perasaan ingin tahu.

***

NAMSAN TOWER / N SEOUL TOWER

Eun-Ae meneliti wajahnya menggunakan cermin compact agar makeupnya kelihatan masih elok. Setelah berpuas hati, bibir Eun-Ae terukir senyuman kecil sambil menunggu di hentian bas.

"maaf lambat a-ada kerja tadi" Yoongi tercungap-cungap, berlari barangkali.

"eh takpa, asalkan awak sampai dengan selamat" Eun-Ae memberi senyuman manis kepada Yoongi.

Bas sudah pun tiba di perhentian itu.

"kita nak ke mana?" Yoongi bertanya kepada Eun-Ae yang berada di sisinya di dalam bas.

"nanti awak akan tahu"

setelah 30 minit, bas pun tiba di destinasi yang dituju.

"Namsan Tower??" Yoongi kehairanan sambil mendongak melihat bangunan tinggi itu.

Eun-Ae hanya memberi senyuman sambil menarik lengan Yoongi ke arah bangunan tersebut.

"awak nak tahu tak, dah lama saya teringin nak datang ke sini dan bawa orang terpenting dalam hidup saya

Yoongi hanya mendengar sambil melihat Eun-Ae, yelaa bukan senang nak tengok Eun-Ae berbicara rancak dari biasa.

Sedang Eun-Ae berborak kerana teruja, tiba-tiba ada malaun cuba meragut beg sandang Eun-Ae  sehinggakan Eun-Ae terseret ke arah tangga yang curam. Namun Yoongi dengan pantas memegang tangan Eun-Ae. Kan jatuh anak orang, cedera nak jawab apa dekat mak bapak dia.

Yoongi ingin mengejar peragut itu namun hasratnya terbatal apabila Eun-Ae menghalangnya.

"kau okay tak ni, ada cedera ke?" soal Yoongi dengan nada risau sambil memeriksa seluruh tempat kot2 ada luka.

Namun Eun-Ae hanya mampu menangis mungkin terkejut dengan keadaan tersebut. Tanpa membuang masa Yoongi terus memeluk Eun-Ae untuk menenangkannya.

"Shhh jangan nangis aku ada, kau selamat sekarang. Syukur kau takda apa-apa" Yoongi menggosok belakang Eun-Ae dengan lembut.

***

Seorang lelaki tercungap-cungap sambil mengelap manik- manik peluh di dahinya.

Tiba-tiba ada seorang Lelaki berjalan ke arah lorong yang sunyi itu.

"bagus kau buat kerja. nah ambil duit ini dan pergi dari sini tapi ingat! Lepas ni jangan meragut sesuka hati kau. Faham ?!!"

The Throne Of Love { B.T.S }Where stories live. Discover now