BAB 6

237 8 0
                                    

Tibalah hari pernikahan Lailatul Qadar dan Ahmad Ramadhan. Malahan mereka tidak tahu bahawa dengan siapa mereka akan dinikahkan kerana ini pilihan ummi dan abi mereka.

Sarah merangkap rakan karibnya Laila hadir hari pernikahan tersebut. Sekian lama mereka tidak berjumpa kerana penyakit demam yang dihadapi oleh Sarah.

Sebelum akad nikah berlangsung, Sarah menghampiri Laila dengan perlahan. Lalu mengejutkannya tetapi Sarah terkedu melihat air matanya keluar tanpa henti.

"Laila!! Kenapa kau mengangis" soal Sarah dengan kerisauan.

"Sarah, kau dah sihat gembiranya aku.." jawab Laila sambil mengelap air matanya dengan cepat.

"Ya, aku dah sihat tapi kau ni.. Kenapa kau menangis?" soal Sarah.

"Kau menangis pasal kau dinikahkan dengan pilihan ummi dan abi kau ekhh?" soal Sarah yang berterusan.

"Takdelahh.. Aku redha, semuanya ketentuan Allah. Aku re..dhaa.." jawab Laila.

"Laila kau masih ingatkan Ramadhan ke?" soal Sarah.

"Entahlah, aku tak tahu laa.. Tapi aku akan sentiasa doakan dia bertemu dengan wanita yang lebih baik.." jawab Laila dengan hati yang sayu.

"Laila, kalau kau tak suka jangan paksa diri kau tu untuk kahwin." kata Sarah dengan tegas.

"Sarah, aku yakin pilihan ummi dan abi aku lebih baik berbanding dengan Ahmad Ramadhan kan?" soal Laila sambil menitiskan air matanya.

"Lai..la.." jawab Sarah sambil menitiskan air matanya melihat buat pertama kalinya Laila beria-ia menangis didepannya.

"Dah lahh aku dah nak nikah lagi beberapa minit lagi.. Sarah kau janji dengan aku ye, kau rahsia kan benda sampai bila- bila mahupun suami aku? " soal Laila dengan tegas.

"Lai..laaa, aku janji.. Kau kuat ya?" jawab Sarah sambil mengelap air mata dan memeluk rakannya.

"Baiklah, Sarah kau kawan aku dunia dan akhirat tau." jawab Laila dengan begitu sesih.

"Baiklah... Lai..la.." jawab Sarah sedih.

Kemudian...
Puan Hasnah menuju ke anak perempuannya Laila..

"Assalamualaikum anak ummi.. " kata Puan Hasnah kepada Laila.

"Waalaikumussalam ummi.." jawab Laila.

"Kenapa sedih ni Laila?" soal Puan Hasnah kepada Laila.

Laila dan Sarah menatap mata antara satu sama lain dah merahsiakan apa yang terjadi di antara mereka.

"Tak ada apalah ummi, Laila sedih kerana kena tinggalkkan ummi lepas ni." jawab Laila dengan senyuman yang manis.

Lalu Puan Hasnah memeluk anaknya dengan erat sambil menangis dalam masa yang sama, Sara menatap wajah Laila dengan sedih kerana Sarah tahu bahawa Laila menangis bukan kerana meninggalkan ummi dan abinya malahan menangis kerana mengingati Ahmad Ramadhan iaitu lelaki yang dicintainya dalam diam.

"Laila.." bisik Sarah dalam hatinya.

..............................

Sebelum pernikahannya berlangsung, Ramadhan menangis dan sedih kerana dinikahkan tanpa kerelaan hatinya. Dia menangis seorang diri di luar masjid lalu memikirkan apa yang akan terjadi pada kehidupannya akan datang. Dia takut, rumahtangganya tidak sesempurna yang dimahukan oleh ummi dan abinya. Dia tidak kenal dan tidak mengetahui wanita dinikahi tersebut.

Lalu Hajjah Latifah mendekati anaknya yang sedang duduk termenung di luar masjid.

"Ramadhan.." suara Hajjah Latifah lembut memanggil Ramadhan.

"Yaa.. Ummi.. Kenapa ummi dah mula ke?" cepat-cepat Ramadhan mengelap air matanya.

"Sabarlah..Hmm.. Lagi beberapa lama minit lagi.." jawab Hajjah Latifah dengan lembut.

"Ramadhan maafkan ummi ye nak.. Ummi paksa kamu nikah dengan orang yang tak pernah kamu cintai?" soal Hajjah Latifah yang kerisauan.

"Ummi.. Ramadhan buat keputusan ini dengan re....dha.. Insyaallah.." jawab Ramadhan dengan senyuman.

Sedangkan hati Ramadhan tidak begitu redha dengan perkahwinan ini. Ia berkata sebegitu untuk bahagiakan hati umminya.

"Alhamdulillah.. Lega hati ummi bila dengar anak lelaki ummi cakap begitu.. Baiklah, cepat bangun dah nak mula dah pernikahan Ramadhan ni.." jawab Hajjah Latifah.

"Ohh.. Baiklah ummi.." dengan hati sedih dan tidak menerima apa yang sedang berlaku.

Akad sedang berlangsung..

Kemudiannya,Sarah melihat lelaki yang betul-betul mirip dengan Ahmad Ramadhan menuju masuk ke dalam masjis dengan berpakaian baju melayu berwarna putih.. Lalu Sarah menegur Laila yang sedang termenung mememikirkan Ahmad Ramadhan.

Laila tersedar dan menoleh ke arah orang yang Sarah tujukan, aku terkesima, terkedu dan pelbagai perasaan ada pada masa itu.

"Adakah orang yang nikahi itu ialah Ahmad Ramadhan??" bisik dalam hatinya.

"Laila, itu memang Ahmad Ramadhan kann?" soal Sarah kepada Laila yang masih terdiam memandang lelaki tersebut.

"Ye....eeee..ee, memang dia Ahmad Ramadhan." jawab Laila yang masih dalam dilema.

"Alhamdulillah Laila, Allah sudah makbulkan permintaan kau Laila.. " jawab Sarah dengan hati yang teruja.

Pada masa itu aku buntu dan tidak tahu apa yang aku rasakan waktu itu.. Aku terdiam.. Semasa akad nikah, tok kadi menyebut nama......

Bersambung....

CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now