- EPISODE 22 -

10 0 0
                                    


Jimin membaringkan tubuhnya di atas bangku di dalam sebuah mall. Ramai orang memerhatinya namun dia tidak endah. Malah ada yang meletakkan duit di tepinya.

"aku bukan pengemis la gile!" jerit jimin dengan kuat.

Eun-Kyung baru sahaja muncul setelah beberapa jam dia bershopping.

"ok dah siap jom balik" kata Eun-Kyung sambil membawa segala beg kertas pelbagai jenama berisi barang yang dibeli.

"oh ingatkan nak tidur sini" jimin dengan lemah longlai itu bangun.

"sebelum balik kita pergi makan dulu hehe" Eun-Kyung memaut lengan sasa jimin.

Nasib baik dia ni perempuan kalau tak, memang makan kaki la jawabnya.

Cafe La Dynamite

Eun-Kyung menunggu kerusi dihadapannya itu ditarik oleh jimin namun jimin tarik dan duduk untuknya sendiri.

"kau order jela apa kau nak, aku nak pergi tandas jap" jimin bangun semula lalu menuju ke tandas.

Sesudah selesai order, telefon Eun-Kyung tiba-tiba sahaja berdering menandakan ada panggilan masuk.

"hello, haa nanti balik la.. Tak apa Eun-kyung boleh jaga diri, takde siapa tahu pun yang Eun-kyung ni puteri.. Protokol tu balik nanti la okay bye"

Eun-Kyung mematikan panggilan itu dengan segera. Matanya memandang kiri dan ke kanan. Ok clear.

"sorry lambat, cakap dengan siapa tadi ?" soal jimin sambil membetulkan kerusinya.

"ouh erm n-nenek call tadi dia tanya bila nak b-balik, risau katanya hehehe" jawab Eun-Kyung dengan sedikit gagap.

Jimin mengecilkan matanya sambil merenung anak mata Eun-Kyung. Eun-Kyung menelan kasar air liurnya sambil buat tak tahu.

"kau dah kenapa gugup semacam je? Ada apa-apa ke ?" soal jimin dengan perasaan curiga.

"awak pandang saya macam tu, macam mana saya tak nervous"

"tahu la aku kacak tapi kau chill sudah la" jimin menyelak rambutnya ke belakang.

"makan cepat, nanti aku hantar kau pulang" sambungnya lagi.

***

Kolej

Taehyung mengambil air tin dari perut mesin air itu. Dia terserempak dengan Eun-Ae di koridor bersama dengan Eun-Jung.

"hi" taehyung menegur.

"hi taehyung" balas Eun-ae dan Eun-jung serentak.

"nah" taehyung memberi tin minumannya kepada Eun-Ae.

"terima kasih, tapi saya tak minum air bergas. Eun-jung ni suka sangat air mesin huhu"
Eun-Ae menyiku lengan Eun-Jung.

"taehyung, kita jumpa dalam kelas nanti bye" Eun-Ae berlari meninggalkan taehyung dan Eun-jung.

Taehyung menghulurkan air tin itu kepada Eun-jung namun Eun-jung menolaknya.

The Throne Of Love { B.T.S }Where stories live. Discover now