berita kepulangan rykell ke lumiere ternyata mengejutkan semua pihak. dan mereka bersyukur rykell telah pulang kepada mereka. cesar buat pertama kali nya dilihat memarahi rykell sambil menangis. drama air mata itu sungguh meluntur hati sesiapa sahaja yang keras.
dan seiring dengan itu. berita nick dan maybelle berkerjasama menyelamatkan rykell juga heboh ke seluruh lumiere. dan ada yang menyebarkan rumor tentang maybelle menggunakan magik hitam untuk menyelamatkan rykell.
rata rata masyarakat tidak percaya akan tindakan maybelle yang menyelamatkan rykell dan ada juga yang mengutuk maybelle kerana merbahayakan diri sendiri.
walau apa pun mereka katakan maybelle memekak kan telinga dan mengebalkan hatinya . kerana hanya dia yang tahu hal sebenar. tapi paling ramai yang menggelarkan rykell dan maybelle sebagai couple of the year dan pasangan paling romantis dan nekad.
dan disebabkan itu, mereka mula menghormati maybelle.kerna dia wanita bangsawan yang hilang dari vonieck. dia mampu beradaptasi seauai keadaan dan dia juga menjadi lagenda sebagai wanita yang berani mempertahankan kekasihnya.
oleh itu, maybelle automatis di puja oleh wanita wanita lain yang mengangumi dirinya.
sementara maybelle.
"tuan muda rykell berapa lama lagi awak nak tenung saya ? adakah sampai menembus dinding baru awak nak berhenti?" kata maybelle yang memandang tajam kearah rykell yang duduk dihadapannya."maaf si gebu. tapi aku tak boleh . walaupun 4 hari aku tak jumpa muka tembam nih. tapi aku rasa macam 4 tahun . jadi disebabkan itu aku bawak kerja aku datang sini. senang . hati aku senang. kepala tak kusut . jiwa pon tenang. " kata rykell sambil tersenyum selamba.
"ouh.. kalau begitu... KENAPA PEN TuH TAK PEGANG DARI TADI? huh! " kata maybelle suaranya naik seoktaf. geram benar dia.
rykell tertunduk melihat pen yang berada di hadapannya."err... heheh... okey aku buat. " kata rykell setelah ketawa malunya. lalu dia memegang pennya. dan mula menyelak kertas kerja yang dibawa ke kediaman vonieck.
tok.. tok... tok...
"masuk. " kata maybelle.
lalu terlihat muka eirlys yang masuk .
lalu mata eirlys meliar di dalam pejabat itu seperti mencari sesuatu."eirlys? kamu nak cari apa? " tanya maybelle setelah kepala eirlys seperti terjenguk jenguk.
"ahh! tak de... saya cuma nak pastikan yang tuan muda nak tunggu di sini hingga makan malam ke? sebab chef kita hendak mula memasak. " kata eirlys.
"ouh.. boleh saja. tapi kata kat chef yang tak perlu masak yang susah sangat. makan yang ringkas cukup. " kata rykell yang tidak cerewet bab makanan.
"senang chef saya bila dengar awak kata macam tuh. " komen maybelle senang dengan sikap rykell.
" kenapa ? kau jatuh cinta ke bila aku cakap macam tuh? " tanya rykell yang mula mood mengusik.
"bukan saya dah kata ke hari tuh? " kata maybelle yang cuba mengelak tatapan romantis rykell.
"haih.. susah betul nak dengar kau sebut perkataan tuh. macam keluar emas kalau sebut." kata rykell sambil mengeluh.
"hahhaah." ketawa maybelle. gembira dapat mengusik rykell.
eirlys memandang pasangan itu yang seperti ada bunga bunga di sekitar mereka . dan kemesraan yang dipaparkan seperti memancar mancar sampai silau mata eirlys dibuat nya.
niatnya masuk ke pejabat ini utk mencari noah. sejak pulang ke lumeire tiada berita yang dia dengar pasal lelaki itu. adakah lelaki itu sudah sembuh?
"ah! eirlys. ada apa apa lagi? " tanya rykell kepada eirlys yang membatu di tepi pintu.
" ahh... tak ada apa. saya pergi dulu yang mulia. tuan muda. " kata eirlys sebelum membalikkan badan dan menjenguk untuk kali terakhir.
nampaknya noah memang tiada di sini.

YOU ARE READING
~THE TALE OF UNIC TASTE OF MAN~ ✓
Romance⭐no.3 gemok- 9/6/2020- 3 ROYALS FAMILY OF EMPERIAL merupakan 3 buah keluarga yang terkenal dengan keakraban serta kesetiaan terhadap pemerintah negara iaitu king ethan. MILLER FAMILY CLAUDE FAMILY VONIECK FAMILY keakraban ketiga keluarga ini amat ti...