"memandangkan cuti semester kamu bertiga sudah tiba, nenda nak kamu bertiga mula belajar segala protokol tentang istana mulai esok" kata Queen Ha-Eun dengan jelas.
Terkedip-kedip mata puteri bertiga itu setelah mendapat arahan mengejut.
"t-tapi nenda, kami ada rancangan tersendiri nak buat" jawab ketiga-tiga puteri itu dengan serentak.
"kamu bertiga tu adalah puteri bukan orang biasa, kena jaga tingkah laku dan adab! Ikut protokol istana" kata Queen Ha-Eun dengan tegas sekali.
"dan kamu semua pengawal peribadi, tugas kamu semua melindungi dan memerhati setiap gerak-geri puteri-puteri" Queen Ha-Eun meneliti ke semua pengawal peribadi yang di upah untuk menjaga cucu-cucunya.
Tiba-tiba telefon para tuan puteri berbunyi menandakan notification dari aplikasi kakaotalk masuk. Masing-masing keluarkan telefon dari poket dan terus mengadap, leteran nenda tidak dihiraukan.
"nenda!" Eun-Kyung mengangkat tangannya.
"ya ada apa yang kamu tak faham pasal protokol ni ke kyung?" soal Queen Hae-Eun.
"erk nak mintak diri ada kerja bye" Eun-Kyung menunduk hormat lalu berlari keluar dari situ.
selang dua minit...
"Nenda.. Jung pun ada kerja kena selesai so bye nenda muah !" Eun-Jung mencium pipi nendanya sebelum beredar dari ruang keluarga.
selang dua minit lagi...
"Emm nenda ?" Eun-Ae mengangkat separuh tangannya.
"haa kamu pon ada kerja juga ke ?" Queen Ha-Eun memicit dahinya.
"erm pasal protokol tu kami akan belajar nanti. Takpa nenda, cuti semester kan panjang. Eun-Ae minta diri dulu ya nenda" Eun-Ae cuba memujuk lalu memeluk nendanya, dengan perlahan dia beredar dari situ.
Queen Ha-Eun hanya mampu bertongkat dagu melihat cucu-cucunya.
"macam mana ni Tuanku ?" soal Bibik Suzy kepada Queen Ha-Eun.
"emm biar laa diorang.. ada masa lagi nak belajar" Queen Ha-Eun perlahan-lahan bangun dan beredar.
"haa kamu semua buat apa lagi tercegat di situ? pergi laa ikut puteri-puteri tu" arah bibik Suzy kepada semua bodyguard di situ.
Para bodyguard hanya mampu mengangguk dan terus melakukan kerja apa yang disuruh.
LOTTE WORLD INDOOR ICE SKATE
Taehyung mengajak Eun-Ae ke Lotte World untuk bermain ice skating. Perasaan pelik mula terlintas di dalam kepala Eun-Ae namun riak wajahnya dapat di kawal.
Eun-Ae tidak mahu membebankan Taehyung tentang bayaran itu tetapi Taehyung tetap berkeras untuk membayarnya.
"sa-saya tak pandai main" kaki Eun-Ae terketar-ketar apabila kaki yang sudah tersarung kasut itu mula menjejak lantai ais yang agak licin.
"takpa saya ada, saya ajarkan" Taehyung memimpin tangan Eun-Ae agar tidak jatuh.
LOTTE WORLD MALL
"hari ni aku nak ajak kau pergi shopping" kata jimin kepada Eun-Jung.
"kau demam ke tetiba ajak shopping? ke kau dah nak mati esok ?" Eun-Jung meletakkan tangan di dahi jimin.
"mulut kau tak pernah tak celupar kan.. Aku saja je nak belanja, bersyukur sikit" jimin menepis tangan Eun-Jung dari menyentuh dahi licinnya.
"so apa yang aku ambil semua kau bayar ?" Eun-jung menyoal.
"ya sayang" jimin menjawab dengan muka bangganya.
"yahoo! first of all Chanel !!" Eun-Jung berlari ke butik Chanel.
Membulat mata jimin lalu mengejar Eun-Jung dari belakang.
HILTON HOTEL
Yoongi membawa Eun-Kyung ke sebuah hotel mewah yang terkenal di Euphoria.
"banyak duit kau belanja aku dekat hotel ni ?" Eun-Kyung menilau dalam kawasan cafe mewah itu.
"ada rezeki lebih, tak salahkan kalau nak belanja" jawab yoongi dengan tenang sambil membetulkan kemeja putihnya.
Makanan yang di order oleh mereka berdua telah pun sampai. Yoongi mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
"lepas ni nak ajak pergi main ice skating, nak tak ?" yoongi cuba berbicara setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"mesti la nak ! Aku teringin sangat nak main" Eun-kyung meletakkan garfu dan sudu secara tiba-tiba.
Terhinjut bahu yoongi sampai terbatuk. Segelas air putih di capai lalu diteguk rakus.
"sorry buat kau terkejut, aku terlebih excited tadi" Eun-Kyung menggosok belakang tengkuknya.
Yoongi mengukirkan senyuman puas hati apabila ajakkannya diterima dengan baik.
KEMBALI KE LOTTE WORLD INDOOR ICE SKATE
Taehyung dan Eun-Ae tengah seronok bermain ice skating. Tangan Eun-Ae setia dalam genggaman tangan taehyung. Walaupun Eun-Ae pada akhirnya sudah pandai sedikit demi sedikit namun Taehyung masih bimbang.
Beberapa minit kemudian, yoongi dan Eun-Kyung tiba di tempat sama. Yoongi menarik tangan Eun-Kyung ke kaunter bayaran. Tiba-tiba mereka bertembung..
"Hey yoongi.. bila kau sampai ?" Taehyung menyapa lelaki itu.
"oh hey, baru je sampai" jawab yoongi dengan ceria.
Eun-Ae melihat Yoongi memegang tangan Eun-Kyung dengan erat, terus riak wajah Eun-Ae berubah.
selang 5 minit
"oi yoongiii !" ada satu suara memanggil Yoongi.
"uiss pendek! kau pun datang sini jugak?" tegur yoongi dengan melaga bahunya ke bahu jimin.
"kau pun apa kurangnya pendek" jimin menjeling tajam ke arah yoongi.
"tak sangka kita semua boleh jumpa kat sini, baru meriah main ramai-ramai" kata taehyung dengan ceria.
Semua memegang tangan pasangan masing-masing dengan erat seperti pasangan bercinta.
Eun-Jung melihat kemesraan Taehyung dan Eun-Ae.
"kenapa Eun-Jung unnie dengan jimin bersama? Korang dari mana?" soal Eun-Kyung.
"aku ajak dia pergi shopping, semua butik dia singgah... Penat aku nak kejar huhuhu" balas Jimin.
riak wajah Eun-Kyung yang tadi ceria berubah kepada masam mencuka.
"aku tak nak main, aku nak balik !" kata Eun-Kyung lalu beredar dari situ.
Eun-Ae dan Eun-Jung memandang antara satu sama lain. Mereka mendiamkan diri dan pergi ke arah tempat duduk penonton.
"asal semua pasangan kita diam je, sorang dah merajuk.. Datang bulan ke?" Jimin bertanya kepada Yoongi dan Taehyung.
"entahlah, tadi sebelum korang sampai.. Aku dengan Eun-Ae okay je siap bergelak ketawa" jawab Taehyung sambil menggaru kepalanya.
"samalah, sebelum sampai sini Eun-Kyung gembira sangat aku ajak main ice skating. Last-last dia pulak yang blah" jawab yoongi dengan perasaan hairan.
pelik
sila tekan star ⭐️ untuk vote tau..dan komen sekali tau
YOU ARE READING
The Throne Of Love { B.T.S }
FanfictionEuphoria Kingdom memiliki tiga orang tuan puteri , Bila tiba masa yang sesuai, mereka diberi misi oleh harabeoji (atuk) iaitu mencari kekasih hati untuk dapatkan TAKHTA...Nak atau tidak mereka harus ikut titah harabeoji nya kalau tidak..mereka dipak...