Q

218 16 4
                                    


maybelle melihat lelangit biliknya sambil berbaring atas katilnya.
kejadian tadi bagai berputar dalam minda nya. dan adegen rykell mencium bibirnya berulang kali menerjah mindanya.

'kenapa dia buat macam tuh? kenapa dia cakap aku milik dia? kenapa dia nak cemburu dengan nick ? ' bisik hati maybelle.

"dia suka aku ke? " tembak maybelle sendiri.

'haih.... tak mungkin.. ' hati maybelle mendalihkan.

'tapi! aku tak ada apa apa kelebihan pon kalau dia tetap nak kahwin dengan aku. jadi tak ada sebab dia pergunakan aku. ' hati maybelle mencari alasan.

'tapi... tak akan dia suka aku yang gemuk nih? dahlah gemuk ketot pulak tuh. ' hina maybelle diri sendiri.

insiden rykell menciumnya kembali datang. pipi maybelle memerah malu. dan dia bergolek ke kiri dan kekanan. dan menekap mukanya ke bantal.

'ahh! tak boleh jadi! aku tak boleh tidur! tak guna! tak guna punya rykell! ' marah maybelle.

'mm... cari ibu lah... nak tidur dengan ibu..' bisik hati maybelle kemudian segera dia bangun dari pembaringannya. dan berjalan keluar bilik untuk pergi ke bilik elise.

~THE TALE OF UNIC TASTE OF MAN~

Majlis sosial bangsawan.

majlis nih selalunya akan diadakan di Mantion Drite. yang mengumpulkan semua bangsawan dari kedudukan
1 hingga ke 10.

objektif majlis ini hanya utk para bangsawan lebih mengenali sesama mereka dan bertukar pendapat dan cadangan.

tapi, bagi maybelle . majlis nih adalah majlis gosip antara bangsawan. dari perkara buruk hingga perkara yang memalukan dan menyedihkan.

dan maybelle sungguh menyesal kerana datang majlis ini. kerana para bangsawan sudah membahagikan kumpulan sosial mereka .

mereka juga memilih pihak yang dirasa berkuasa untuk memberikan sokongan untuk menyebelahi mereka dan secara tak langsung pihak ini akan menang dalam apa jenis pembicaraan. kerana sokongan yang banyak .

dan orang ini bernama vanessa burnt. adik kepada raven burnt yang merupakan abang ipar rykell.

" kenapa bukan kau yang jadi tunang tuan muda rykell? " tanya kawan rapat vanessa . julia evelyn.

"haah lah! kenapa perempuan gemuk tuh yang dapat tuan muda yang kau suka tuh! panas hati aku bilik tengok hubungan diorang! " kata lilian saltore.

vanessa hanya diam . sambil tangannya memegang gelas wine anggur. kemudian dia menghirup sedikit wine tersebut.

"nessa? kau tak boleh diam je kau kene buat sesuatu tentang benda nih. " kata julia dengan kepoh.

" bising... bising lah! " marah vanessa dan merenung tajam julia.

julia dan lilian terdiam.

" kalau lah aku adalah keluarga vonieck. petik jari aku boleh dapat sepuluh lelaki. dengan harta yang aku ada dan kedudukan yang tinggi. pasti tiada sapa boleh menentang aku. aku boleh dapat apa apa je yang aku nak. " kata vanessa sebelum meneguk kesemua wine di dalam gelasnya.

"tapi perempuan bodoh tuh muncul pulak! dan tambah malang pertunangan dia diumumkan oleh raja . sungguh penuh penghormatan. aku? apa yang aku dapat? tak ada apa! tak de! " marah vanessa yang separa mabuk.

maybelle yang kebetulan melalui bilik yang diduduki vanessa dan rakannya terdengar akan hal tersebut.

" abang raven pon. tahu yang aku suka rykell. tapi dia bukan nak tolong aku. sejak aku umur 10 tahun aku dah bayangkan kehidupan aku dengan rykell. tapi.. semua tuh musnah! musnah ! kerana perempuan tuh rampaa rykell dari aku! " kata vanessa yang sudah tidak waras.

~THE TALE OF UNIC TASTE OF MAN~ ✓Where stories live. Discover now