BAB 5

244 7 0
                                    

Ramadhan melihat Laila seperti runsing dan tidak tenang. Ramadhan faham berkemungkinan Laila tidak selesa duduk di sebelahnya. Begitu juga perasaan Ramadhan, berdeba-deba kerana Laila berada disebelahnya. Namun, Ramadhan berfikir daripada mereka sebegini lebih baik Ramadhan melakukan sesuatu untuk menghilangkan perasaan ini.

"Assalamualaikum, Laila okay tak ni?"   tanya Ramadhan kepada Laila.

"Waa..laikumus..ssalam, Alhamdulillah Lai..la okay je." jawab Laila dengan gemuruh.

"Apa kata ,untuk hilang gemuruh Laila, saya cadangkan Laila berselawat ke atas nabi untuk hilangkan rasa gemuruh dan takut tu." kata Ramadahan.

"Baiklah, terima kasih kerana nasihat yang diberikan kepada Laila." jawab Laila.

"Ohh, sama- sama. Kita sedara sesama islam kan? Perlu saling tolong-menolong betul tak?" kata Ramadhan kepada Laila.

"Ye.. Betul." jawab Laila dengan sopan.

"Okaylah, saya tak nak ganggu Laila lagi.. Assalamualaikum." kata Ramadhan kepada Laila.

"Waalaikumussalam." jawab Laila dengan lembut.

Perasaan Laila beransur pulih apabila mendengar nasihat Ramadhan supaya berselawat ke atas nabi. Perasaan Laila dan Ramadhan menjadi normal seperti biasa.

Habisnya waktu kelas Puan Fina.

Ada suara yang memanggil nama Laila, dan suaranya mirip-mirip Ramadhan. Lalu Laila toleh ke belakang dan memang betul itu ialah Ramadhan.

"Assalamualaikum Laila, maafkan saya kalau saya mengejutkan awak." tegur Ramadhan kepada Laila.

"Waalaikumussalam, tidak mengapa.. Mengapa awak panggil saya ye?" jawab Laila sambil menundukkan pandangannya.

"Ohh lupa pula Ramadhan, ni buku Laila tertinggal di bawah meja sebentar tadi. Saya nak pulangkan buku Laila balik yang tertinggal tadi." jawab Ramadhan dengan tersenyum sambil menundukkan pandangan kepada Laila.

"Subhanallah, maaflah menyusahkan Ramadhan je.. Laila tak perasan tadi. Terima kasih ya." jawab Laila.

"Sama-sama. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum." dengan suara Ramadhan yang lemah lembut.

Laila menundukkan pandangannya dan menjawab .

"Waalaikumussalam.." bisik hati Laila.

Lalu Ramadhan beransur..

Hati Laila menjadi sayu mendengar setiap kata- kata Ahmad Ramadhan yang lembut itu keluar dari mulutnya walaupun mereka berbual dengan menundukkan pandangan ia membuatkan air matanya mengalir dan..

"Ya Allah, sejuknya perut umminya kerana mendapat lahirkan anak yang
soleh ini. Menjaga pandangan semasa berbual dengan perempuan bagi mengelakkan zina mata." dengan suara yang sayup.

"Tapi aku akan dinikahkan dengan orang yang bukan bernama Ahmad Ramadhan." bisik Laila dalam hati.

"Ya All..ah, aku doakan supaya Ahmad Rama..dhan dikurniakan isteri yang sole..hah yang sa..yangnya lebih dari dirinya hingga ke jannah. Amin yaa rabbal alamin" teresak-esak Laila menangis sambil melihat wajah Ramadhan tersenyum semasa beransur pergi.

Laila mengelap air matanya, dan terus pulang ke rumah..

Tibanya di rumah, Laila terus masuk ke bilik dan mengunci pintu biliknya tanpa menjamah sedikit pun lauk pauk yang dimasak oleh Puan Hasnah.

Puan Hasnah merasa bimbang tentang keadaan Laila sekarang tidak seperti dulu. Ia berlaku semenjak dia mengetahui soal perkahwinannya dengan pilihan ummi dan abinya.

Puan Hasnah mengetuk pintu bilik anaknya. Lalu Laila yang sedang menangis, cepat-cepat dia mengelap air matanya kemudian membuka pintu biliknya.

"Laila, Laila okay tak ni? Ummi risau sejak dua menjak ni, Laila tak jamah langsung makanan yang ummi buat? Laila marahkan ummi ke? Sebab ummi kahwinkan Laila dengan pilihan hati ummi?" soal Puan Hasnah dengan suara yang sayu sekali.

"Ummi, jangan cakap macam ni. Laila okay je laa.. Laila redha dengan apa yang ummi buat dekat Laila. Laila yakin apa yang ummi buat semua ni untuk kebaikan Laila juga. Ummi janganlah rasa yang ummi buat salah dekat Laila? Perkahwinan ini kan satu perkara yang baik? Betul tak?" jawab Laila dengan senyuman untuk mengembalikan senyuman umminya.

"Alhamdulillah, lega hati ummi bila Laila cakap macam ni. Laila nak tahu tak?" Puan Hasnah menjadi lega apabila mendengar setiap kata-kata anaknya.

"Apa ummi?" soal Laila.

"Laila merupakan satu anugerah dari Allah untuk ummi dan abi. Ummi bersyukur sangat melahirkan Laila sebab Laila anak yang sangat taat dengan perintah ummi dan abi.. " jawab Puan Hasnah sambil air matanya mengalir melihat kebaikan anaknya terhadapnya.

"Alhamdulillah ummi, selagi Laila hidup Laila takkan pernah buat ummi dan abi kecewa. Itu janji Laila. Laila sayang sangat umi dan abi." jawab Laila sambil air matany menitis sedikit dami sedikit.

"Ummi sayang Laila nakk.. Ummi sayang Laila.." sambil memeluk anaknya.

Laila menangis sambil memeluk tubuh umminya dan dalam masa yang sama dia memikirkan Ahmad Ramadhan.

Bersambung..

CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now