"ini sahaja hamba yang kau ada? " tanya satu figura yang berdiri tidak jauh dari lelaki bengis .
figura itu memakai hoodie hitam labuh yang menutupi mukanya. bilik yang sedia gelap itu membuatkan tiada siapa yang melihat wajahnya.
'suara itu! maybelle?! ' rykell memandang tepat ke muka figura itu.
"ya.. ini saja yang kami ada. jika puan hendak lagi.. " kata lelaki itu terpotong.
"saya akan ambil semuanya. " kata figura itu.
"ta-tapi. kalau puan beli semua nya kami akan rugi! lagipun puan mampu beli mereka ini semua? " kata lelaki itu dengan nada sopan sambil tersenyum sinis.
"kenapa? kau ingat aku tak mampu? haxe! " kata figura itu. lalu memanggil seseorang.
kemudian muncul haxe dan empat orang sambil sebuah kotak besar.
lalu diletakkan di hadapan lelaki itu."a-pa ini? " tanya lelaki itu sedikit gugup.
"huh. tak kan kau tak tahu. ini " kata figura itu lalu memberi isyarat kepada haxe.
kemudian haxe membuka kotak tersebut. bersinar sinar mata lelaki itu pabila melihatnya."ini.. 1 billion kepingan emas. bagaimana? tertarik? " kata figura itu. lelaki itu menelan liur apabila melihat kepingan emas yang memenuhi kotak itu.
"ah! mari kita ke tempat lain untuk teruskan perbincangan ini. tak sesuai pulak nak bincang kat sini." kata lelaki itu seperti berasa bersalah dengan ketidak sopanannya.
"sekarang... " kata figura itu selepas melepasi haxe dan melangkah mengikuti lelaki itu . haxe mengangguk faham.
setelah bayangan figura itu hilang. bunyi bising dari tingkat bawah kedengaran."cepat gerak! " arah haxe kepada empat orang tadi. lalu mereka membaca mentera untuk memusnahkan pagar besi tahanan.
"cepat keluar dari sini secepat yang mungkin." arah haxe lantang.
suasana menjadi kelam kabut. kanak kanak dan wanita bertempiaran lari mengikut lelaki yang musnahkan besi.
"tolong.. saya tak boleh gerak " kata seorang wanita yang seperti mengandung.
haxe segera mendekati wanita itu dan menolongnya untuk bangun.rykell , noah dan eirlys jelas terpegun apa yang berlaku. mereka berdiri sambil melihat semuanya yang pantas berlaku di hadapan matanya.
bunyi derap kaki menaiki tangga menyeramkan rykell tapi bukan haxe.
"tuan! tuan ini tidak bergerak dari tadi! " lapor haxe.
rykell terkejut dengan wajah yang memenuhi kornea matanya."nick! " sebut rykell kuat.
"ouh! kau rupanya. kenapa tak nak gerak? kau nak jadi hamba ke? hmm.. bagus jugak. boleh aku jadi... " kata nick terpotong.
"siapa kata aku nak jadi hamba! hah! " kata rykell dengan lagaknya. nick hanya mengangkat bahunya.
" haxe kau pergi keluar. pastikan mereka semua telah lari jauh dari sini. ouh! dan suruh acrea berjaga jaga. " arah nick.
"baik! tuan! " kata haxe sebelum berlari turun kebawah.
"well tuan muda. tolong cepat keluar dari sini. kita tak tahu sampai bila maybelle boleh alihkan perhatian lelaki tuh. " kata nick selamba.
"maybelle! " rykell menjerkah marah. lalu tanpa sedar dia meluru kearah nick dan mencengkam kolar baju nya.
" kenapa maybelle ada kat sini hah! tak guna kau lelaki licik! kau pergunakan tunang aku! aku kena ajar kau! " marah rykell lalu melayang kan penumbuk kearah muka nick. tapi ditahan oleh eirlys.
YOU ARE READING
~THE TALE OF UNIC TASTE OF MAN~ ✓
Romance⭐no.3 gemok- 9/6/2020- 3 ROYALS FAMILY OF EMPERIAL merupakan 3 buah keluarga yang terkenal dengan keakraban serta kesetiaan terhadap pemerintah negara iaitu king ethan. MILLER FAMILY CLAUDE FAMILY VONIECK FAMILY keakraban ketiga keluarga ini amat ti...