“Ros?”
Rosalinda tersedar daripada lamunannya. Dia menoleh memandang wajah Puan Zahrah. Satu senyuman kecil terukir pada wajahnya.
“Termenung jauh nampak? Ros ada masalah ke?”soal Puan Zahrah. Wajah anak perempuannya dipandang.
“Tak ada apa pun,mama.Biasalah,ada masalah dekat tempat kerja sikit.”
“Mama tahu apa yang mengganggu fikiran Ros. Pasal Danial,kan?”
Puan Zahrah memegang tangan anak perempuannya erat. Dia tahu dan dia boleh baca apa yang bermain dalam fikiran Rosalinda.
Sudah tiga tahun tidak bersua muka akhirnya Rosalinda dan Danial bertemu jua. Disaat Rosalinda sudah mempunyai teman baru,Danial turut kembali dalam hidupnya.
“Danial cakap apa dengan Ros tadi?”soal Puan Zahrah.
“Tak ada apa pun,mama.Biasalah,dia cuma tanya khabar.” Rosalinda menyembunyikan hal sebenar.
“Betul ni?”
“Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ke dengan mama? Dia ada jumpa mama?”soal Rosalinda. Jantungnya berdebar. Kalau Danial ada cakap apa-apa dekat Puan Zahrah,habislah. Lebih bahaya kalau Danial memujuk ibubapanya untuk menyatukan mereka berdua kembali.
“Dia ada jumpa mama dengan ayah. Tapi,dia tak ada cakap apa pun. Dia cuma tanya khabar mama dengan ayah. Dia jumpa dengan Hariz sekejap. Rindu katanya.”
Rosalinda menghela nafas panjang. Entahlah. Hatinya terasa berat kalau berbicara tentang bekas suaminya. Kalau boleh dia mahu berkahwin dengan Emir tanpa sebarang perasaan ragu-ragu. Sekarang,Danial pula kembali dalam hidupnya. Hatinya menjadi resah.
“Entahlah,mama. Ros tak tahu apa yang Ros rasa sekarang ni. Ros tak bencikan dia atau berdendam dengan dia. Ros cuma terfikir,betul ke apa yang Ros buat sekarang ni? Ros cuma takut tersilap buat pilihan..” Rosalinda mengadu pada Puan Zahrah. Dia memeluk dan melentokkan kepalanya di bahu Puan Zahrah.
“Ros sayangkan Emir?”soal Puan Zahrah.
Rosalinda mendiamkan diri. Kenapa saat-saat ni baru hatinya terasa ragu-ragu? Takkanlah disebabkan Danial datang semula,dia sudah rasa tergugat?
“Kalau Ros sayangkan Emir,Ros mesti tak akan teragak-agak untuk teruskan majlis Ros dengan Emir nanti. Mama tahu,Emir baik orangnya. Danial pun baik orangnya,cuma dia tersilap langkah dulu.
Mama tak salahkan dia atas apa yang berlaku dulu sebab mama faham,waktu tu Danial dengan Ros terlalu muda untuk atasi masalah tu,”kata Puan Zahrah lagi. Dia mengusap lembut kepala Rosalinda. Sesekali dia mengucup ubun-ubun anaknya.
“Dia nak satukan balik keluarga kita,mama.”
Tepat jangkaan Puan Zahrah. Dia tahu dan dia yakin bekas menantunya akan kembali. Danial memang sayangkan Rosalinda cuma dugaan yang datang memisahkan mereka.
Andainya jodoh Rosalinda masih ada bersama Danial,dia tak akan halang mereka untuk teruskan perjalanan mereka sebagai suami isteri.Sekiranya jodoh Rosalinda bersama Emir,dia tetap akan sokong. Semuanya demi kebahagiaan Rosalinda dan Hariz.
“Jadi,apa keputusan Ros sekarang?”soal Puan Zahrah.
Rosalinda mengangkat kepalanya dan memandang Puan Zahrah.
“Ros tetap akan kahwin dengan Emir.”
ANGIN malam yang sejuk menampar kulit Danial membuatkan dia terasa dingin. Matanya memandang pemandangan di luar rumahnya,tetapi fikirannya pula entah ke mana.
Kadang-kadang dia terasa penat. Penat mahu menghadap semua masalah yang datang padanya. Hidupnya tidak setenang dan seindah dulu.
Senyuman dan gelak tawa Rosalinda bermain-main di minda. Danial tersenyum sendiri.
Dahlah,Danial. Ros dah tak nak terima kau. Dia dah ada tunang. Tak lama lagi,dia nak kahwin. Tak payahlah ganggu tunang orang. Bisik hatinya.
Danial menghela nafas panjang.
“Danial? Buat apa tu? Dari tadi,mummy tengok asyik mengeluh je.” Datin Sophea menegur.
“Tak ada apa,mummy. Saja ambil angin malam.” Danial tersenyum.
“Kamu ada masalah ke? Cuba cerita.”
Danial mengemam bibirnya. “Kalau masalah pejabat.. Memang ada.”
“Duit tak cukup?”soal Datin Sophea.
Danial mengangguk.
“Dah buat laporan?”soal Datin Sophea lagi.
“Esok baru nak buat. Sebelum tu,Danial nak jumpa dengan staf bahagian kewangan. Danial nak selidik dan dapatkan bukti untuk buat laporan. Mummy,Danial minta maaf sebab tak dengar nasihat mummy. Danial terlalu ego dulu. Sekarang,Danial yang kena tanggung akibatnya.” Danial menunduk,terasa kesal.
“Danial..” Datin Sophea memegang tangan anak lelakinya. Wajah anak lelakinya dipandang dengan penuh rasa kasih seorang ibu.
“Mummy tak ambil hati pun. Benda dah lepas,kan? Mummy pun silap juga sebab tak bagitahu awal-awal. Sepatutnya mummy tunjuk ajar,tapi mummy lalai.Tak apa,kita cuba selesaikan masalah ni sama-sama.”
Danial tersenyum nipis. “Terima kasih,mummy.”
“Oh ya. Macam mana kenduri Syafiq? Okey?”soal Datin Sophea.
“Semuanya okey,mummy. Seronok dia dapat kahwin.Lepas ni,Fadil pula.”
“Anak mummy pula bila?”usik Datin Sophea.
Danial ketawa kecil. Aduh,ke situ pula dia fikir.
“Bila apa,mummy? Rasanya anak mummy ni jaga mummy sampai tua. Kita duduk berdua sajalah sampai bila-bila.”
Bahu Danial ditepuk perlahan. “Apa pula cakap macam tu..”
“Mummy tahu,kamu tunggu Ros. Betul tak? Takkan tunggu Nayra pula,kan?” Datin Sophea tersenyum.
“Mummy ni.. Mana ada. Ros pun dah ada tunang. Tak lama lagi,dia dah nak kahwin.Takkan Danial nak ganggu tunang orang?”kata Danial. Dia mencebikkan bibirnya dan bermain-main dengan jarinya.
“Biar betul?”
Danial mengangguk.
Datin Sophea terpempan. Dia memandang wajah anak lelakinya.
“Danial sayangkan Ros lagi?” soal Datin Sophea,tiba-tiba.
“Kenapa mummy tanya macam tu?”
Datin Sophea hanya tersenyum.Pipi Danial diusap lembut.
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...