12

794 32 4
                                    

PANDANGANNYA meliar mencari kelibat seseorang di hadapan pintu pagar sekolah. Dia mengerling ke arah jam yang dipakai di pergelangan tangan. Tepat menunjukkan ke angka 6.50 minit pagi. Ah masih terlalu awal, fikirnya. Lama dia berdiri memerhati ke arah murid-murid yang sedang perlahan-lahan melangkah memasuki ke perkarangan sekolah. Lagaknya tak ubah seperti seorang pengawas. Bebola matanya masih ligat mencari-cari kelibat orang yang dinantinya.

"Eh! Hai Kimi... Selamat pagi!" tegur Suraya yang menyedari kelibatnya tidak jauh dari pagar sekolah. Suraya yang baru tiba di sekolah dengan sebuah kereta jenis Proton Waja segera meluru ke arah kelibat Hakimi yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Hakimi sekadar mengulum senyuman kecil. Dia mengerling pandangan ke arah Suraya yang tergedik mengada sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Proton Waja yang sudah mulai bergerak perlahan di sebelahnya.

"Amboi! Jeling-jeling. Ingat Sue tak nampak?" tegurnya seraya lantas cuba merangkul lengan sasa Hakimi. Namun, cepat-cepat ditarik lelaki itu dan langkahnya mulai sedikit menjauh daripada gadis itu.

Suraya mencebik mengada.

"Kimi buat apa kat sini? Tunggu Sue ke? Ahhh... so sweet!" katanya sambil menepur tampar lengan lelaki itu pula.

Hakimi hanya berbuat tidak tahu. Sebolehnya dia malas mahu bertekak dengan Suraya. Dia tahu gadis itu sememangnya daripada dahulu lagi meminatinya namun sungguh jiwanya tiada langsung buat Suraya. Malah, dia sendiri juga selalu berasa rimas tatkala berdua-duaan dengan gadis itu. Meskipun sudah diberitahu, apatah lagi sudah tidak dilayaninya, Suraya tetap juga dengan sifatnya yang sengaja berpura-pura tidak mengerti.

"Kimi... jom breakfast?" pelawa Suraya sambil memusing-musingkan rambutnya yang panjang dan diikat ke belakang ke arah Hakimi.

Hakimi yang ternyata kurang selesa di situ segera mengorak langkah ingin masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Yayyy!" teriak gadis itu kegirangan. Fikirnya, Hakimi bersetuju mahu menemaninya bersarapan di kantin sekolah. Namun, telahannya meleset sama sekali sebaik langkah lelaki itu dibawa ke arah yang berlainan.

"Hakimi!!!" jeritnya sedikit membentak. Geram!

Hakimi hanya berbuat tidak tahu. Niatnya yang sedari tadi mahu menunggu Imran di pagar sekolah akhirnya terbantut. Fikirannya menerawang memikirkan kembali peristiwa yang terjadi lewat petang semalam di mana saat dia datang untuk bertemu dengan lelaki itu di rumah. Reaksinya seakan membeku. Tidak tahu bagaimana sejujurnya untuk berhadapan dengan Imran.

"Hey kau okey tak?" tegur Hakimi sambil memandang ke arah Imran yang sedang menyusun beberapa buah buku di atas meja belajarnya. Rerambutnya yang basah hanya dibiarkan tanpa dibilas dengan tuala. Dia langsung tidak berkata apa-apa. Malah, untuk menoleh memandang ke arah Hakimi juga dia tidak mahu. Dia tidak tahu bagaimana untuk menatap wajah yang dirinduinya itu andai di hati semakin membengkak rasa kecewa dan sakit hati. Seluruh perasaannya benar-benar terluka ketika ini.

Telefon genggam yang berada di atas meja belajarnya kembali berbunyi sekaligus memecahkan rasa dan suasa hening di antara mereka berdua. Imran yang sedang leka mengemas buku-buku di atas meja sedikit terkejut. Bebola matanya dikerlingkan ke arah skrin telefon yang sedang berbunyi.

Incoming call...
Cikgu Akmal

Nama lelaki itu muncul sekali di ruangan skrin telefon genggamnya. Imran berasa begitu bersalah yang teramat sangat. Jiwanya sendiri kacau dengan apa yang telah terjadi. Apatah lagi Hakimi yang tiba-tiba muncul di bilik tidurnya ketika ini benar-benar menambahkan rasa yang bercampur-baur di dalam hati. Dia mengeluh berat. Namun, dicapai telefon itu perlahan-lahan dan kemudian ditekan butang bisu bagi melenyapkan deringannya selepas itu.

Juara Carta HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang