BAB 4

243 8 1
                                    

"Assalamualaikum dan selamat pagi Ramadhan? Anak lelaki ummi yang hensem ini, semoga Allah memberi kebahagian kepada anak ummi yang sorang ni." kata Hajjah Latifah kepada Ramadhan.

"Waalaikumussalam ummi, amin yaa rabbal alamin. " jawab Ramadhan sambil tersenyum melihat gelagat Hajjah Latifah yang gembira di pagi hari.

Lalu Puan Latifah memanggil anaknya Ahmad Ramadhan ke ruang tamu untuk membincangkan sesuatu dengannya.

"Ramadhan, sini sekejap ummi nak beritahu sesuatu yang penting dekat Ramadhan ni." kata Hajjah Latifah dengan sopan.

"Baiklah ummi." jawab Ramadhan.

Lalu Ahmad Ramadhan berjalan menuju ke arah Hajjah Latifah sambil menanyakan sesuatu.

"Yaa, kenapa ummi? Apa hal yang penting ummi nak ceritakan dekat Ramadhan ni?" kata Ramadhan kepada umminya Hajjah Latifah.

"Baiklah, ummi dah fikir masak-masak. Sekarang ni, umur Ramadhan sudah 22 tahun , ada baiknya pada usia begini kamu bagus untuk berkahwin." kata Hajjah Latifah.

"Haa? Ummi? Apa ummi cakap ni?Bagaimana Ramadhan hendak berkahwin, sedangkan calon pun belum jumpa lagi ummi." jawab Ramadhan dengan lembut.

"Ohh.. Ramadhan tidak perlu risau, ummi dah jumpa dah calon yang sangat sesuai dengan Ramadhan, malahan ummi pun sudah pun melamar dia untuk Ramadhan." kata Hajjah Latifah dengan hati yang gembira.

"Subhanallah!! Ummi? Kenapa ummi tidak bincangkan hal ini dahulu dengan Ramadhan sebelum ummi melamarnya?" jawab Ramadhan dengan terkejut.

"Maafkan ummi Ramadhan.. Ummi takut Ramadhan akan tolak bulat-bulat dengan keputusan yang ummi buat. Disebabkan itu, ummi melamar Qadar tanpa memberitahu Ramadhan." jawab Hajjah Latifah.

"Qadar? Nama perempuan itu Qadar ke ummi?" kata Ramadhan dengan perasaan yang tertanya-tanya.

"Ya.. Nama panggilan dia Qadar manakala nama panjangnya pula Laila..." dengan gembiranya Hajjah Latifah ingin memberitahu Ramadhan.

"Maafkan Ramadhan ummi, Ramadhan masuk bilik sekejap." jawab Ramadhan tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh Hajjah Latifah.

"Rama..dhan.. Ummi.." jawab Hajjah Latifah.

"Ramadhan sedihlahh ummi, wajarkah ummi merahsiakan benda yang penting ni kepada Ramadhan. Ini berkaitan perkahwinan ummi, ia berkaitan dengan kehidupan Ramadhan." jawab Ramadhan dengan tegas.

Hajjah Latifah terdiam dan memanggilnya nama anaknya.,

"Ramadhan.." kata Hajjah Latifah.

"Ramadhan nak bersiap sekejap untuk pergi ke kelas." jawab Ramadhan dengan hati yang sungguh kecewa.

Sebelum beransur pergi ke biliknya,Ramadhan mecium tapak  tangan ibunya.

Hajjah Latifah berasa sedih melihat muka anaknya kelihatan gembira tadi berubah menjadi muram selepas mendengar soal perkahwinannya.

"Ummi minta maaf Ramadhan.. Tapi ini adalah keputusan yang terbaik untuk kamu Ramadhan." bisik Hajjah Latifah dalam hati.

Setelah tibanya Ramadhan ke Universiti. Ramadhan terdengar suara yang lembut memanggil namanya dari belakang. Lalu Ramadhan toleh ke arahnya rupa- rupanya Qurrotu Aina merangkap rakan karibnya.

"Assalamualaikum Ramadhan, awak okay tak ni? Muka awak nampak muram je dari tadi? Bukankah selalunya awaklah orang yang pertama gembira apabila masuk ke universiti ni?" kata Aina kepada Ramadhan.

"Waalaikumussalam, tak de apalah Aina. Saya okay je, awak dah makan?" jawab Ramadhan.

"Ramadhan cakap okay? But you're not okay Ramadhan? Ramadhan kita ni dah berkawan dari kecil tau, mustahil kalau Aina tak kenal perangai Ramadhan." kata Aina.

"Haa!! Kelas dah mula. Jom Aina masuk ke kelas kita, nanti lambat pula." jawab Ramadhan dengan tergesa-gesa.

"Ohh okay.." jawab Aina.

Ramadhan tidak langsung menceritakan apa-apa soal perkahwinannya kepada Aina. Kerana Ramadhan takut dia akan mengguris hati Aina jika dia menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. Ramadhan sudah lama ketahui bahawa Aina menyukainya sudah lama disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk mendiamkan dirinya dan merahsiakannya dari Aina.

Semasa di dalam kelas Ramadhan hilang fokus terhadap pelajarannya kerana memikirkan masa depannya yang akan berkahwin dengan pilihan ummi abinya. Kemudian, Ramadhan tersedar dengan ketukan pintu kelasnya. Lalu menoleh ke arah pintu kelasnya.

"Assalamualaikum.. Maafkan saya Puan Fina sebab saya terlambat masuk ke kelas Puan.." kata Laila.

"Waalaikumussalam, tidak mengapa, lain kali jangan terlambat lagi ye.. Sebelum itu, siapa nama awak?" kata Puan Fina.

"Baik Puan Fina, nama saya Laila." jawab Laila dengan lembut sekali.

"Ohh okay Laila.. Ingat pesan saya ya." kata Puan Fina kepada Laila.

"Baik Puan Fina." jawab Laila.

Ramadhan melihat perbualan antara Puan Fina dan Laila sehingga habis.
Ramadhan hanya tersenyum melihat Laila yang lambat ke kelas.

Laila mencari tempat duduknya,malah Laila baru sahaja teringat sesuatu bahawa Sarah tidak dapat hadir ke kelas pada hari ini kerana demam yang dialaminya.

Laila buntu kerana tempatnya semalam telah diambil oleh pelajar lain tetapi terdapat tempat kosong yang betul-betul bersebelahan dengan Ramadhan.

Puan Fina melihat Laila mencari tempat duduk ,kemudian Puan Fina memanggilnya.

"Laila duduk sahajalah di sebelah Ramadhan tu." kata Puan Fina kepada Laila.

"Ramadhan sebelah awak tu kosong kan?" tanya Puan Fina kepada Ramadhan.

Perasaan gementar Laila pada masa itu tidak dapat dikawal. Disebabkan ini pertama kalinya dia duduk bersebelahan lelaki malahan, duduk bersebelahan dengan orang yang disukai olehnya pula.

"Yaa, kosong Puan Fina.." jawab Ramadhan.

"Haa.. Laila duduklah sebelah Ramadhan tu? Apa tercegat lagi dekat situ. Saya nak mulakan topik pertama kita harini." kata Puan Fina kepada Laila.

"Oh..hhh.. Baiklah Puan Fina saya duduk situ. Maafkan saya yaa.."

"Tidak mengapa.." jawab Puan Fina.

Kemudian...


CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now