🎈0 2 2

251 31 8
                                    

"Kita dah sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kita dah sampai."

Kereta dihentikan sejurus Hoseok berkata. Park Jiyoon yang tersedar dari tidurnya bangun perlahan-lahan dan menggosok matanya.

"Kita kat mana ni?"

Sangkaan Jiyoon mereka akan terus pulang ke rumah tapi lain jadinya apabila dia melihat kawasan sekeliling yang asing baginya.

Baru dia ingat, hoseok telah mengajaknya pergi ke suatu tempat sebelum mereka pulang ke rumah.

Dan sekarang, waktu sudah berginjak ke angka 10 malam.

"Jom keluar."

Hoseok terus keluar dari perut keretanya setelah mengambil jaket dan beberapa barangnya dan tinggal lah Jiyoon yang sedikit blur di dalam kereta itu.

Dengan pergerakan yang lambat, jiyoon akhirnya keluar dari perut kereta. Terkinjal-kinjal dibuatnya apabila melihat Hoseok sudah melangkah jauh meninggalkannya.

"Seok, tunggulah!"

Jiyoon menjerit agak kuat memanggil nama Hoseok dan akhirnya lelaki itu berhenti langkah dan menunggu Jiyoon yang semakin mendekatinya.

Tapak tangannya dihulurkan kepada gadis itu sebagai tanda mereka harus berpegangan tangan. Jiyoon terus membalas huluran itu. Mereka berjalan seiringan.

"Selamat malam encik muda Jung."

Salah seorang pelayan restoran terus menyapa Jung Hoseok apabila mereka masuk ke dalam sebuah restoran yang agak fancy.

Salah seorang pelayan restoran terus menyapa Jung Hoseok apabila mereka masuk ke dalam sebuah restoran yang agak fancy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa pekerja restoran itu menundukkan kepala dan menyapa hormat tetamu yang hadir lebih lagi, Jung Hoseok.

Jiyoon yang sedikit blur hanya memerhati tingkah laku pelayan restoran yang melayan Hoseok seperti tuannya siap memanggil lelaki itu dengan gelaran 'encik muda Jung.

"Kami sudah sediakan tempat seperti mana encik muda Jung inginkan. Sila ikut sana."

Pelayan lelaki itu terus menunjukkan arah dimana tempat yang harus mereka tuju. Hoseok mengangguk lalu menarik tapak tangan Jiyoon berjalan bersama dengannya.

[C] Jeon JuniorWhere stories live. Discover now