Keesokan harinya, Ramadhan bangun dari tidur dan melihat Laila tiada disebelahnya. Dan dia berasa hairan dan tertanya-tanya dimanakah isterinya.
Ummi mengetuk pintu bilik Ramadhan, lalu Ramadhan membuka pintu biliknya.
"Assalamualaikum ummi" kata Ramadhan kepada umminya.
"Waalaikumussalam, Ramadhan baru bangun?" soal umminya.
"Hehehe.. Ya ummi.. Ummi nak tanya mana bidadari Ramadhan ye?" kata Ramadhan.
"Qadar dah keluar sebentar tadi, katanya ada kelas pagi?" jawab Ummi Latifah.
"Ohh.. Baiklah. Terima kasih ummi yang saya cintai." jawab Ramadhan sambil memegang pipi umminya.
"Sama-sama" jawab Ummi Latifah dengan perasaan yang gembira.
"Kelas pagi, patutlah.. bisik hati Ramadhan.
..............Semasa di universiti
"Lailatul Qadar!!!" dengan kuat Sarah memanggil Laila.
"Sarahh!!" dengan lembut Laila menyahut.
"Kau sihat? Macam mana dengan Ramadhan? Mesti happy kan rumahtangga korang berdua. Ialah sorang alim warak, sorang lagi isteri yang taat pada perintah suami. Hishh!! Cemburunya aku!!" kata Sarah kepada Laila.
Laila hanya tersenyum dan..
"Kalaulah apa yang Sarah bayangkan ini betul-betul menjadi kenyataan. Ya Allah!! Akulah orang pertama yang akan menangis kerana memiliki rumahtangga yang bahagia dan sempurna." bisik Laila dalam hati.
"Laila! Dengar tak? Termenung la tu?" soal Sarah.
"Ohh? Maafkan aku ya Sarah." jawab Laila.
"Takpelah. Laila kau sebenarnya okay tak ni?" soal Sarah kepada Laila.
"Okay je la. Kenapa Sarah? Laila nampak tak okay ke?" kata Laila.
Sarah melihat kesan lebam pada tangan Laila. Kemudian dia..
"Laila? Kenapa tangan kau lebam ni? Siapa yang buat sampai lebam macam ni? Bengkak tu Laila. Kita pergi klinik lah. Jom? "risaunya Sarah sehingga menarik tangan Laila mengikutinya ke klinik untuk berubat." soal Sarah dengan bimbang.
"Sarah! Sarah! Tenang, aku okay je la. Lebam biasa je. Tak ada apa yang perlu kau risaukan?" jawab Laila dengan tersenyum melihat gelagat Sarah.
...................Selepas habisnya waktu kelas..
Laila terserempak dengan suaminya Ahmad Ramadhan. Lalu Laila menegur Ramadhan.
"Assalamualaikum, Ahmad Ramadhan?" tegur Laila sambil tersenyum manis kepada Ramadhan.
"Waalaikumussalam, awak nak apa?" dengan suara yang perlahan Ramadhan menjawab panggilan isterinya supaya tak didengari pelajar lain.
"Laila nak ajak Ahmad Ramadhan makan tengahari dengan Laila boleh?" kata Laila dengan senyuman manis dan suara yang lembut.
"Tak, saya sibuk sekarang banyak assignment nak kena siapkan." jawab Ramadhan dengan muka yang masam.
Ramadhan mendekati Laila, dan berbisik sesuatu di telinganya..
"Awak jangan ingat bila dekat kolej awak boleh layan saya ni seperti suami awak. Awak perlu anggap saya ni hanya rakan sekelas. Faham?" kata Ramadhan dengan suara yang tegas.
"Dan... awak pula anggap saya sebagai apa Ahmad Ramadhan?" dengan suara yang sayu Laila menyoal suaminya.
"ORANG ASING!!! Awak ingat ekhh? Saya TAK pernah cintakan awak walaupun kita baru sahaja bergelar sebagai suami isteri semalam. Awak juga kena ingat! Saya berkahwin dengan awak tanpa kerelaan hati saya. "So thats means we're nothing even we' re married." Faham? " lalu meninggalkan Laila sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada da...