BAB 3

260 8 0
                                    

Telefon Laila berdering.. Lalu dia melihat pada paparan skrin telefonnya yang bertulis Ummi. Kemudian Laila mengangkat telefonnya..

Assalamualaikum, ummi? Kenapa
ummi call Laila ya? jawab Laila dengan sopan.

Waalaikumussalam.. Laila ummi nak Laila balik sekarang boleh? kata ummi.

Kenapa ya ummi? jawab Laila.

"Ada hal yang penting yang ummi nak bincangkan dengan Laila.. Boleh tak Laila balik sekejap?" kata ummi.

"Baiklah ummi, Laila balik sekarang ya.." jawab Laila.

"Ummi tunggu dekat rumah tau, hati - hati memandu. Assalamualaikum."kata ummi.

"Waalaikumussalam." jawab Laila.

Lalu Laila menelefon Sarah dengan segera.

"Assalamualaikum Sarah, aku nak balik sekarang tau. Sebab tadi ummi aku call suruh balik. Katanya ada hal penting yang nak uruskan. " kata Laila dengan tergesa-gesa.

"Waalaikumussalam. Ohh okay, kau baliklah dulu. Hati-hati tau Laila.. Aku sayang kau."jawab Sarah.

"Baiklah, aku pun sayang kau juga. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." kata Laila.

"Waalaikumussalam." jawab Sarah.

Lalu Laila dengan tergesa-gesa mencari keretanya dan terus pulang.

Setelah tiba di rumahnya, Laila melihat terdapat banyak bilangan  kasut di depan pintu rumah nya, dan ada dua buah kereta berada di kawasan rumahnya. Laila musykil dan tertanya-tanya siapa yang datang ke rumahnya. Dia beranggapan hanya sedaranya.

Lalu Laila memberi salam dan menuju masuk ke pintu rumahnya. Dan dia tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah tujuan mereka datang ke rumahnya.

"Hajjah Latifah, inilah anak perempuan saya. Nama panggilan dia Laila. Nama panjang dia pula, Lailatul Qadar. " kata ummi Laila kepada Hajjah Latifah.

"Subhanallah indahnya namanya seperti orangnya." jawab Hajjah Latifah.

Aku tersenyum dan masih tertanya-tanya siapakah mereka ..

"Nama ummi Latifah Binti Adam, boleh tak ummi panggil awak Qadar?"
kata Hajjah Latifah kepada Laila.

"Ohh boleh je, saya tak kisah kalau um...mmi nak panggil saya Qadar.." kata Laila kepada Hajjah Latifah.

"Baiklah, kalau macam ini lah rupanya,sopannya, anak kamu ni Hasnah.. Saya terima dia jadi menantu saya.. Boleh?" kata Hajjah kepada ummi Laila iaitu Hasnah.

"Alhamdulillah, terima kasih tetapi kena tanya orang punya badan? Macam mana Laila setuju ke nak jadi menantu Hajjah?" tanya ummi kepada Laila.

Laila terkejut dan masih dalam dilema.. Laila tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka..

"Sekejap.. Maaf ye kalau saya menyampuk.. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh ummi dan Hajjah Latifah" kata Laila.

"Boleh panggil ummi Latifah" kata Hajjah Latifah.

"Ya..aaa ummi Latifah.." jawab Laila.

"Laila... Hajjah Latifah ni kenalan ummi waktu sekolah dahulu.. Dan Hajjah Latifah ni dan suaminya nak jadikan kamu sebagai menantu mereka? Bolehh?" kata ummi kepada Laila.

"Ap..paaa?? Ummi tak pernah nak cerita pun mengenai kahwin ni?" kata Laila dengan nada yang lembut.

"Maafkan ummi Laila,ummi tak beritahu Laila awal-awal. Sebelum ni Hajjah Latifah dan sekeluarga pernah datang untuk melamar kamu jadi menantunya.. tapi kamu tiada dekat rumah. Jadi ummi buat keputusan untuk setuju kamu menikahi dengan anaknya.. Lagi pun ibu takut kalau kamu menikahi lelaki yang salah kelak nanti.."kata ummi kepada Laila.

"Ummi... Tapi kenapa terburu- buru?"tanya Laila dengan resah.

"Lagi cepat lagi bagus." jawab ummi Latifah.

Laila tersenyum tetapi sebenarnya dalam hatinya sangat sedih kerana dia dinikahkan dengan orang yang dia tidak pernah disukai olehnya.
Ummi memanggil Laila ke dapur dengan senyap dan sopan.

"Ummi?? Tapi kenapa?" tanya Laila dengan hati yang sayu.

"Laila ummi mintak maaf sangat, sebab ummi takut Laila pilih lelaki yang salah disebabkan itu ummi terima pinangan Hajjah.. Sebab ummi kenal dia dan latar belakang keluarganya, ummi kenal juga anaknya. Anaknya baik,sopan dan ummi suka sangat dengan dia.. " jawab Puan Hasnah kepada Laila.

"Tapi ummi Laila su..kaa.." jawab Laila dengan kaku.

"Laila ummi berharap sangat Laila terima pinangan ni ya.. Ummi merayu dengan Laila.." kata Puan Hasnah kepada Laila.

Buat pertama kalinya Laila melihat air mata umminya mengalir kerana dia ingin  sangat Laila anaknya menerima pinangan Hajjah Latifah..

"Baiklahh,ummi Laila terima pinangan ini. Laila percaya pilihan ummi dan abi adalah yang terbaik untuk Laila. Janganlah menangis ya ummi.." kata Laila kepada Puan Hasnah.

"Alhamdulillah..Terima kasih Laila, ummi tahu Laila tidak akan mengecewakan ummi."jawab Puan Hasnah dengan hati yang gembira.

Selepas ummi beransur,air mata Laila menitis sikit demi sikit kerana dia mengingati Ahmad Ramadhan yang disukainya.

"Ya Allah aku redha dengan jodoh yang kau berikan kepada aku akan tetapi..... "air mata Laila berterusan tanpa henti.

"Aku re...dha.. , aku re...dha.. air matanya terus keluar tanpa henti." bisik hati Laila sehinggakan tidak mampu untuk mengawal kesedihannya.

Selepas kepulangan Hajjah Latifah sekeluarga.

Laila terus menuju ke bilik dan air matanya terus mengalir dan mengalir sehingga tertidur.

Keesokan harinya..







CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now