"Walaupun hanya sepantas kilat melihat raub wajahnya,tetapi aku sentiasa mendoakannya mendapat jodoh yang terbaik buat dirinya.. "kata Lailatul Qadar dalam hati".
"Aku juga tidak menafikan bahawa dalam diam ramai wanita inginkan lelaki sepertinya, yang rajin solat, disukai oleh ramai pensyarah, mempunyai ramai kawan, hormat terhadap orang tua, pandai mengaji, senang kata semua kebaikan ada dalam dirinya untuk menjadi seorang suami yang sempurna.." kata Lailatul Qadar dalam hati sambil termenung mengingati lelaki tersebut".
Tiba-tiba..
Laila!!!
Laila merasakan ada orang memanggilnya dari belakang."bisik Laila dalam hati"LAILATUL QADAR!!!
Dengan sepantas kilat Laila menoleh ke belakang. Rupa-rupanya Siti sarah merangkap kawan karibnya.
"Laila aku panggil kau dari tadi kau tak dengar, kau termenung apa ahh!" dengan muka yang masam Sarah memarahi Laila.
"Astaghfirullahhalazim.. Yeke? Maafkan aku Sarah aku tak ada niat untuk buat kau marah.. Maafkan aku ye.." kata Laila dengan muka yang sedih.
"Takpelah.. Lain kali jangan buat lagi tau.." kata Sarah..
"Baiklah Puan Siti Sarah.." kata Laila dengan senyuman yang manis..
"Kau tadi termenung tu teringatkan Ramadhan ke?" kata Sarah dengan senyuman yang sinis.
"Apa yang kau cakap ni? Manada aku teringatkan dia.. Sarah aku ni perempuan biasa je yang banyak kekurangannya.. Ahmad Ramadhan tu pula, lelaki yang sempurna akhlaknya.. Tak sesuai dengan aku Sarah." kata Laila dengan muka yang serius.
"Jangan rasa diri kau tu jahat boleh tak? Bagi aku kau adalah seorang wanita yang sempurna aklaknya berbanding dengan wanita lain tau.. Aku rasa Ramadhan tu sesuai dengan kau? Sama-sama mempunyai akhlak yang mulia.. Aku yakin Laila tu jodoh kau.." kata Sarah dengan tegas.
"Sudah lahh, malaslah nak dengar cerita kau yang tak munasabah ni.. Baik aku masuk kelas dulu.." kata Laila.
Justeru.. Ahmad Ramadhan bersama dengan seorang wanita yang bernama Qurrotu Aina. Qurrotu Aina merupakan anak kepada rakan baik ibunya Ahmad Ramadhan.. Disebabkan itu Aina dan Ramadhan berkawan baik..
"Laila! Laila! Ramadhan tu.."kata Sarah kepada Laila.
"Hensemnya dia.. Tapi siapa perempuan sebelah dia tu.. Lawa,berpudah,senyuman dia manis.. Indahnya ciptaan Allah!!" kata Sarah dengan teruja melihat keindahan wajah Aina.
Lalu Laila menoleh matanya ke arah mereka dan berkata dalam hati..
"Akhirnya doa aku dah termakbul.. Ahmad Ramadhan berjumpa dengan wanita yang baik dan solehah yang boleh dijadikan isterinya.. Aku gembira Ya Allah.. "dengan sedih Laila berbisik dalam hatinya sambil dia tidak perasan bahawa air matanya keluar sedikit demi sedikit..
Lalu Sarah menghampiri Laila..
"Laila kau okay tak? Kenapa kau menangis? Laila!!" kata Sarah dengan perasaan yang sangat risau.
"Ekhhh!!! Astaghfirullahhalazim.. (kenapa aku menangis) Takdelahh aku okay je.. Sarah aku pergi tandas sekejap ye.. " dengan cepat Laila beransur sebelum air matanya mengalir berterusan.
Lalu Siti Sarah memanggil Laila dengan sekuatnya..
"LAILA!!! LAILA!!.. Hishh dia ni selalu tak dengar.. " Sarah berbisik.
Kemudian dengan perasaan marahnya Sarah memanggil nama Laila buat kali kedua..
"LAILATUL QADAR!!!!" jeritnya Sarah kepada Laila..
Dengan kuatnya suara Sarah memanggil Laila sehinggakan semua pelajar berhampiran mereka terkejut termasuklah Ramadhan..
"Indah namanya seperti orangnya.. Betul tak Ramadhan?" kata Qurrotu Aina kepada Ramadhan.
Selepas mendengar namanya Laila, Ramadhan terkesima dengan keindahan nama Laila dan menjawab..
"Ya, betul Qurrotu Aina.. Subhanallah.." kata Ramadhan dengan senyuman manis.
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
Krótkie OpowiadaniaCerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada da...