PB | 01

6.1K 244 42
                                    

MUHAMAD Azam Shah melangkah masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu dengan langkah yang longlai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MUHAMAD Azam Shah melangkah masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu dengan langkah yang longlai. Lemah. Ya, itu yang dirasainya pada saat ini. Kakinya sudah tidak terasa berpijak di atas tanah. Tubuhnya sudah tidak terasa tegak dalam posisi.

Yang ada sekarang ini adalah dia seakan mahu tumbang. Dia kepenatan. Dia lelah. Sangat lelah. Menahan rasa hiba di hati. Menahan rasa sesak di dada. Dia mahu menangis. Dia mahu mengalirkan air mata. Dia mahu meluahkan segala rasa yang membuku di dada.

Tetapi, kenapa dia seolah-olah tidak mampu?

Sejak malam tadi lagi. Hatinya sakit. Jiwanya sarat dengan kesedihan dan kepiluan. Tetapi, kenapa? Kenapa tiada air mata yang mampu terbit dari tempatnya? Adakah kerana ego lelakinya? Atau apakah kerana rasa itu terlalu sakit sehinggakan ianya tidak mampu dibicarakan melalui air mata?

Anak mata dibawa merenung sekujur tubuh yang sedang duduk di hadapan ruang tamu rumah itu. Si dia yang dipandangnya sedang melipat pakaian kering yang baru diangkat dari jemuran. Wajah yang sudah dipenuhi dengan garis-garis halus dek faktor usia ditatapnya dalam. Lama.

Tanpa sapaan dan apa-apa bicara, dia menapak dan mendekati si wanita tua yang sedari tadi diperhatikannya. Seraut wajah itu terus terdongak kepadanya saat dia sudah tiba di hadapan wanita itu. Wajah tua itu mengukir senyum manisnya. Tetapi, ia hanya seketika sebelum riak wajah itu berubah kerisauan. Risaukan tentang si anak.

"Ibu..." Perlahan dan sangat sayu suaranya memanggil sebaris nama yang sangat agung bagi dirinya. Air jernih dan hangat sudah terasa di tubir mata. Entah kenapa, melihatkan wajah tua itu, juga melihatkan senyuman dan riak risau di wajah itu, membuatkan dia diterpa rasa sebak yang bukan sedikit.

"Am... kenapa ni, nak?" Puan Asmah, si ibu bertanya prihatin kepada anak lelaki sulungnya. Dalam pada itu, tangannya terhenti melipat kain baju dan dia menggamit si anak semakin rapat dengannya.

"Bo... boleh ibu senyum lagi? Untuk Am?" soalnya pilu. Dia sangat mengharapkan senyuman itu. Senyuman yang mungkin akan menguatkannya. Senyuman yang akan menyedarkan dia bahawa dia tidak keseorangan di dunia ini. Ya, dia masih ada ibu. Satu-satunya insan yang paling berharga, yang paling disayang. Insan yang tak akan pernah lelah dan jemu untuk memberi semangat kepada setiap kelemahan serta kejatuhannya.

Puan Asmah mengukir senyum tipis. Hanya sebentar sebelum dia kembali bersuara dan mengutarakan soalan buat si anak. "Kamu ada masalah? Cerita dekat Ibu. Peribadi atau kerja?" Prihatin dan sangat risau nadanya terselit di situ. Dia nampak. Ya, dia nampak. Sepasang mata milik si bujang sudah digenangi dengan air jernih. Anak mata itu juga terpancar kesayuan dan kesakitan.

Azam tersenyum. Tawar. Kelat. Dia melabuhkan kedua lututnya di atas lantai. Berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh si Ibu. Kedua belah tangan yang sudah nampak kedut-kedut tua dicapainya lalu digenggam erat. Tersangat erat. Bawah bibirnya terasa bergetar halus. Tanda dia sedang menahan esakan.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Where stories live. Discover now