BAB 11

285 7 0
                                    

Setelah Ramadhan tibanya di rumah, Ramadhan mendengar setiap perbualan antara Hajjah Latifah dan Laila dengan teliti sehingga Hajjah Latifah dan Laila tidak sedar  kepulangan Ramadhan.

Lalu Ramadhan mengetuk pintu rumahnya serta memberi salam.

Setelah Laila mendengar kepulangan Ramadhan, Laila terus naik ke pintu biliknya dengan cepat sambil mengelap air matanya.

"Assalamualaikum, ummi? Ramadhan dah balik? kata Ramadhan kepada Hajjah Latifah dengan nada yang sedih sambil menatap mata ibunya.

Hajjah Latifah hanya menjawab salamnya dengan perlahan lalu, menuju ke bilik tidurnya. Hati Hajjah Latifah masih kecewa dengan perbuatan anaknya.

Ramadhan cuba untuk menjelaskan perkara sebenar kapada Hajjah Latifah langsung Hajjah Latifah menutup pintunya. Ramadhan pun..

"Ummi, maafkan Ramadhan ummi?" ujar Ramadhan dengan menangis sambil mengetuk pintu bilik Hajjah Latifah.

Hajjah Latifah sedih mendengar rintihan anaknya tetapi Hajjah Latifah hanya diam membisu tanpa menjawab apa-apa kepada Ramadhan.

Ia membuatkan Ramadhan bertambah sedih apabila umminya tidak membalas apa-apa kepadanya.
Kemudian, Ramadhan naik dan terus menuju masuk ke biliknya dengan perasaan yang marah.

Ramadhan mencari Laila tetapi Laila berada di dalam bilik air. Selepas Laila keluar dari bilik air, Ramadhan memegang tangan Laila yang lebam itu dengan kuat. Lalu..

"Ramadhan sakitlah"ujar Laila dengan kesakitan.

"Biar sakit! Macam tu lah sakitnya hati saya bila ummi kecewa dengan saya! Semua ni berlaku sebab awak! Awak punca Laila! Awak sengaja ajak ummi datang Mall kan! Sebab apa? Sebab awak nak ummi nampak saya  berduaan dengan Aina kan! Bijak permainan awak ye Laila?" soal Ramadhan sambil menengking dengan kuat terhadap Laila.

Laila menangis teresak-esak dan cuba untuk melepaskan tangannya yang dalam kesakitan sekarang kerana digenggam kuat oleh tangan Ramadhan.

"Kenapa! Sakit ke! Hahh!! Sakit! Menangis lah, menangis!! Saya tadi dah puas menangis sebab ummi kecewa dengan saya! Sekarang ni giliran awak pulak menangis! Menangis lah kuat-kuat biar ummi ingat saya ni suami yang zalim!" dengan suara yang menengking.

Laila cuba untuk melepaskan tangannya dari Ramadhan tetapi tetap tidak berjaya malah lagi kuat Ramadhan menggengamnya.

"Hah!! Tadi drama apa awak berlakon depan ummi? Bukan main lagi sampai nangis-nangis! Pandai awak berlakon ekhh,depan kononnya saya ni jaga kau macam bidadarilah! Padahal saya ni tak pernah layan awak macamtu? Perasan!" kata Ramadhan dengan menengking dekat dengan telinga Laila.

Laila tergamam apabila Ramadhan dengar segala perbualan antara dia dan Hajjah Latifah. Laila menangis teresak-esak dengan apa yang  yang keluar dari mulut Ramadhan.

"Ramadhan lepaskan tangan saya? Saya merayu kepada awak? Tolonglah Ramadhan tangan sakit sangat!" jawab Laila sambil menangis.

"Ekhh!! Saya belum habis lagi ekh? Pastu awak cakap apa dengan ummi? Terima kasih sebab lahirkan saya lah? Nikahkan saya dengan Ramadhanlah!Sukalah apa yang awak inginkan  selama ini termakbul? Saya dah agak dah, awak memang sengaja nak kahwin dengan saya untuk kenakan saya kan?" soal Ramadhan dengan tersenyum sinis sambil tertawa.

Sambil menarik tangan Laila, Ramadhan berbisik kepada nya.

"Saya ni takkan pernah jatuh hati pada perempuan yang gunakan agama macam awak ni, untuk dicintai. Nama dah lawa dah "Lailatul Qadar" tapi perangai tak ! Mesti kecewa kan ummi Hasnah dan abi Abdullah dengan perangai sebenar anaknya?"ujar Ramadhan sambil tersenyum sinis.

CINTA DALAM DIAM ❤️ (COMPLETED)Where stories live. Discover now