- Episode 18 -

10 0 0
                                    

Eun-Ae Pov

Bila assignment sudah siap, nanti balik istana boleh rehat puas-puas. aaah penat sangat mata ni asyik mengadap buku dari tadi.

Eh tu Eun-Jung, Dia dengan.. Taehyung? Patut lah tergesa-gesa je keluar tadi tapi diorang nak pergi mana ? Hmm takpe lah nanti aku kakao si Jung. Namjoon dah tunggu, kesian pulak.

"hi namjoon, dah lama tunggu ?"

Aku dengan perlahan membuka pintu kereta. Namjoon terkejut dengan tindakan aku.

"ke-kenapa tuan puteri duduk depan, sepatutnya.."

Aku menekup mulutnya, haih boleh pulak dia tersasul panggil aku dengan panggilan formal.

"panggil saya Eun-Ae saja, tahu kan sekarang kita di mana ?" aku mengetap gigi dengan geram.

Namjoon hanya mengangguk tanda faham.

End pov

Sepasang mata muncul dari arah tingkap perpustakaan melihat kemesraan Eun-Ae dan namjoon.

"siapa lelaki dengan Eun-Ae dalam kereta tu? Muka tak familiar.. Setahu aku dia tak ada teman lelaki"

***

Bas sudah sampai, taehyung bangun dari tempat duduk menuju ke pintu bas. Kakinya terhenti apabila dia baru sedar kali ini bukan keseorangan tetapi berdua.

"oii bas dah sampai" taehyung mencabut earphone dari telinga kanan Eun-jung.

Dengan segera Eun-jung masukkan telefonnya ke dalam poket hoodie. Mereka berdua masuk dan mengambil tempat di belakang sekali.

"kau dengar lagu apa tu?" soal taehyung dengan perasaan ingin tahu.

Tanpa sebarang suara dikeluarkan, Eun-jung dengan selamba meletakkan earphone di telinga kanan taehyung.

"ni lagu kesukaan saya, EUPHORIA" kata Eun-jung sambil melihat permandangan di luar tingkap.

Taehyung terkaku disitu sambil mendengar lagu yang dimain dari telefon Eun-jung.

***

Kelas baru sahaja tamat, Eun-Kyung mengajak kawannya jisoo pergi ke perpustakaan. Percaya atau tidak dari awal sem Eun-Kyung tidak pernah jejak ke perpustakaan. Haaaa demam agaknya budak ni...

muka memang tak redha tapi apakan daya, disebabkan assignment.. nak taknak kena jejak juga kaki ke perpustakaan.. kalau tak nak dengar harabeoji membebel.

"jisoo kau cari bahan kat sana, aku cari kat sini. Kalau kita cepat boleh balik awal" Eun-Kyung terus bergerak ke rak yang penuh dengan buku-buku.

Setiap lorong, Eun-Kyung akan ambil satu buku yang berkaitan dengan kerjanya. Sampai ke rak terakhir, tangannya sudah penuh dengan buku. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang, habis buku-bukunya jatuh berterabur.

"ma-maaf, saya tak nampak tadi" Eun-Kyung dengan pantas mengutip balik buku-buku itu.

Lelaki yang dia langgar tadi pun turut mengutip buku-buku itu sehingga ke buku terakhir tangan mereka berdua bersentuhan.

"hamboi, bersweet pulak kau berdua di sini erk ?" tegur jisoo apabila melihat mereka berdua.

Lelaki itu terus menarik tangannya dari menyentuh tangan Eun-Kyung, dia bangun dan terus pergi dari situ.

"a-awak ?!" Eun-Kyung memanggil lelaki itu namun lelaki itu tidak menghiraukannya. Eun-Kyung masih tidak tahu siapa dia disebabkan dia terlalu takot dan hanya tunduk dari tadi.

"siapa dia ? Aku rasa aku dah jatuh cinta. Tangan dia lembut, hangat dan manly sangat" Eun-Kyung memegang tangannya yang di sentuh oleh lelaki itu.

Jisoo menayang muka bosan, berapa kali nak jatuh cinta dia ni. Jisoo terus mengheret Eun-Kyung, dilayan penyakit angau kan tak siap tugasan.

Mereka berdua berjalan menuju ke meja panjang yang terdapat dalam perpustakaan. Eun-Kyung ternampak jimin dan yoongi sedang tekun menulis.

Eun-Kyung terus kembali normal, rambutnya dibetulkan sedikit dan juga skirtnya. Dengan perlahan-lahan mendekati mereka berdua.

"h-hi jimin"

"aduh dia duk hi pulak kat sini" Jimin menggaru kepalanya dengan batang pen.

Yoongi tak perasan akan kehadiran Eun-Kyung, kedua-dua telinganya disumbat dengan earphone.

"buat apa tu? Hehe" soal Eun-Kyung.

"hmm tengah bungkus nasi lemak, nak join sila.. Tak nak join blaa" jimin kembali mengadap kertas kerjanya.

"hehehe tak payah la buat lawak, tak kelakar laa" Eun-Kyung ketawa sambil menutup mulutnya acah sopan.

Jimin mengangkat sebelah keningnya, sudah tahu tidak lawak kenapa ketawa jugak. Gile

"jimin, kerja aku dah hampir siap" Yoongi mengeliat secara tidak sedar terkena muka Eun-Kyung.

"aduh, woi agak-agak lah nak buat regangan pun, kena muka aku ni" teriak kecil Eun-Kyung, dia sangat sensitif bila seseorang tersentuh mukanya.

Yoongi terkejut dengan pantas mencabut earphonenya.

"maaf, tak sengaja" yoongi berasa bersalah.

Jimin melihat perubahan pada riak wajah Yoongi, dengan pantas ia menukar topik.

"yoongi, kau pergi basuh muka dulu kasi segar sikit. Dan kau, tegur biar beradab jangan teriak"

"takpa, salah aku sebenarnya tak tengok kiri kanan tadi.. Ok lah aku pergi tandas dulu" yoongi bangun dari kerusi lalu keluar dari perpustakaan.

"haa kau bila nak angkat kaki dari sini ? Ke nak tolong siapkan kerja aku? Kalau takde apa-apa sila blah" jimin meneruskan kerja assignment yang masih tertunggak.

Eun-Kyung memeluk tubuhnya tanda merajuk dengan sikap Jimin yang dingin terhadapnya. Dia segera beredar dari situ.


sila tekan star ⭐️ untuk vote tau..dan komen sekali

The Throne Of Love { B.T.S }Where stories live. Discover now