Setelah besarapan pagi, pelbagai cara Ramadhan lakukan untuk memujuk semula hati Laila. Tetapi Laila masih dengan wajah masamnya serta tetap menghindari suaminya. Kerana dia masih tidak boleh melupakan apa yang berlaku antara dia dan suaminya.
Walaupun Laila masih dengan perangainya, Ramadhan tetap tidak berputus asa dengan perangai isterinya. Dia tetap berusaha dengan sedaya upayanya. Hajjah Latifah hanya tersenyum melihat Ramadhan cuba untuk memikat hati isterinya.
Lalu, loceng rumahnya berbunyi dan Ramadhan merasakan ada seseorang memberi salam di hadapan rumahnya. Dan Hajjah Latifah meminta Ramadhan untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya di awal pagi ini. Kemudian Ramadhan membuka pintu, lalu melihat seorang lelaki muda yang sedang menghulurkan buku yang dipegang olehnya kepada Ramadhan.
"Assalamualaikum? Ohh! Ni lah rupanya abang Ramadhan ya?" kata Hakim, adiknya Sarah kepada Ramadhan.
Ramadhan hanya terdiam sambil tertanya-tanya siapakah sebenarnya lelaki muda tersebut.
"Waalaikumussalam. Awak ni siapa ya? Kita pernah jumpa ke sebelum ini?" jawab Ramadhan.
"Ohh, saya Hakim kenalan kak Laila. Saya datang ni sebab nak pulangkan balik buku yang saya pinjam semalam dekat kak Laila? Kak Laila ada kat rumah tak?" soal Hakim sambil tersenyum.
"Ohh, Laila ada dirumah. Sekejap ya, abang panggil." jawab Ramadhan dengan senyuman yang manis.
Ramadhan memanggil isterinya dan memberi tahu ada orang yang ingin berjumpa dengannya. Laila terus menghampiri suaminya dengan wajah yang masam. Kemudian, apabila melihat Hakim di hadapan pintu rumahnya langsung wajahnya bertukar ceria.
"Hakim! Bila sampai ni? Dah lama ke tunggu akak kat depan ni?" soal Laila dengan senyuman yang manis.
"Baru sampai kak Laila. Hakim datang ni pun sebab nak pulangkan buku akak, yang hakim pinjam semalam."jawab Hakim sambil menghulurkan buku yang dipinjam olehnya ke arah Laila.
"Oh, yeke? Kenapa datang tak call akak? Boleh lah akak sediakan apa-apa yang patut untuk adik kesayangan akak ni?" jawab Laila dengan senyuman yang manis.
Saat Ramadhan mendengar perkataan"adik kesayangan" langsung perasaan cemburu tu membuak- buak sambil memandang Hakim dari atas hingga ke bawah. Dan, Ramadhan masih tertanya-tanya siapakah Hakim sebenarnya.
"Hehe, akak ni ada jela. Baiklah kak saya pergi dulu dah lambat ni. Assalamualaikum" jawab Hakim sambil mencium tangan Ramadhan.
Ketika Hakim mencium tangan Ramadhan, Ramadhan terdiam dan tersenyum melihat gelagat Hakim yang sangat peramah itu.
"Hati-hati, Waalaikumussalam." jawab Laila dengan tersenyum gembira melihat Hakim yang sedang kelam-kabut untuk pulang.
Apabila Laila menatap semula wajah suaminya, wajahnya terus masam secara tiba-tiba dan meninggalkan suaminya terus masuk ke bilik. Ramadhan langsung sedih melihat isterinya terus berubah kembali wajah masam apabila memandangnya semula. Ramadhan turut mengikuti isterinya masuk ke bilik.
"Lailatul Qadar? Ramadhan nak tanya? Siapa lelaki muda yang datang tadi tu?
"Hakim namanya.." jawab Laila dengan wajah yang masam.
"Ohh Hakim namanya. Siapa dia?" soal Ramadhan sambil menatap mata isterinya.
"Perlu ke awak nak tahu?" jawab Laila dengan nada suara yang marah.
"Mestilah, Ramadhan perlu tahu! Sebab Laila kan isteri Ramadhan!" jawab Ramadhan dengan tegas.
Laila hanya diam terhadap pertanyaan Ramadhan.
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada da...