Yoongi dan Jimin sedang lepak di belakang bangunan kolej sambil makan ais krim buah-buahan selepas penat memerah tenaga dan otak menyiapkan assignment mereka.
Yoongi mengelamun sebentar sebelum bertanya kepada Jimin.
"eh, kau ada dapat misi tak?"
"misi apa pulak kau ni?" jimin menyoal kembali sambil menguis ais-krim buah-buahan menggunakan sudu kecil.
"alaa kita kena culik hari tu, ada atuk tua tu bagi misi, misi memikat hati seseorang yang kita suka.. Kau tak dapat ke?" yoongi memandang wajah jimin, menunggu jawapan darinya.
"hmm bunyi macam familiar, kau dapat jugak ke?"
"kalau tak dapat, aku tak tanya la!" Balas yoongi dengan geram.
Suasana sepi seketika.
"kau minat siapa?" Yoongi bertanya lagi sambil menyuap ais-krim yang terakhir ke dalam mulutnya.
"rahsia, hal peribadi takkan semua nak kongsi kot" jimin mencampak bekas aiskrim itu ke tanah.
"mana laa tahu takut tersuka dengan orang yang sama" dengan nada perlahan Yoongi berkata.
"kita berdua je ke dapat misi ni?" tanya jimin sambil bermain dengan sudu kecil itu.
"Entah lah" balas yoongi yang sedang kemam sudu ais-krim di dalam mulut.
Jimin ternampak taehyung sedang berjalan di lorong kaki lima bersama dengan Eun-Ae.
"Taehyung ni.. semua adik beradik Eun dia rapat, dasar playboy!" kata jimin di dalam hatinya.
"woi taehyung sini kejap!" teriak jimin dengan kuat.
Taehyung dengan perasaan lemah menghampiri mereka berdua.
"eh kau pernah kena culik tak? Lepas tu dapat misi mengarut ? Ada ?" soal jimin dengan bertubi-tubi.
Taehyung terkejut dengan soalan jimin, dengan pantas ia mencekam kolar baju jimin.
"macam mana kau boleh tahu? Ni mesti kerja kau kan?!" taehyung menengking ke arah jimin.
"babi apa tuduh melulu macam ni" jimin menjeling sambil menepis tangan taehyung dari memegang kolar bajunya.
Yoongi menepuk bahu taehyung, menyuruhnya untuk bertenang dan dengar penjelasan dahulu.
"kau mesti dapat misi juga kan? Macam kami" yoongi mengangkat sebelah keningnya.
"k-kau berdua pun kena cu-culik jugak?" terkejut taehyung dengan rasa tidak percaya.
"eee aku tak boleh lah dengan budak nerd macam dia ni, nak je aku pukul kat sini" jimin mengepal penumbuknya dengan geram.
"sabar la gile" yoongi menampar kuat bahu jimin.
***
Queen Ha-Eun menilau di kawasan istana. Terasa sunyi dan bosan melanda dirinya. Hatinya tertanya di mana ketiga-tiga sonyyeo-nya (cucu perempuan). Bukan setakat sonyyeo saja hilang, Bayangan bodyguard mereka juga lesap.
"BAE SUZY!!!" Queen Ha-Eun memanggil ketua pembantu di istananya.
"y-ya tuanku permaisuri, ada apa yang boleh saya bantu?" Termengah-mengah Suzy selepas marathon dari taman hingga ke dalam istana.
"tolong panggil cucu-cucu saya, bagitahu mereka suruh berjumpa di ruang keluarga sekarang" arah queen Ha-Eun kepada ketua pembantu itu.
YOU ARE READING
The Throne Of Love { B.T.S }
FanfictionEuphoria Kingdom memiliki tiga orang tuan puteri , Bila tiba masa yang sesuai, mereka diberi misi oleh harabeoji (atuk) iaitu mencari kekasih hati untuk dapatkan TAKHTA...Nak atau tidak mereka harus ikut titah harabeoji nya kalau tidak..mereka dipak...