Laila ditinggalkan lagi, dengan terus menerus tanpa dipedulikan oleh suaminya Ahmad Ramadhan.
Laila tetap mencari suaminya walaupun dia ditinggalkan oleh suaminya berkali- kali.
Kedengaran seperti suara yang kuat sedang berbual dengan begitu rancak sambil tertawa yang sangat berhampiran dengannya. Lalu Laila menoleh ke arah tersebut melihat suaminya berbual sambil tertawa dengan Qurrotu Aina, sedangkan dia isterinya tidak dilayan sebegitu.
"Ya Allah, apa yang harus aku lakukan sekarang ini? Hinakah aku di mata Ahmad Ramadhan sehinggakan dia sanggup memulaukan dan membuat aku ni macam tak wujud?" bisik Laila sehingga hatinya betul-betul kecewa dengan tindakan Ramadhan terhadapnya.
"Ya Allah, aku ini isterinya yang sah, baru sahaja kami bernikah sebentar tadi. Perlu ke dia layan aku sebegini Ya Allah??? dengan teresak-esak Laila menangis melihat suaminya bersama dengan wanita lain.
Lalu Ahmad Ramadhan sepantas kilat menoleh matanya ke arah isterinya. Dia seperti merasakan bahawa isterinya sedang menangis. Tetapi Laila cepat-cepat pergi dari situ apabila suaminya menoleh ke arah nya.
"Laila, awak menangis ke?" bisik Ramadhan dalam hati dengan rasa serba salah.
Aina melihat wajah Ramadhan berubah lalu..
"Ramadhan awak okay tak ni? " soal Aina kepada Ramadhan.
"Astaghfirullahalazim!! " bisik Ramadhan dalam hati.Ramadhan baru sedar dengan tindakannya..
"Aina, saya pergi dulu lahh. Tak manis bila kita berdua berbual sebegini. Lagipun saya suami orang kan? Saya pergi dulu ya? Assalamualaikum..
"Baiklahh. Waalaikumussalam." jawab Aina dengan hati yang kecewa.
..................
Ahmad Ramadhan berasa risau terhadap isterinya, lalu dia mencari isterinya di setiap kawasan masjid tetapi isterinya tiada.
Kemudian..
"Assalamualaikum ummi Hasnah?" kata Ramadhan kepada Ummi Laila.
"Waalaikumussalam Ramadhan.. Kenapa ya menantu ummi ni?" jawab Ummi Hasnah.
"Maaf kalau Ramadhan bertanya, bidadari Ramadhan di mana ya ummi? Ummi nampak Laila tak?" kata Ramadhan dengan senyuman yang manis.
"Subhanallah, baru saja nikah tadi tetapi ummi dah nampak kebahagiaan rumahtangga anak ummi dengan menantu ummi ni.. Ohh... Bukan ke Laila dah pulang rumah ummi Latifah tadi?
Laila tak beritahu kamu ke Ramadhan?" jawab Ummi Hasnah."Ohh, lupa pula saya ummi Hasnah dia ada beritahu saya tadi. Maafkan saya ya kalau mengganggu Ummi Hasnah." dengan perasaan yang malu.
"Tak ada apalah.. Okay ummi Hasnah pulang dulu ya." kata Ummi Hasnah.
"Baiklah, Ummi Hasnah dan Abi, hati-hatinya memandu. Kalau dah sampai telefon Ramadhan ya." jawab Ramadhan sambil mencium tangan ibu bapa mertuanya.
"Baiklah. Assalamualaikum" kata Ummi dan Abi Laila dengan serentak.
"Waalaikumussalam."jawab Ramadhan.
Selepas kepulangan Ummi Hasnah dan Abi, Ramadhan terus menuju ke rumah umminya Hajjah Latifah.
Tiba di rumah, Ramadhan memberi salam dan menuju ke pintu masuk dengan berlari pantas. Ramadhan menuju ke dapur...
Kemudian..
"Ummi ada nampak Laila tak?" soal Ramadhan kepda umminya.
"Ya Allah terkejut ummi, bagilah salam dulu Ramadhan." jawab Hajjah Latifah.
"Maafkan Ramadhan kalau buat ummi terkejut. Assalamualaikum ummi? " jawab Ramadhan dengan senyuman yang manis.
"Alhamdulillah. Haa kan bagus tu.. Waalaikumusssalam. Qadar dekat bilik kamu tu. Ni Ummi nak tanya? Ramadhan biarkan Qadar balik seorang diri,kenapa? Bahaya tau?" soal Hajjah Latifah kepada Ramadhan.
"Maafkan Ramadhan ummi, Ramadhan janji akan sentiasa bersama dengan bidadari Ramadhan." jawab Ramadhan dengan hati yang sayu.
"Ummi izinkan Ramadhan naik ke bilik ya?" kata Ramadhan dengan tergesa-gesa.
"Baiklah, pergilah pujuk bidadari Ramadhan tu.. " jawab Hajjah Latifah.
"Baik Ummi.." jawab Ramadhan.
..............
Ramadhan memberi salam dan mengetuk pintu biliknya, kemudian melihat isterinya yang sedang baring di atas katilnya. Lalu dia terus menuju ke isterinya, kemudian tangan Laila ditarik oleh Ramadhan dengan begitu kuat.
Kemudian..
"Astaghfirullahalazim!! Sakitlah Ramadhan.." jawab Laila dengan suara yang lembut.
"Tahu pun sakit!! Awak tahu tak saya ni risau,penat mencari awak sekitar masjid lepastu tahu tahu je awak dah balik ke rumah ummi saya. Awak tahu tak dosa bila isteri tak beritahu suaminya hendak ke mana? "soal Ramadhan dengan melepaskan tangan isterinya dengan perlahan sehinggakan terduduk di atas katilnya sambil menangis.
Buat pertama kalinya Laila melihat Ramadhan menangis kerana begitu risau terhadapnya.
"Ya Allah, ampunkanlah setiap perbuatan suamiku terhadapku pada harini? Aku yakin dia begitu risau terhadap keselamatan diriku?" bisik Laila dalam hatinya sambil sedih melihat suaminya.
Laila menghampiri suaminya dan..
"Saya minta maaf Ahmad Ramadhan, sa..ya mintak maaf sangat-sangat kalau tindakan saya membuatkan awak menangis" jawab Laila dengan suara yang lembut meminta maaf sambil mencium tangan suaminya.
Pada mulanya, Ramadhan ingin berlembut dengan isterinya kerana sikap yang dimiliki oleh isterinya membuatkan Ramadhan menjadi lemah. Tetapi sebaliknya yang berlaku, kerana perasaan dendam tu masih ada, Ramadhan menepis tangan isterinya sehingga membuatkan isterinya terjatuh.
Lalu, Ramadhan meninggalkan isterinya seorang diri tanpa menolong isterinya yang jatuh.
Kemudian Ramadhan terus menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya.
Laila tidak mampu berbuat apa-apa, dia hanya mampu mendoakan supaya Ahmad Ramadhan menerimanya dekat hati yang ikhlas.
Selepas Ramadhan habis sahaja membersihkan diri. Ramadhan melihat isterinya yang sedang tidur. Ramadhan mendekati isterinya senyap senyap sambil melihat tangan isteri yang lebam itu.
"Ya Allah, astaghfirullahalazim, apa yang Ramadhan buat pada bidadari Ramadhan ini? Mesti sakitkan Laila?" soal Ramadhan sambil mengusap-usap rambut Laila sehinggakan air matanya menitis kerana dia merasakan dia begitu kejam terhadap isterinya.
Dengan perlahan-lahan Ramadhan menyapu ubat pada tangan Laila semasa Laila nyenyak tidur.
Selepas habis Ramadhan menyapu ubat di atas permukaan tangan Laila yang lebam tadi. Dengan perlahan-lahan Ramadhan meletakkan tangan isterinya ke kedudukan asalnya.Lagipun sudah larut malam, jadi Ramadhan buat keputusan untuk tidur.
Laila tersedar semasa Ramadhan menyapu ubat pada tangannya.
Selepas suaminya tidur, Laila menangis terharu sambil melihat wajah suaminya yang sedang tidur.
"Terima kasih suami yang ku cintai Ahmad Ramadhan" sambil air matanya mengalir mengenangkan kebaikan suaminya terhadapnya.
Bersambung..
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)
Short StoryCerita ini mengisahkan tentang Lailatul Qadar menyukai Ahmad Ramadhan dalam diam.. Mereka merupakan pelajar universiti.. Ahmad Ramdhan merupakan lelaki yang menjadi pujaan ramai wanita dengan ilmu agamanya.. Dia baik,sopan dan semua kebaikan ada da...