BAB 10

278 9 2
                                    

Selepas Laila meninggalkan suaminya bersama Qurrotu Aina. Perasaan Ramadhan menjadi serba salah dengan apa yang dilakukan terhadap Laila isterinya sendiri.
Tetapi walau bagaimanapun, dia tetap tunaikan janjinya untuk menemani Aina.

*****
Dalam perjalanan pulang, Sarah melihat wajah Aina kelihatan sangat lesu dan pucat. Kemudian dia diam membisu tidak seperti sikapnya sebelum ini.

Lalu Sarah...
"Laila kau okay tak ni?"soal Sarah dengan wajah yang risau.

Tanpa berkata apa-apa,Laila hanya menggangguk kepalanya ke bawah menunjukkan dia baik-baik sahaja.

"Laila, aku sebenarnya bukan nak masuk campur hal rumahtangga kau dengan Ramadhan. Aku cuma nak tahu? Apa yang terjadi antara kau dengan Ramadhan sebenarnya?" soal Sarah.

Laila hanya terus mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa pun kepada Sarah.

"Tengok!! Aku ni, nak tolong kau Laila. Kalau kau diam nangis je macam ni. Macam mana aku nak tolong kau?Aku risaukan kau? Aku merayu sangat dengan kau Laila? Jangan lah diam macam ni, sekurang-kurangnya bersuara lah walau sepatah sekalipun!" soal Sarah dengan perasaan yang bengang.

Laila tetap mendiamkan diri dan termenung memikirkan apa dugaan yang akan dihadapi olehnya selepas ini.

Apabila tibanya di rumah ibu mertuanya iaitu Hajjah Latifah. Laila terus keluar dari kereta Sarah.

Dan..

"Terima kasih Sarah, untuk harini. Kau banyak betul tolong aku. Aku masuk rumah dulunya. Assalamualaikum." kata Laila kepada Sarah sambil tersenyum manis.

Sarah hanya terdiam dan membalas salam Laila hanya dalam hati. Sarah tidak berasa kecil hati sedikit pun kerana Sarah pun memahami itu adalah aib rumahtangganya. Lalu Sarah beransur pulang ke rumah.

Laila memberi salam dan terus masuk ke rumah. Sebelum Laila naik ke biliknya, Hajjah Latifah sedar kepulangan Laila dan menegurnya..

"Qadar dah balik dah?" soal Hajjah Latifah kepada Laila.

Laila berasa janggal apabila Hajjah Latifah memanggilnya Qadar. Laila juga sudah lupa bahawa Hajjah Latifah menggunakan nama Qadar sebagai nama panggilannya.

"Ohh Ya ummi.." jawab Laila dengan senyuman manis.

Dengan hanya melihat wajah Laila, Hajjah Latifah merasakan ada sesuatu yang berlaku terhadap menantu kesayangannya ini. Hajjah Latifah khuatir dengan Laila. Lalu Hajjah Latifah pun bertanyakan soalan kepada Laila.

"Qadar? Ummi Latifah tengok Qadar sekarang ni macam tak okay je? Tak sihat ke Qadar?" soal Hajjah Latifah dengan perasaan yang khuatir terhadap menantunya ini.

"Qadar okay je la Ummi. Ummi Latifah jangan risau ye.." jawab Laila sambil tersenyum gembira seolah- olah macam tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.

"Alhamdulillah, baguslah macamtu?Haa.. anak Ummi ni dah makan ke belum?" soal Hajjah Latifah sambil memegang pipi Laila.

"Hehe.. belum lagi Ummi" jawab Laila dengan senyuman yang manis.

"Okay kalau macamtu, pergi mandi, siap-siap, pakai lawa-lawa.. Kita berdua makan dekat luar nak?" soal Hajjah Latifah.

"Baiklah ummi, Qadar ikut je apa yang Ummi nak, asalkan Ummi Qadar ni bahagia.." jawab Laila sambil tersenyum gembira.

"Ya Allah bersyukurnya Ummi dikurniakan menantu yang baik macam Qadar." kata Hajjah Latifah kepada Laila.

Laila hanya tersenyum dan terus ke biliknya untuk membersihkan diri sebelum keluar makan bersama Hajjah Latifah.

*****
Semasa perjalanan ke sana..

CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now