Ray memandang matahari terbit dengan rasa yang nyaman. musuh mereka telah berjaya di tumpaskan.
"tahniah ray . kau berjaya menghalau keluar orang western."kata sir jax sambil menepuk bahu ray.
"tak. kita semua berjaya . kemenangan milik kita!" kata ray sambil tersenyum .darah yang mencorakkan baju dan mukanya tidak di pedulikan. dia sangat senang dengan kemenangan yang mereka kecapi.
"hidup negara lumiere! hidup negara lumiere! " sorak semuanya yang berada di situ. meskipun ada yang cedera tapi kegembiraan mereka tidak dapat ditutupi .
"kau tak boleh! "marah seorang komander secara tiba tiba sambil menghalang seorang lelaki yang mendekati putera raja . kebisingan itu menarik perhatian semua yang berada di situ.
"izinkan saya menghadap putera raja! " kata lelaki itu dengan cemas dan kelam kabut serta terus menurus maju kehadapan walau di tahan oleh orang kanan putra raja.
"biarkan dia avi" arah ray .
"avi mendengar perintah! " kata avius lucra sebelum berundur dan memberi laluan kepada lelaki itu
"siapa kau? kenapa terburu buru? apa ada ancaman lagi?! " Kata Ray sambil melihat lelaki itu . wajah bercalar mungkin kesan pedang yang mengena mukanya dan baju nya sedikit terbakar.
"izin hamba perkenalkan diri. hamba bernama ivan daxter. hamba bertugas di unit khas kelurga claude. " kata ivan sambil menunduk hormat.
"ouh! baru beta ingat akan tuan muda rykell. dimana tuan muda claude? beta perlu mengucapkan terima kasih atas bantuannya." tanya ray yang teringat akan kawannya itu.
"putra ray! tolong selamatkan tuan muda kami! kami syak ada diantara musuh telah menculik tuan muda ! serta sir noah juga tidak dijumpai! tolong selamatkan tuan muda rykell putra ray! tuan muda akan berkahwin tak lama lagi! bagaimana dengan yang mulia vonieck?" kata ivan dengan bersungguh meminta pertolongan dari ray sambil bersujud di kaki ray.
Ray terkejut mendengar kata kata yang keluar dari mulut ivan. matanya mula meliar mencari kelibat rykell. debaran di dada makin mencengkam apabila noah juga tiada di kalangan mereka .
"tuan muda rykell diculik? tak mungkin... dia adalah pahlawan yang hebat! mana mungkin dia ditangkap dengan begitu mudah. " kata avi yang tak percaya dengan kata ivan. dan memandang kearah ivan dengan pandangan tak masuk akal.
"saya bersumpah putera! saya tak tipu! tolong selamatkan dia! "kata ivan. mukanya jelas menahan tangis .mungkin bersalah kerana tak dapat menyelamatkan tuannya.
"bagaimana ini? " tanya sir jax.
"kita kena balik lumiere. dengan keadaan kita yang tidak bersiap sepenuhnya. akan menyebabkan kita mencari secara membuta tuli. dan keadaan tentera yang parah juga membuatkan kita berada dalam serba kekurangan. " kata Ray. dia mengenggam penumbuknya dan mengetap bibirnya.
dalam hati nya dia rasa menyesal dia tidak boleh perintahkan untuk mencari rykell segera. tapi dalam keadaan mereka sebegitu. mereka hanya akan semakin lemah. dan dia perlu memikirkan rakyat di bawahnya. jika tidak mereka akan hancur. dan itu hanya akan membuka peluang negara lain menyerang mereka.
"baik! hamba faham ! " kata sir jax.
"SEMUA SEDIA! kita akan bergerak pulang ke lumiere sekarang! " lantang sir jax berkata.
semua tentara membentuk barisan dan berjalan pulang."putra raja! adakah ini bermaksud yang mulia meninggalkan tuan muda rykell! " kata ivan .
"tidak! beta sama sekali tidak akan tinggal kawan beta yang setia! kita akan pulang ke lumiere dan merangka strategi mencari rykell! dalam masa 2 hari! jika kita tak jumpa rykell itu bermaksud ... " ray tak mampu meneruskan katanya.
YOU ARE READING
~THE TALE OF UNIC TASTE OF MAN~ ✓
Romance⭐no.3 gemok- 9/6/2020- 3 ROYALS FAMILY OF EMPERIAL merupakan 3 buah keluarga yang terkenal dengan keakraban serta kesetiaan terhadap pemerintah negara iaitu king ethan. MILLER FAMILY CLAUDE FAMILY VONIECK FAMILY keakraban ketiga keluarga ini amat ti...