BAB 2

280 9 0
                                    

Laila terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan panggilan Sarah.

"Ya Allah, apa yang aku lakukan ini? Aku sudah melakukan kesilapan kerana mengabaikan panggilan rakan karib ku sendiri dan..." lalu air mata Laila terus mengalir tanpa berhenti.

Seterusnya,Laila mengelap air matanya dengan sehelai tisu lalu keluar dari tandas.

"Ya Allah!! Kelas dah mula dah ni.. Laila fokus! Ingat belajar kerana Allah SWT." bisik hati Laila.

Sebelum melangkah masuk ke dalam kelas, Laila sudah melihat dua wajah  yang tidak sepatutnya dia melihat iaitu Ahmad Ramadhan dan Qurrotu Aina..

Laila terkesima melihat mereka sehinggakan dia berhenti di depan pintu kelasnya..

Lalu Sarah menegur Laila..

"Laila!! Kenapa tercegat dekat depan pintu tu.. Masuklah.." kata Sarah kepada Laila.

"Ohh.. Ohh yelaa.. Maafkan saya.." kata Laila kepada pelajar kelasnya.

Laila merasa gementar kerana ini adalah pertama kali Laila satu kelas dengan Ahmad Ramadhan.

"Laila! Duduk sini lahh sebelah aku" kata Sarah kepada Laila..

Laila terkesima dan gementar kerana tempat duduk Sarah berdekatan dengan Ahmad Ramadhan. Ia lagi membuatkan perasaan Laila tidak tentu arah pada masa itu.

"Sarah kita duduk sini ke? Tak ada tempat lain? Kita duduk belakang nak?" bisik Laila kepada Sarah.

"Kenapa dengan kau ni Laila bukan selalunya dalam kelas kau ke yang beria-ia nak duduk depan? Tapi kenapa sekarang kau berubah pula?" kata Sarah dengan curiga.

Sarah melihat Laila dengan curiga dan kemudiannya dia baru faham mengapa Laila beria-ia hendak duduk di belakang. Ia kerana tempat duduk mereka sangat berdekatan dengan Ahmad Ramadhan.

"Ohh.. Aku dah faham.. Kenapa kau nak sangat duduk belakang?" kata Sarah dengan senyuman yang sinis.

Laila hanya tersenyum dan malu terhadap reaksi muka Sarah terhadapnya.

"Jomlahh Laila kita duduk tempat lain." kata Sarah.

"Okayy.. Jomm.." jawabnya Laila.

"Assalamualaikum.. "

Ada satu panggilan yang menegur mereka dari belakang sebelum mereka merubah tempat..

"Waalaikumussalam.. "Sarah dan Laila menjawab dengan serentak sambil menoleh ke arah orang tersebut.

Kemudian, orang tersebut ialah Ahmad Ramadhan.. Muka Laila menjadi pucat dan perasaannya sangat gementar..

"Kenapa ya?" Sarah menyahut panggilan Ramadhan.

"Maaflah kalau saya tegur.. Kenapa duduk belakang? Duduk sahaja la di tempat kamu berdua ni. Lagi pun, kalau duduk belakang nanti tak fokus kita nak belajar baik duduk depan kan lebih baik? Betul tak? kata Ramadhan kepada Laila dan Sarah..

"Ohh baiklah" kata Sarah.

Laila hanya mengangguk dan menundukkan pandangan terhadap Ramadhan.

"Sebelum terlupa, nama saya Ahmad Ramadhan Bin Al Syafi. Nama kamu berdua siapa? "kata Ramadhan kepada mereka.

"Ohhh.. nama saya Siti Sarah Binti Mohammad dan ini rakan karib saya nama dia.... "

Tiba- tiba pensyarah masuk untuk memulakan kelas.

"Baiklah selamat berkenalan.. Ohh.. Pensyarah dah masuk.. kita bebual nanti ye.. Assalamualaikum.. " jawab Ramadhan dengan lembut.

"Ohh.. Waalaikumussalam" jawab Sarah.

"Waalaikumussalam" jawabnya Laila dalam hati.

Sarah memandang Laila dan senyum melihat raub wajah Laila menjadi tenang dan normal..

"Betullah sangkaan aku.. Hanya Ramadhan je yang boleh buat kau jadi tenang macam ni.. Aku doakan kau Laila supaya jodoh kau tu ialah Ahmad Ramadhan."

"Ya Allah berikanlah kebahagiaan yang sentiasa kepada Ahmad Ramadhan.. Amin yaa rabbal alamin.." bisik Laila dalam hati sambil tersenyum memandang Ramadhan dari belakang.

Habisnya waktu kelas..

CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now