Pagi yang cerah menghiasi bumi . Elly dan kak Nad bersiap siap untuk pergi ke pantai untuk picnic , weekend ni Elly dan Kak Nad tak pergi kerja so dalam kesempatan ni lah Nadia nak bawak Elly dan Qalish picnic.
Segala makanan sudah di sediakan dan di masukan ke dalam bakul oleh Elly .
Qalish turun dari tangga dengan seluar pendek yang bercorak pokok kelapa . Dengan T - shirt plain polo warna hitam .
" Kak Ly ! Lish dah siap!!" jerit Qalish sambil tersengih.
Elly pun terus tunduk menghadap Qalish yang hanya paras pahanya sahaja.
" Eyh....kacak nya dia....nak ngorat sapa ni ?" kata Elly sambil merapikan rambut Qalish.
"Erm..." Qalish meletakkan jari telunjuk ke dagu nya . Gaya berfikir.
" Kalau nak ngorat Kak Ly boleh?" kata Qalish sambil ketawa.
Elly pun turut ketawa. Tiba tiba ketawa Qalish terhenti.
" Tak boleh la... , Lish tak boleh nak ngorat Kak Ly ....." kata Qalish sayu...
Elly angkat kening.
" Kenapa pulak?" tanya Elly .
" Sebab Uncle hensem haritu suka kat Kak Ly " kata Qalish sambil sengih.
Elly angkat kening lagi . Ni siap dengan dahi yang berkerut.
" Uncle mana?" tanya Elly lagi .
Yelah dia ni cepat lupa jugak . Uncle ? Uncle yang mana? Uncle yang jual roti bakar tu ke? 🙄" Alaah...uncle mata biru tuu" kata Qalish sambil menggoyangkan tangan Elly .
Elly terus terkedu....
" Hah panjang nya berborak . Mengumpat pasal mama ye Lish.?" usik Kak Nad yang baru turun dari tangga sambil menggalas beg Qalish.
" Tak lah Mama.....Lish borak pasal Uncle mata biru tu yang suka kat Kak Ly ." kata Qalish pantas . Takde makna nya dia nak ngumpat mama kesayangan nya tu.
" Owh....sapa tu Elly." Tanya Kak Nad sambil senyum.
Elly terus tersentak.
" Eyh..dia tu Boss Elly ..masa tu dia tolong El fetch Qalish kat taska sebab grab lambat nak datang. " Terang Elly kalut.
" Yeke ni....untung nya Elly.....boss suka kat dia...." usik Kak Nad lagi .
Pipi Elly memerah ...
" Hah tengok tu dia boleh blushing lagi.....betul lah ni suka kat boss Elly tu " kata Kak Nad lagi.
Elly mengeluh...
" Tak guna pun Kak Nad...dia dah berpunya..." kata Elly perlahan..
Kak Nad hanya diam...faham akan perasaan kalau bertepuk sebelah tangan ni...sakit..
" Eyh jom lah kita gerak.nanti jam pulak." dalih Kak Nad.
Elly terus menolong Kak Nad mengangkat barang² yang akan di bawa ke dalam kereta.
(............)
" Aku nak kau follow diaorang . Jangan sampai terlepas . Ambik gambar sebanyak mungkin. " kata suara garau di dalam Telephone .
" Baik Andika . Aku akan ikut diaorang." kata Lelaki itu.
" Bayaran kau takpayah risau . Macam biasa." kata Suara garau tu lagi.
YOU ARE READING
ELLY
Romance" For your information girls.. I'm not flirting with your boss. I'm working with your boss" kata Elly lepas tu terus membuka langkah. 'belagak' kata hati Dania sambil menjeling kalibat Elly yang dah hilang sebalik pintu bilik Tuan MAZ. Dania cembur...