13

1.5K 53 44
                                    

HAKIMI melihat Farid mempercepatkan langkah untuk keluar dari dalam perkarangan sekolah. Dia memerhati pula ke arah beberapa pelajar lelaki yang mengejar Farid di belakangnya. Arif, Jasril, Meor dan Azrul masing-masing kelihatan tergesa-gesa mengejar lelaki itu. Meski ada tanda tanya yang mula bersarang di kotak fikirnya, namun bukan itu yang merunsingkan fikirannya.

Wajah Hakimi berkerut pula memandang ke arah beberapa kumpulan teman sekelas Imran yang sedang melintasinya. Rata-rata semuanya sudah keluar meninggalkan perkarangan sekolah namun batang hidung Imran tetap juga tidak muncul pada penglihatannya. Atau mungkin sahaja Imran bersama Raihana? Tapi... betul ke? Tak, tak mungkin Imran dan Raihana ada sesuatu yang serius. Tak mungkin mereka bercinta! Dia menggelengkan kepalanya cuba menjauhkan segala andaian yang bermain di benak fikiran. Perasaannya tiba-tiba sahaja menjadi sakit sebaik terkenangkan peristiwa yang dilihatnya tempoh hari. Bebola matanya segera melilau pandangan mencari kelibat Raihana sejurus itu.

Namun sekejapan, pandangan matanya bertaut pula dengan seseorang yang sememangnya dia cuba hindari semenjak terjadinya peristiwa tidak bermoral itu. Maisarah! Ya dia tahu, sejauh mana pun dia cuba mengelak dan menghindari Maisarah, kawasan sekolah ini tidak akan mampu untuk menghindarkan dirinya daripada gadis itu!

Dia melihat Maisarah sekadar mengulum senyuman penuh makna kepadanya. Namun, segera dilontarkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu terus membayangkan lagi peristiwa yang pernah berlaku di antaranya dan gadis itu. Maisarah sekadar menjeling penuh makna. Bibir bawahnya sengaja digigit. Meski Hakimi berpura-pura untuk tidak melihat, namun semua tingkah gadis itu jelas tertera pada penglihatannya.

Sehinggalah Maisarah berjalan dan demi ketika gadis itu melintasi batang tubuh Hakimi yang sedang berdiri membelakanginya, tubuhnya sengaja dilayangkan ke dalam dakapan lelaki itu. Dan, mujurlah ketika itu Hakimi sempat berpusing sebelum tubuh Maisarah didakapnya segera.

"Sorry Kimi...," ucapnya segera sambil tubuhnya dibantu Hakimi untuk berdiri semula. Hakimi hanya diam tidak membalas apa-apa.

Dia melihat Maisarah masih menggantung senyuman penuh makna kepadanya. Sejujurnya, lelaki mana sepertinya yang tidak akan bernafsu apabila digoda gadis seperti Maisarah? Malah dia sudah pernah meratah batang tubuh gadis itu! Mustahil baginya dapat melupakan peristiwa 'terindah' itu meskipun ianya tidak bermoral dan kotor!

Dia segera melepaskan pautan tangannya pada lengan Maisarah meskipun dia sedar banyak mata yang sedang menyaksikannya keadaan mereka berdua di situ. 

"Kimi. Aku nak!" ucap Maisarah seakan berbisik. Hakimi yang sedikit terpana itu hanya berbuat tidak tahu. Dia masih memanjangkan lehernya mencari kelibat Imran di dalam keramaian manusia yang bergegas mahu keluar dari dalam perkarangan sekolah.

"Hai Kimi...," sapa seseorang di belakangnya pula selepas itu sekaligus membantutkan perbualan mereka berdua. Wajah Maisarah semerta membatu dan pandangan mata Hakimi pula bagaikan terpana.

"Err... Bal... Balqis!"

Wajah gadis itu tersenyum manis. Cantik! Maisarah pula sudah tidak diendahkan. Kedua-dua wajah itu diperhatikannya silih berganti sebelum perlahan-lahan dia cuba mencari hubungan mata bersama Balqis. Gadis itu sekadar memberi isyarat agar Maisarah segera beredar dari situ. Dia menjeling pula ke arah Hakimi yang sedari tadi sudah kelihatan gugup. Dasar lelaki! Kau tunggu, Kimi! Bentaknya di dalam hati sebelum perlahan-lahan dia keluar dari dalam kawasan sekolah selepas itu.

"A-awak tak balik lagi ke Balqis?" tanyanya sedikit gugup. Gementar.

Balqis cuma menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?" tanya Hakimi seraya menjungkitkan kedua-dua belah keningnya. Dia melihat Balqis hanya tersenyum malu kepadanya.

"Saya tengah tunggu driver saya sampai. Kebetulan, terserempak pula dengan awak kat sini." katanya sambil bermain dengan hujung rambutnya yang panjang itu.

Juara Carta HatiWhere stories live. Discover now