Elly pov.
Keluar saja dari bilik aku terus tengok jam yang ada di dinding... 11.15 pagi.. Hm... Aku nak masak lah untuk keluarga ni..
Aku menghampiri bilik Kak Nad dan aku mengetuk.
"Kak Nad... Elly turun eh.. " kata ku perlahan.
"Ok kejap lagi Kak Nad turun," kata Kak Nad dari dalam bilik.
Aku terus turun ke bawah dan menuju ke dapur dan menghampiri peti ais yang sederhana besarnya...
Hm.. Boleh tahan barang dalam peti ais ni... Kata ku dalam hati..
Aku mengeluarkan ayam dan sawi.
Aku melipat lengan bajuku hingga ke siku.
Aku ambil sesaban dan mula memotong bawang dan membasuh ayam selepas tu membersihkan sawi tu.."Elly buat apa tu? " kata Kak Nad tiba2.
Kus semangat!!!
Aku menggosok dada berkali nasib sayur ni tak terbang haha..
"Masak " kata ku perlahan
"Hish Elly ni... Meyh sini sayur tu.. Elly pergi depan tengok TV ke? "kata Kak Nad sambil mencapai pisau..
"Eh ada pulak macam tu, Hah Elly ada idea. " kata ku sambil senyum.
"apa? "
"Kak Nad sediakan piring je lepas tu duduk. Santai" kata ku sambil mengambil kuali untuk masak. memang masak lah takkan nak tanam kan!?
"Betul ni? " kata Kak Nad sambil angkat kening.
Aku angguk je.
Lepas tu Kak Nad jalan ke meja makan dan buat apa yang nak di buat.
Sementara aku, membuat kak Nad punya dapur ni berasap.. Bukan terbakar eh 😆
💄💄💄💄💄
Jam sudah berlalu ke jam 12 tengah hari.
Kak Nad mengambil pinggan dan cawan di bawa ke meja makan.Aku pulak memasuk masakan aku ke dalam mangkuk dan membawa ke meja makan.
"Wah sedap nya bauuuuu"kata Kak Nad dengan sengih..
" Biasa je lah kak... "
"Elly masak apa ni? " kata Kak Nad sambil menuang minuman ke dalam cawan.
"sayur gulai ,ayam masak kicap dan ayam goreng. " kata ku sambil menyeduk nasi kedalam piring.
"Wah ayam goreng!! " kata Qalish sambil melompat di tangga terakhir.
"Hah! Lompat lagi, lompat lagi biar kena potong kaki tu " kata Kak Nad sambil cekak pinggang.
"Ala mama ni... " kata Qalish sambil mecebik..merajuk.
"Jom tadi kata nak ayam goreng kan. " kata Ku smbil sedukkan ayam goreng ke dalam piring Qalish.
"Tak nak yang ni, nak yang paha.. Baru dap " kata Qalish apa bila aku mengampaikan ayam isi.
Aku simpan senyum dan akur.
"Hish ngade lebih eh" kata Kak Nad sambil duduk..
"Ala... Kak Nad biasanye... Budak. " kata ku sambil duduk jugak.
Kak Nad kenyit mata ke arah ku sambil muncungkan mulut ke arah Qalish yang makan tak ingat dunia.
Lepas tu
"Hahahahah" tawa kami terlepas. Sebab Qalish makan sampai ke pipi nasi tu pergi.
Lepas tu kami pun makan.
......
Selesai je makan aku membasuh segala pinggan tu. Awalnya Kak Nad yang nak buat semua ni tapi aku halang sebab apa yelah Kak Nad dah tolong aku... Aku tolong lah yang mana aku mampu..
Selesai buat semua tu aku pergi ke depan tengok Kak Nad buat apa...
"Hah Elly cepat sini Kak dah ada info ni " kata Kak Nad sambil menepuk sofa yang berwarna kelabu itu.
Aku pun menghampiri Kak Nad.
"Kenapa kak? " kata ku.
"Hah Kak dah cari kan Elly kerja. Tempat ni memang kosong. " kata Kak Elly.
Berubah terus riak muka ku jadi ceria..
"Kerja apa kak? " kata ku
"M.. Lady tea...ok ke kerja tu " kata Kak Nad seakan ragu2.
" Hah..setakat Lady tea... Kacang... Je.. Ok Elly nak mula bila " kata ku sambil senyum..
"Hm.. Elly kena pegi Pejabat tu dulu lah.. Mana tau kena interview ke? " kata Kak Nad .
"Aik jadi Lady Tea pun kena interview? " kata ku sambil angkat kening.
"kak Nad kata, maybe lah. Sebab ni Syarikat ni, Syarikat terkenal dekat KL ni.
Mesti lah kalau nak kerja kat situ kena interview. Tak kira lah jadi lady tea ke apa ke? " kata Kak Nad panjang lebar."Owh.. Hah! Kak Nad bagi eh alamat syarikat tu. Esok Elly nak ke sana. " kata ku
"Eh Elly ke sana guna apa? " kata Kak Nad
"LRT kut" kata ku.
"Takpe... Esok siap awal.. Lepas tu ikut Akak. " kata Kak Nad.
"Eh tak penyusahkan ke? " kata ku sambil garu kening
"Alaa.. Susah apa nya pejabat Akak dengan Elly bersebelahan je heheh" kata Kak Nad.
"Allhamdullilah.. " kata ku sambil menyapukan kedua tangan ku ke muka.
"Hm... Elly pelik kan.. Selalu nya kn.. Orang muda2 macam Elly ni tak nak kerja bancuh kopi segala.. Dia orang nak jadi model lah apa lah. Tapi lain pulak Elly ah? " kata kak Nad.
Aku senyum.
"Kak Nad ...ni pun kira ok lah kan jadi lady tea... Dari pada takde duit... Yang penting halal." kata ku sambil senyum sikit.
"Hm.. Jom lah kita siap2 lepas tu pergi shopping " kata Kak Nad .
Selepas je shopping hingga ke larut malam, kami pulang ke rumah dan tidur.
SORRY HAMBAR!!
Vote:)
Jangan tak vote.
YOU ARE READING
ELLY
Romance" For your information girls.. I'm not flirting with your boss. I'm working with your boss" kata Elly lepas tu terus membuka langkah. 'belagak' kata hati Dania sambil menjeling kalibat Elly yang dah hilang sebalik pintu bilik Tuan MAZ. Dania cembur...