2

1K 49 4
                                    

HAKIMI mendengus kasar. Gelak tawa bual Fazli dan Hilman di sebelah langsung tidak dihiraukannya. Dia masih berfikir soal keadaan Azim yang teruk dibelasahnya tadi. Apakah Azim baik-baik sahaja? Ah, sial! Tak guna! Bentak Hakimi dalam hati.

Dia mencengkam kuat besi penghalang jalan yang diduduknya itu. Perasaannya berkecamuk. Di antara marah, benci dan takut. Dia takut kalau-kalau Azim mendedahkan siapa yang membelasahnya dan kalau-kalau dia - Hakimi yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung atau buang sekolah? Tentu emak dan ayahnya akan malu besar dan membencinya. Imran?

Baru kini dia tersedar tentang sahabat baiknya, Imran. Bagaimana jikalau Imran juga turut membuang dan membencinya?

"Kau orang nampak Imran tak?" soal Hakimi tiba-tiba.

Sudah hampir setengah jam dia, Fazli dan Hilman menunggu di tepi simpang di hadapan sekolah.

"Entah. Tak nampak pulak." Jawab Hilman sambil menghisap rokok.

Hakimi mengeluh berat.

"Dia jumpa Sir Akmal kut?"

Semerta Hakimi melirik tajam ke arah Fazli.

"Dah kenapa dia nak jumpa Sir Akmal?" soal Hakimi sedikit membentak.

"Entah. Aku teka je kut. Rilekslah, tak payahlah nak marah."

Hakimi merengus lagi. Fikirannya sudah mengandaikan berbagai andaian. Bagaimana jikalau ada sesiapa yang terlihat tentang apa yang dilakukannya kepada Azim?

Jikalau bukan Azim sekali pun melaporkan kepada pihak berkuasa, pasti ada saja saksi lain yang akan melakukannya, bukan?

Hakimi melibas-libas rambutnya. Fikirannya terus berserabut.

"Kau dah kenapa pulak ni, Kimi?"

"Aku serabutlah!"

Fazli datang menghampiri Hakimi. Dia menyentuh bahu sahabatnya itu.

"Eh kau tak payah nak pegang-pegang boleh tak? Aku serabutlah!" marah Hakimi sambil menolak tangan Fazli menjauh darinya.

"Rilekslah, bro! Kau ni kalau ya pun, bertenang boleh tak?"

Hakimi terus mendongak dan merentap kolar kemeja Fazli.

"Kau nak suruh aku bertenang? Kenapa sebelum aku belasah pondan tu sampai nak mampus, kau tak suruh aku bertenang? Kenapa sekarang pulak kau suruh aku bertenang? Ha sial??!" jerkah Hakimi marah.

Fazli berasa sedikit tercabar.

"Yang kau nak menggelabah tak pepasal ni dah kenapa?!"

Hilman yang menyedari keadaan mula menjadi tegang itu segera mencuba untuk meleraikan pergelutan di antara Hakimi dan Fazli.

"Eh kau orang berdua ni boleh rileks tak?"

"Kau cakap kat kawan kau Hakimi ni! Apa benda entah perangai. Macam sial!" kutuk Fazli sekaligus membuatkan Hakimi terus menumbuk mukanya. Lelaki itu tersungkur ke tanah.

"Aku cakap sekali je okey! Kalau benda tadi tu sampai ke pengetahuan Pengetua, dan apa-apa jadi kat aku! Kau orang berdua siap! Dengan korang-korang aku heret sekali! Faham?!" herdik Hakimi sambil mengambil beg sekolahnya yang tercampak tadi sambil menuding ke arah Fazli dan Hilman.

"Hakimi, rilekslah..." pujuk Hilman.

Hakimi mendengus kasar. Sial! Bentaknya di dalam hati.

"Aku dah tak nak ada apa-apa kena mengena dengan kau orang berdua! Sial!" maki Hakimi terus berpusing dan berlalu dari situ.

Juara Carta HatiWhere stories live. Discover now