“Muka monyok je ni. Kenapa?" Nazrul menegur Danial. Danial meletakkan batang lemang dan disusun sebelum dibakar.
Rosalinda yang sedang menganyam ketupat bersama Myra dan Aqisyah hanya tersenyum memandang suaminya yang sejak semalam bermasam muka.
"Jangan tanya dia kenapa,abang Naz. Nanti dia frust lagi. Baju melayu dia tak dapat." Rosalinda menahan tawa.
"Pulak dah.. Kenapa tak dapat? Pergilah beli dekat pekan tu."
"Nak beli apanya? Esok dah raya. Kedai banyak dah tutup." Danial mula menyalakan api pada kayu api yang dikumpulnya tadi.
"Kau langsung tak pergi beli ke Danial?" Nazrul tergelak.
"Dia beli online. Tak tahulah apa silapnya,baju melayu dia tak dapat. Yang dia dapat,samping je. Itu yang frust sangat tu,"kata Rosalinda.
"Eh,sama kes dengan Fir la. Dia pun beli samping online,tapi dia tak dapat dia punya samping tu. Entah-entah,tertukar? Cuba tengok,"kata Aqisyah pula. Dia memandang sekeliling mencari adik iparnya.
"Myra,mana Fir?"soal Nazrul.
"Dia ada dekat dapur tadi. Tolong ummi parut kelapa."
Nazrul mengangguk lantas bergegas pergi ke dapur memanggil adik lelakinya. Danial yang melihat terus berbunga hatinya. Moga-moga dia tertukar dengan Firdaus! Tak adalah duitnya terbang begitu saja. Tak adalah rugi!
"Sukalah tu. Terus senyum eh abang?"usik Rosalinda.
"Mestilah suka. Tak adalah membazir duit abang bayar mahal-mahal."
"Lain kali,tak payah beli mahal-mahal. Pakai bukannya selalu. Beli yang biasa je dah cukup,abang." Rosalinda tersenyum.
"Dengar nasihat isteri awak tu,Danial." Aqisyah tergelak.
"Lelaki kalau dapat shopping,kalah perempuan. Sama macam Fir tu. Dia beli samping tu dah dekat RM200. Tak faham betul. Harga mahal juga yang dia cari. Lepas pakai,dia campak merata. Lepas tu,hilang. Tak dicari. Lepas tu,beli lain. Geram juga tengoknya,"bebel Myra. Tangannya masih lagi ligat menganyam ketupat.
"Oh,kutuk orang eh? Kurang pahala puasa!" Nazril Firdaus mendekati mereka.
"Bini kau bebel pasal kau. Siapa suruh membazir? Kan dah kena bebel,"kata Danial.
"Ehem! Abang pun lebih kurang ya. Jangan nak cakap orang." Rosalinda menjegilkan matanya.
"Eh,sekurang-kurangnya abang beli satu set dengan anak sekali. Dapat harga murah sikit."
"Sudahlah tu. Kau tengok aku. Aku pakai baju tahun lepas je. Jimat!"kata Nazrul pula. Dia duduk di sebelah isterinya di pangkin sambil melihat ketupat-ketupat yang hampir siap dianyam.
"Jimat ke.. Isteri tak bagi beli?" Nazril Firdaus menahan tawa.
"Dia punya tak payah beli. Baju raya hari kedua tahun lepas dia ada. Nak beli lagi buat apa? Lelaki punya design sama je. Baju melayu dengan kurta. Kalau perempuan,lainlah.." Aqisyah tersengih.
"Dah agak.. Perempuan.."
Mereka semua tergelak.
"Tunggu sekejap. Aku pergi ambil aku punya. Nanti aku tunjuk. Aku harap sangat,kita punya tertukar!" Danial bingkas bangun.
"Naz,tolong tengokkan lemang!" Danial berlari pulang ke rumah demi mengambil samping yang diterimanya.
"Semangat betul dia nak tukar." Nazril Firdaus memandang Danial yang bergegas pulang ke rumah.
"Kau tak semangat ke? Bukan ke kau frust juga?"
"Tak.. Fir ingat,baru Fir nak redha dapat baju melayu tu. Lawa pun lawa baju melayu tu. Anak punya baju tu boleh simpan untuk anak kecil Fir tu. Dah besar nanti dia boleh pakai." Nazril Firdaus tersengih.
"Bengong! Dasar ambik kesempatan!"
Nazril Firdaus tersengih.
DANIAL tersenyum-senyum. Dia melihat baju melayu yang baru didapatinya tertukar dengan Nazril Firdaus.
"Betul kan apa yang aku cakap? Tertukar dengan orang kampung kita ni. Bukan orang lain. Keluarga Pakcik Idris juga ha!"kata Nazrul.
"Puas hati dah? Kalau tak,masing-masing muka macam asam kecut."
Nazril Firdaus melihat sampingnya. Dia memandang ke arah Myra dan mengangkat-angkat keningnya tanda bangga dia mendapat semula samping yang dibelinya.
"Sayang,abang dapat samping abang. Kalau abang pakai ni,sumpah macam orang nak pergi nikah!"
"Apa dia? Ulang balik."
Nazril Firdaus tersengih. Dia menyorok di belakang abanglongnya.
"Siapa tu?"soal Danial. Sebuah kereta jenama BMW memasuki perkarangan rumah.
"Entahlah. Tak pernah nampak pun. Ada tetamu ke? Awalnya datang beraya."
Usai memakir kereta,tuan empunya kereta keluar dari kereta dan membuka kaca mata hitamnya.
"Eh,Helmilah! Wah,kereta baru!" Nazrul pergi menyapa sepupunya.
Helmi tersenyum dan bersalaman dengan sepupu-sepupunya dan juga Danial.
"Masyuk kau eh? Biasalah,orang penting sekarang kan.." Nazrul ketawa.
"Dia ni susah nak jumpa sekarang." Nazril Firdaus pula menyampuk.
"Maaflah. Aku sibuklah. Sekarang,aku bukannya setakat handle syarikat ayah aku. Aku ada bussiness lain juga. Itu yang bertambah sibuk."
"Sejak dah ada anak.. Bertambah rezeki kau ye."
"Bolehlah.. Alhamdulillah.." Helmi tersengih.
"Eh,korang baru beli baju ke?" Helmi melihat baju melayu yang dipegang Danial dan samping yang dipeluk Nazril Firdaus.
"Tak adalah. Kitorang punya barang tertukar. Siot betul seller tu. Dah nak raya dia buat hal pula. Nasib baik aku tak minta refund." Danial mengadu.
"Tengok sikit. Macam kenal.." Helmi melihat baju melayu Danial.
Gulp!
Ops.
Helmi memandang Danial dan Nazril Firdaus bersilih ganti.
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...