"Noona! Buat apa tu?"
Jeon Jungkook terus berlari ke arah ruang dapur apabila terlihat susuk tubuh kakak kesayangannya ada disitu lantas dia memeluk erat tubuh gadis itu.
"Eish budak ni! Bikin noona terkejut je tau! Kalau noona ni ada masalah jantung macam mana? Mati muda tau tak!"
Aku terus memarahi kookie dan menepuk kuat lengannya yang melingkari pinggangku.
"Apa ni cakap macam tu? Kookie nak suprise kan noona je! Tiba-tiba pulak cakap nak mati eish tak suka lah!"
Jungkook terus melepaskan pegangannya lantas keluar dari ruangan dapur menuju ke arah ruang tamu menonton televisyen.
Aku menggeleng perlahan. Aduhh cakap macam tu pun nak merajuk ke?
Ni kes nak kena pujuk la ni?
Aku pergi ke arah sinki dan basuh tangan sebelum mulakan misi pujuk memujuk ni.
"Kookie-ahh."
Jiyoon berjalan ke arah ruang tamu dan nampak Jungkook duduk di atas sofa sambil menonton didi and friends.
Nama Jungkook dipanggil namun budak itu langsung tidak mahu menoleh. Merajuk betul ni.
Jiyoon senyum senget sambil duduk bersebelahan dengan Jungkook.
"Merajuk ke ni?"
Angguk tidak geleng pun tidak. Jungkook tetap keraskan diri tidak mahu berpaling ke arah Jiyoon. Dia berpeluk tubuh dan mulutnya dimuncungkan.
"Lately ni kamu selalu moody dengan noona. Noona marah sikit terus tarik muncung."
Jungkook hanya menjeling dan teruskan perbuatannya menghiraukan Jiyoon. Remote tv ditekan menukar siaran.
"Noona ada buatkan kuih dorayaki untuk kamu, nak?"
Cubaan untuk memujuk masih belum selesai. Jungkook betul-betul pulaukan gadis itu.
"Hmm takpelah kalau kookie taknak kawan dengan noona lagi. Noona boleh pergi..."
Dah lah aku tak reti nak pujuk lebih ni. Dia dah taknak layan aku baik aku keluar je.
Aku dah berura-ura nak bangun dari duduk setelah pujukan aku tidak dilayan tapi belum sempat aku nak bangun dia dah pegang tangan aku.
"Jangan cakap pasal mati lagi. Kookie tak suka."
Alahaii aku gurau jelah. Aku pun taknak mati lagi banyak dosa yang aku buat dan aku masih belum bertaubat lagi. "(
"Yelah yelah! Noona gurau jelah."
Jiyoon senyum senget lalu mengusap lembut kepala Jungkook dan itu membuatkan tubuh Jungkook mula mendekati gadis itu lalu memeluknya erat.
"Sayang noona tak ni?"
YOU ARE READING
[C] Jeon Junior
Fanfiction"Jika diberi peluang, kookie ingin bersama noona hingga akhir hayat kookie." Its Jeon Jungkook fanfiction 2019 Start- Sunday, 1 sept 2019 End 31 December 2019 ▫Written by ; guanllivers