SESI PERSEKOLAHAN bagi tahun 2007 telah pun bermula. Imran dan Hakimi kedua-duanya tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi persekolahan baru mereka. Maklumlah, inilah merupakan tahun akhir mereka sebelum tamat SPM. Imran sedari awal lagi sudah bercita-cita mahu melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Dia sudah menanam azam yang dia perlu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
"Hai Kimi... Missing you so much! Cuti hari tu awak buat apa je?"
Imran segera meninggalkan Hakimi yang sudah tersangkut dengan Suraya. Pasti banyak cerita masing-masing hendak disampaikan. Maklumlah cuti sekolah kan panjang, pasti sahaja ada cerita menarik lagi panas yang terjadi harus dikongsikan bersama.
"Hai Abang Imran... selamat pagi!" sapa beberapa pelajar junior yang pastinya kemungkinan dari kalangan Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga.
"Selamat pagi," balas Imran sambil menguntum senyuman.
"Wah! Ceria betul kamu pagi ni Imran?" tegur Cikgu Akmal sambil tersenyum.
"Mestilah ceria Sir! Hari ini kan hari pertama sekolah. Saya dah jadi senior." Ucap Imran seraya menunduk hormat dan menghulur salam ke arah cikgu tampan itu.
"Amboi. Dah jadi senior kenalah tunjuk teladan yang baik pada junior, Imran."
"Baik Sir!" kata Imran sambil siap tabik hormat segala!
Cikgu Akmal cuma tertawa memandang Imran. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengusap lembut kepala lelaki itu.
"Kamu ni nasib baik comel, Imran." Katanya yang mula berkira-kira untuk berlalu pergi selepas itu. Namun seketika, dia berpaling semula ke arah Imran.
"Imran, all the best for your new title as President of Librarian ya. Kalau ada-apa masalah, kamu tahu nak cari saya kat mana, kan?"
Imran mengangguk tanda faham.
"Thank you, Sir!" ucapnya sambil menyorot pandangan ke arah kelibat Cikgu Akmal yang semakin mengecil dan menghilang dari penglihatannya selepas itu.
***
HAKIMI berdiri tegak di hadapan pintu pagar sekolah menunggu Imran. Bahang mentari semakin menyengat seluruh tubuhnya. Dari kejauhan dia sudah nampak kelibat Imran yang sedang berjalan keluar menuju ke arahnya.
"Kau tak boleh lambat lagi ke? Tahu tak sekarang dah pukul berapa? Dah dekat lima belas minit aku tunggu kau. Kau tahu tak panas? P-A-N-A-S?"
Imran terkekeh ketawa sebaik mendengarkan bebelan Hakimi. Siap mengeja perkataan itu yang tak boleh blah!
"Kau ni membebel mengalahkan Mak Jah lah. Rilekslah, baru lambat lima belas minit. Bukan setengah jam, bukan sejam?"
"Dah dah dah. Kau ni ada je nak menjawab, kan?" sungut Hakimi.
"Kita balik dengan ayah kau, kan?" soal Imran sekaligus segera mengubah topik perbualan.
Hakimi mengangguk.
"Mana dia?"
"Entah! Mungkin kejap lagi sampailah tu." Beritahu Hakimi sambil menarik beg galas sekolahnya lalu diletakkan di atas kepalanya.
"Kita tunggu kat bus stop depan tu lah. Kalau dia dah sampai, for sure kita boleh nampak dari situ, kan?" cadang Imran tanpa mempedulikan persetujuan kawannya itu. Dia segera mengatur langkah menuju ke arah perhentian bas yang terletak tidak jauh dari pintu pagar sekolah.
Hakimi hanya mencebik lalu membuntuti langkah sahabatnya.
"Ya ALLAH, hauslah pulak! Kau nak apa-apa air tak?" tanya Imran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Juara Carta Hati
عاطفيةDiinspirasikan daripada kisah benar, cerita ini berkisarkan tentang dua sahabat iaitu Imran dan Hakimi yang membesar bersama sedari kecil sehingga dalam diam tidak tersengaja telah melintasi satu had garisan di antara mereka. Meskipun perasaannya be...