- EPISODE 8 -

23 3 0
                                    

pagi yang gelap kini sudah terang ak.. Ok dah. Bunyi alarm masing-masing berbunyi menandakan sudah pukul 5

"siapa laa timing awal sangat ni urgh!" Eun-Kyung membebel, selimut ditarik menutup seluruh badannya lalu sambung tidur.

Semua dah bangun dan siapkan diri untuk aktiviti seterusnya.

"Wei! bangun!!" Eun-Jung cuba kejutkan Eun-kyung dengan menepuk-nepuk badannya.

tak ada respon...

nak kena budak ni

"Woi gemuk! bangun!" Eun-Jung menjerit kuat.

Itulah kunci nak bagi budak ni bangun. Bila dengar gelaran tersebut Eun-Kyung terus bangun dengan cepat dan balas "woi! siapa gemuk?!"

biasa laa sensitif sikit perkataan gemuk tu bagi dia eh bukan dia je, semua kaum hawa.

"kau la, tak sedar lagi ke?" Eun-Jung menunjal bahu Eun-Kyung. Kalau tak panggil gelaran tu sampai besok kau keras tak bangun-bangun.

beberapa minit kemudian terdengar esakkan halus keluar dari mulutnya. Ya Eun-Kyung menangis

hemm dah agak dah jadi macam ni. Manjanirojim betul dia ni

"Haish.. pagi2 dah buat bising, sudah2 la tu mengusik. Eun-Jung, dah tahu budak tu sensitif. Dah bangun, pergi mandi.. nanti terlewat. cepat!" Eun-Ae menegur akan perbuatan Eun-Jung mengusik adik bongsunya.

Eun-Kyung bangun lalu mencapai kain tuala dan hentak kaki menuju ke bilik air, sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut ke arah Eun-Jung.

"haa hentak la lagi, aku kerat kaki tu karang baru tau!" Eun-Jung membebel sambil menyikat rambutnya.

TIME SKIP

Mereka mula berkumpul untuk mendengar taklimat untuk aktiviti pertama iaitu hiking...

dan mereka mula bergerak.

"siapa laa pergi hiking pagi buta macam ni..dah laa gelap" Eun-Kyung bermonolog seorang diri namun masih dapat di dengari oleh jisoo.

"dah tu kau nak pergi pukul berapa? pukul 12 tengah hari?" Jisoo buat2 bertanya kepada Eun-Kyung.

"emmm boleh jugak, time tu dah cerah..baru boleh nampak pemandangan"

"Siapa laa yang gila tu pergi hiking masa matahari terpacak atas kepala.. Orang dah turun masa tu, dia baru nak naik" Eun-Jung mencelah.

"ish! sibuk jer" *Eun-Kyung menjeling tajam.

Semua ketawa dengar perbualan Eun-Jung dan Eun-Kyung. Mereka berdua ni kalau tak berlawan mulut memang tak sah.

Tempat hiking sangat la curam, tinggi dan berbatu. Masing2 menolong antara satu sama lain untuk mendaki gunung tersebut.

Eun-Ae mendaki di bantu oleh Taehyung, manakala Jimin sibuk bergaduh dengan yoongi tanpa sedari mereka berdua meninggalkan Eun-Kyung sendirian di bawah sana.

Eun-Jung mendaki dengan berhati2 sambil menikmati suasana mencabar itu. Tiba2 kakinya tersilap langkah lalu tergelincir.. Tangannya ingin mencapai sesuatu namun tiada akar2 pokok yang berhampiran dengannya.

"aaaah!!" Eun-Jung menjerit

Tangannya sempat di paut oleh seseorang iaitu Taehyung.

"ugh becareful" terketar-ketar taehyung menarik tangan Eun-Jung.

"te-terima.. Kasih" ucap Eun-Jung dengan gagap.

TIME SKIP

45 minit kemudian, semua pelajar berehat sebelum sambung kembali hiking.

"p-penat weii, l-lama lagi ke?" tanya jimin kepada Yoongi dengan tercungap-cungap mencari nafas.

"Emmm tak sure... Pendakian kita masih jauh maybe esok baru sampai" Yoongi dengan selamba menjawab.

"Hah??!!! esok?? Serious la gile?!!" membulat mata jimin, terkejut dengan kata-kata yoongi.

Yoongi ketawa melihat reaksi jimin

beberapa minit kemudian mereka sudah sampai di puncak gunung.

Matahari mulai terbit, semua terpegun melihat keindahan semula jadi yang manusia takkan boleh buat.

"Ehh jom bergambar bersama buat kenangan" jimin memberi cadangan.

Semua orang bersetuju dengan cadangan Jimin dan mula bergerak menentukan tempat untuk bergambar.

"Emm.. Jimin boleh tak kita bergambar berdua?" Eun-Kyung menanyakan kepada jimin.

"oh boleh je"

Eun-Kyung mengambil tempat di sisi jimin. Telefon di angkat ke atas, lengan lelaki itu di peluk erat oleh Eun-Kyung. Dalam masa yang sama ada mata melihat adegan tersebut...

"weii Yoongi! jom bergambar" Eun-Jung menjerit memanggil Yoongi.

Yoongi menuju ke arah Eun-Jung...

"Eh! kata nak ambil gambar?" Yoongi kehairanan..

"ambil gambar laa ni" Eun-Jung tarik Eun-Ae dan letak sebelah Yoongi.

*CLICK*

"uuiss macam pasangan couple of the year" usik Eun-Jung

Eun-Ae hanya mendiamkan diri, kepalanya menunduk ke bawah namun masih nampak senyuman kecil di bibirnya.

Yoongi terkejut, dalam hatinya mencari idea untuk membalas balik perbuatan Eun-Jung, lalu memanggil taehyung yang sedang mengambil gambar pemandangan di sana.

"Eh! Taehyung..sini jap"

Taehyung dengan muka ceria mendekati Yoongi, tak pasal2 kena tarik merapati Eun-Jung.. Seperti mana Eun-Jung buat tadi.

Eun-Jung terkejut dengan kehadiran Taehyung disebelahnya sampai tidak sedar yoongi curi2 snap.

*CLICK*

"asal aku pulak jeles ni.. Terlebih sweeett cukup perisa di tambah pula dengan candid semulajadi.. pandang antara satu sama lain auch " yoongi tersengih menampakkan gummy smile ke arah Eun-Jung sambil mengedik.

"woi!!! main kasar nampak! Bak sini kamera tu!" Eun-Jung marah kepada Yoongi dan cuba merampas kamera tersebut.

ada beberapa mata memerhati kemesraan Eun-Jung dan Yoongi.

Mereka bermula dengan aktiviti seterusnya iaitu jungle tracking.

semasa mereka melakukan aktiviti jungle tracking....seorang demi seorang hilang dari kumpulan tersebut.

"Coach Lim! ramai hilang.. kita nak buat macam mana ni?!" kata Jisoo dengan cemas setelah kawan-kawannya hilang dari pandangannya.

Hilang?!!

---------------------------------------------------------------------------------

A/N : 

siapakah yang hilang itu???

nak komen apa-apa....dipersilakan 😁 

Give a star ⭐️ 

The Throne Of Love { B.T.S }Where stories live. Discover now