Semasa akad nikah, Laila melihat lelaki itu serupa betul dengan Ahmad Ramadhan. Pada mulanya, Laila ragu-ragu,tetapi selepas tok kadi menyebut namanya..
"Ahmad Ramadhan Bin Al- Syafi.."
"Ye saya.."
Selepas Laila mendengar namanya, jantung Laila berdegub dengan sangat laju sehinggakan air matanya menitis kerana gembiranya dia menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya..
"Aku nikahkan dikau dengan Lailatul Qadar Binti Abdullah dengan mas kahwin RM 600 ringgit tunai."
Selepas Ramadhan mendengar nama tersebut dia merasakan sebelum ini namanya pernah didengari tetapi dia tidak yakin dimana.
Lalu Ahmad Ramadhan pun menyambung..
"Aku terima nikahnya Lailatul Qadar Binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM 600 ringgit tunai.. jawab Ramadhan."
"Sah!!!"
.............Selepas lafaz nikah berjalan dengan lancar.. Perlahan-lahan Ramadhan mendekati isterinya..
Kemudian, Ahmad Ramadhan menoleh ke arah pengantin perempuannya dan terkejut bahawa orang yang dikahwininya adalah pelajar yang sama kelas dengannya. Selepas mengetahuinya, Ahmad Ramadhan berasa marah terhadapnya.. Dia menganggap Laila mengetahui dia adalah bakal suaminya.. Disebabkan itu Laila menerimanya. Ramadhan merasakan Laila hanya mempergunakan dia sahaja.
..........
Selepas akad nikah sudah berlangsung..
Ramadhan menghampiri Laila dan menariknya dengan perlahan untuk ikut keluar bersamanya.
Kemudian...
"Assalamualaikum Puan Lailatul Qadar.. " dengan senyuman sinis Ramadhan menegur Laila.
Laila tidak melakukan apa-apa dan hanya menjawab salamnya.
"Waalaikumussalam" jawab Laila dengan lembut.
Selepas melihat Laila tersenyum, perasaan Ramadhan terus menjadi marah..
Kemudian...
"Ehh awak jangan nak baik-baik sangat lah dengan saya !! Awak yang rancang semua ni kan.. Awak sebenarnya tahu saya ni bakal suami awak dan disebabkan itu awak terima saya laa.. Selama ni awak baik dengan saya sebab awak tahu saya bakal suami awak kan? Apa jenis perempuan awak ni!! Gunakan agama untuk pikat hati ummi dan abi saya.." soal Ramadhan dengan marah.
"Astagfirullahalazim, awak cakap saya ni gunakan agama untuk ambil hati ummi dan abi awak? Saya pun tak tahu awak ialah bakal suami saya? Ahmad Ramadhan!! Saya tahu awak ada agama yang sangat sempurna dibandingkan dengan saya. Saya sedar!! Tapi saya bukan wanita yang gunakan agama untuk dapatkan awak? jawab Laila sambil menitis air matanya kerana kata-kata yang keluar dari mulut Ramadhan.
Ramadhan terdiam dengan kata- kata isterinya. Apabila dia melihat Laila menangis lalu dia beransur..
"Sudah lah.. Saya malas nak layan awak!!" jawab Ramadhan serta meninggalkan Laila seorang diri.
Setelah Ramadhan beransur Laila termenung seketika.
"Ya Allah, aku sedar aku bukan wanita yang terbaik buat Ahmad Ramadhan. Dan aku tahu Ramadhan baik orangnya. Mungkin situasi yang menjadikan dia begini. Aku redha.. Aku re..dha.. " dengan teresak-esak Laila menangis kerana mengenangkan setiap perkataan-perkataan yang dikeluarkan dari mulut orang yang disayang.
...........
Lalu Ramadhan berdiri di luar masjid sambil...
"Astaghfirullahalazim Ahmad Ramadhan, apa yang kau lakukan ni? Kau dah lukakan hati Laila.. Ya Allah begitu kejamnya aku terhadap Laila.. Dia merupakan isteriku yang patut ku layannya seperti bidadari.. Tetapi aku melukakan hatinya.. Maafkan Ramadhan Laila.. Maafkan Ramadhan. Ramadhan masih tidak boleh terima pernikahan dengan cara sebegini " bisik Ramadhan dalam hati sehingga menitiskan air matanya.
Hajjah Latifah mendekati Laila dengan perlahan.
"Qadar mana suami kamu? Ahmad Ramadhan? " soal Hajjah Latifah kepada Laila.
"Ohh,, tadi Ramadhan ada dekat sini, mungkin Ramadhan keluar sekejap kot? jawab Laila.
"Ohh,, baiklah kalau begitu." jawab Hajjah Latifah.
Lalu Ramadhan melihat isterinya bersama umminya Hajjah Latifah bebual. Lalu dia pun menuju ke arah mereka dan..
"Assalamualaikum ummi?" dengan senyuman manis Ramadhan tuju kepada umminya.
"Waalaikumussalam.. Anak ummi ni pergi mana tadi. Baru je lepas akad nikah dah tinggalkan bidadari?" soal Hajjah Latifah dengan senyum yang sinis.
"Hhahahah, manada ummi keluar sekejap je. Lagi pun takkan lah Ramadhan nak tinggalkan isteri Ramadhan" sambil meletakkan tangan kanannya di bahu Laila.
Laila terkejut , hatinya berdebar dan Laila hanya mengikut sahaja rentak yang dilakukan oleh suaminya agar ummi Latifah sedar bahawa kami ni gembira.
"Betul tak Laila? "tanya Ahmad Ramadhan kepada Laila.
"Ohh yaa, alhamdullilah betullah apa yang Ahmad Ramadhan cakap ummi."jawab Laila dengan senyuman yang manis.
"Alhamdulillah, happy nya ummi Latifah bila dengar anak ummi dan menantu ummi ni bahagia. Okay ummi Latifah nak balik dahulu. Ada hal nak kena uruskan ni. Assalamualaikum." kata Ummi Latifah kepada anak dan menantunya.
"Waalaikumussalam" jawab Laila dan Ramadhan dengan serentak.
Selepas ummi Latifah beransur. Ramadhan terus mengangkat tangannya daripada bahu Laila dan meninggalkan Laila keseorangan dengan muka yang masam.
Laila hanya terdiam dan memahami perasaan Ramadhan yang masih lagi marah akan dia.
Bersambung..
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
Historia CortaCerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada da...