11

775 32 1
                                    

IMRAN melompat masuk ke dalam kereta pacuan empat roda jenis Toyota Camry milik Cikgu Akmal dengan perlahan-lahan. Daun pintu kereta itu ditarik dan ditutup dengan segera. Akal fikirannya masih kurang dapat mempercayai seratus-peratus dengan apa yang telah terjadi. Malahan, sukar untuk perasaannya menghadam sekaligus apa yang telah dilihatnya tadi. 

Fikirannya langsung terbejat. Sementara, separuh jiwanya yang lain pula dirasakan sudah hilang. Hancur berderai! Menjadi kosong! Dia sendiri juga terkeliru dan tidak tahu hendak merasakan perasaan yang bagaimana lagi sebaik mindanya menerawang memikirkan semua perihal tentang Hakimi. Serasa jasadnya sahaja yang tertinggal di dalam kereta milik cikgu tampan itu dan selebihnya di hati, dia sendiri juga tidak tahu ke mana ianya pergi. Barangkali menyorok untuk mengubat rasa kecewa di hati? Seketika, dia mengeluh berat.

Anak mata hitamnya sekadar melihat Cikgu Akmal yang sedang mengenakan tali pinggang keledar sebaik enjin kereta dihidupkan. Dia hanya diam memerhatikan lelaki itu yang kemudiannya membuka suis penghawa dingin di dashboard dan lantas menutup daun pintu kereta. Sejurus, dia memerhati pula lelaki itu yang meraba-raba mencari telefon bimbit berjenama Motorola SLVR L6 jenis model keluaran tahun 2006 dari dalam saku poket seluarnya.

Jam sudah pun menunjukkan tepat ke angka pukul 2.23 minit petang sebaik telefon genggam itu ditekan-tekannya. Cikgu Akmal pantas menyemak beberapa pesanan yang telah masuk ke dalam telefon bimbitnya itu lalu kemudian dimatikan dan diletakkan telefonnya itu di atas aksesori petak yang bersebelahan dengan gear kereta. Dia mengerling ke arah Imran yang sedari tadi membisu dan tidak berkata apa-apa.

"Imran...," panggilnya lembut sekaligus membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya. "Kamu okey tak ni?" soalnya lagi selepas itu.

Imran cuma mengukir senyuman tawar.

"Okey... saya okey Sir," ucapnya sambil laju menganggukkan kepalanya. Sebolehnya dia tidak mahu Cikgu Akmal berfikiran tentang tidak-tidak dan bertanyakan lebih banyak perkara tentang apa yang telah terjadi. Meski rasa sakitnya masih kuat menjalar di segenap ruang tangkai hatinya, biarlah sehabis baik dia mencuba menafikan rasa itu agar lelaki itu tidak menyedarinya. "Sorry kalau saya terpaksa susahkan Sir hantar saya balik pulak. Saya boleh je call Mama minta dia ambil saya...," sambungnya sekaligus mencuba menggantung senyuman manis di wajahnya. Namun, siapa sangka senyuman itu sebenarnya sudah cukup mencairkan hati lelaki seorang Cikgu Akmal.

"Eh, tak ada apalah! Kebetulan... nasib baik saya tak balik lagi tadi. Tak apa, memang niat saya nak hantar kamu balik pun. Tak adalah menyusahkan sangat pun..." jelasnya seraya membalas senyuman manis yang dihadiahkan Imran. Mahu sahaja dia mencubit pipi lelaki itu namun ditahan sahaja rasa geramnya itu. Comel sangat!

"Rezeki saya hari ini dapat hantar awak balik Imran..." ucapnya lagi sambil tersengih sendiri. Suatu perasaan ganjil yang hadir tetapi dia sendiri juga kurang mengerti apakah maksudnya. Namun, perasaan itu cukup menyenangkan meski dia sendiri baru pertama kali merasakannya! Tiada pelajar lain yang dapat membuatkannya jadi tidak keruan seperti mana dia bersama-sama Imran seperti ini. Dia memandang ke arah roman wajah Imran yang sudah berubah riak. Dia tersenyum memandang wajah lelaki itu yang sudah pun berkerut seribu di sebelahnya.

"Kenapa pandang saya macam tu pulak? Macam nak makan saya je?" soal lelaki itu mengusik.

"Tak. Sir macam peliklah hari ini..."

Cikgu Akmal tertawa geli hati. "Apa yang peliknya pulak? Ada yang tak kena apa-apa dengan saya ke?"

Imran tersengih melihat telatah cikgu tampannya yang berpura-pura memeriksa dirinya dan kemudian melihat wajahnya menerusi cermin pandang belakang di dalam kereta itu. Ada-ada sahaja telatah lelaki itu yang betul-betul mencuit hatinya.

Juara Carta HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang