🎈0 1 8

250 32 1
                                    

"Noona

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Noona..."

Aku toleh belakang bila dengar suara yang cukup aku kenal.

"Kookie."

Terpancul nama itu di bibirku apabila aku tengok susuk tubuh budak kecil sedang pandang aku.

Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Kami saling bertentang mata. Jujur aku katakan, aku rindu dia. Aku rindu gelak tawa dia, gigi arnab dia, perangai hanat suka kenakan aku.

"Siapa dia?"

Hoseok mencelah apabila dirasakan Jiyoon menyebut nama seorang budak lelaki di hadapannya. Mereka juga saling bertentang mata.

Jiyoon hanya mendiamkan diri tidak membalas pertanyaan Hoseok.

"Eo, Jiyoon-ah. Dah lama tak singgah rumah. Ini suami kamu ke?"

Puan jeon disamping jungkook memandang Jiyoon dan seorang lelaki di depannya yang memegang erat tangan Jiyoon. Dia berkemungkinan itu adalah suami Jiyoon.

Jiyoon terus tersedar apabila suara ibu jungkook menyapanya. Dia hanya senyum kelat.

"Ini- Hoseok."

Jiyoon perkenalkan Hoseok yang berada di sampingnya kepada puan jeon seraya dia melepaskan pegangannya.

"Tak sangka, kamu dah kahwin."

Puan jeon agak terkilan melihat lelaki di samping Jiyoon itu adalah suami Jiyoon. Memang betul lah tekaannya. Nada suaranya juga kedengaran sedih.

"Puan jeon saya-"

"Eomma kajja, pukul 3 nanti kita ada date dengan nanny baru kookie."

Jungkook terus memotong percakapan Jiyoon. Tidak mahu dia dengar apa-apa lagi. Cukup jelas disitu, Jiyoon dah lupakannya.

Jungkook terus menarik lengan ibunya supaya cepat beredar tidak mahu menganggu pasangan itu.

"Kookie..."

Jungkook langsung tidak memandang Jiyoon sebaliknya dia menarik pergelangan tangan ibunya mempercepatkan langkah menuju ke arah kereta.

Bebola mata Jiyoon terus memandang susuk tubuh jungkook yang sudah jauh meninggalkannya tanpa sempat Jiyoon jelaskan apa-apa.

Kookie dah salah faham....

___

"Selalunya, awak yang paling kecoh tapi sekarang, tiba-tiba senyap je ni?"

Jung Hoseok asyik merenung wajah Jiyoon yang langsung tiada mood. Dia perasan, sejak gadis itu berjumpa dengan pelajar lelaki di sekolah buatkan Jiyoon banyak berdiam diri. Dia asyik mengelamun.

Mereka kini berada di kedai kek seperti mana Hoseok janji untuk belanja Jiyoon kek.

"Hey, something wrong, Jiyoon?"

[C] Jeon JuniorWhere stories live. Discover now