BAB 27

7.2K 339 5
                                    

"Apa yang you nak lagi? I rasa,kita dah tak ada apa-apa urusan. "

Danial menyilangkan tangan di dada sambil memandang ke arah lain. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak daripada bertentang mata dengan perempuan yang berada di depannya.

Danial menunjukkan riak wajah yang kurang menyenangkan. Tegang saja wajahnya tanpa sebarang senyuman. Untuk apa dia ukir senyuman? Kalau nak cari nahas,buatlah. Dia baru dapat pujuk hati Rosalinda balik. Dia tak nak kena tunggu lagi tiga tahun untuk dapat pujuk isterinya.

Mungkin bukan tiga tahun, silap-silap dia tak dapat lagi peluang keemasan ni.

"I pun kalau boleh dah tak nak ada urusan dengan you. Ingat I terdesak sangat ke nak dengan you ni?"ujar Nayra. Dia tersenyum mengejek.

"Lelaki berdarah kacukan ni juga you gilakan sampai you berjaya buat I duakan isteri kesayangan I. Lelaki ni juga yang selamatkan maruah you. Kalau I tak kahwin dengan you dulu,ingat ada ke lelaki lain yang nak kahwin dengan perempuan yang dah kena 'tebuk' macam you ni?"bidas Danial. Giliran dia pula tersenyum sinis.

Nayra geram. Kalau ikutkan hati,mahu saja dia simbah air dekat muka Danial. Mulut celupar!

"You dengar sini,Danial. I datang sini sebab nak bercakap tentang Aira. Bukannya diri I. Jaga sikit mulut you tu!" Nayra mengawal nada suaranya.

Danial ketawa sinis lantas bertanya, "Siapa yang mulakan topik ni dulu? Fikir sendiri."

Nayra mengetap giginya. Ey,Danial! Menyakitkan hati betul!

"Kalau you nak cakap pasal Aira,lupakan. I akan uruskan hak penjagaan tu. I akan pastikan I dapat hak penjagaan ke atas Aira sepenuhnya sebab you sebagai mama dia langsung tak ambil peduli pasal Aira. I takkan biarkan anak perempuan I ikut perangai buruk you. "

Nayra menongkat dagunya di atas meja. Wajah Danial dipandang lama sehinggalah lelaki itu mengalihkan pandangannya daripada terus bertentang mata.

"Perempuan perangai buruk ni juga yang you jatuh hati dulu. Betul tak? I tak peduli pun kalau you nak ambik budak malang tu. I lagi suka sebab dia tak ada bagi I masalah lagi. Tapi,you kena ingat satu perkara." Nayra mula serius. Dia ke hadapan sedikit dan wajahnya di dekatkan pada Danial.

"Jangan ganggu Ikmal lagi,"bisik Nayra.

Mendengar nama Ikmal,Danial terus terhambur tawanya membuatkan Nayra kebingungan. Danial bangun betsama sisa tawanya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman selepas puas ketawa dengan kata-kata Nayra.

Dia ugut kita pula? Ish,takutnya!

"I ganggu Ikmal? Sekejap.. I rasa,you dah silap ni. Tapi,tak apa. I faham. Dia kekasih sehidup semati you. Lagipun, dialah 'tupai' tak guna tu. Jadi, I nak bagitahu you pula,Nayra. Hati-hatilah dengan Ikmal tu. Pada dia,you ni nothing. Duit dia mungkin berkepuk sekarang,tapi apa yang you ada? Setakat bermodalkan tubuh you,I rasa tak berbaloi. Dia boleh dapat dekat kelab malam tu berlambak. Termasuk kawan baik you tu,Nadhirah. Kan?

Mungkin I ni dah tak kaya macam dulu. Syarikat pun dah lingkup. Tapi,you kena ingat. I masih ada maruah. You? Dahlah tak ada harta, maruah pun tak ada. Apa nak jadi? Fikir-fikirkanlah,Nayra. I pergi dulu. Assalamualaikum."

Selepas panjang lebar memberi 'ceramah' kepada Nayra,Danial terus berlalu pergi.

Nayra terdiam seribu kata,tak mampu membalas kata-lata Danial. Semuanya fakta dan dia tak ada point untuk menafikan semua tu.

Nayra merengus. Dahlah kalah berdebat,lepas tu dapat malu pula!

Sekejap, kenapa Danial kaitkan dengan Nadhirah pula tadi?

"Jangan cakap, Nadhirah dengan Ikmal pula.."

Nayra tiba-tiba menjadi resah. Semoga apa yang dia fikirkan sekarang tak betul!

Kalau betul.. Siap kau,Nad. Aku akan cari kau sampai lubang cacing!






"BABAH!!"

Hariz dan Aira berlari dan memeluk Danial serentak tatkala melihat bapa mereka masuk ke dalam rumah. Rosalinda yang sedang sibuk mengemas barang mainan,menoleh dan memandang riak wajah suaminya.

Muram saja. Nayra ada cakap apa-apa lagi ke? Gerutu Rosalinda di dalam hatinya. Usai siap mengemas,dia pergi pada Danial dan duduk di sebelahnya. Danial yang sibuk meribakan kedua-dua anaknya hanya tersenyum melayan kerenah Hariz dan Aira.

"Abang okey?"tegur Rosalinda.

"Abang okey." Danial tersenyum. Dia menarik Rosalinda agar bersandar pada bahunya. Rosalinda hanya akur,malah dia lagi bermanja mengalahkan Hariz dan Aira.

"Nayra cakap apa tadi?"soal Rosalinda lagi.

"Dia cuma nak cakap pasal Aira. Abang dah buat keputusan. Hak jagaan Aira ni, abang akan tuntut habis-habisan. Abang tak nak anak perempuan abang ni ikut perangai mama dia nanti. Lagipun,abang ni babah dia. Biar abang yang didik dia. Kita sama-sama didik anak-anak kita. Boleh sayang?"

Rosalinda tersenyum nipis lantas mengangguk.

"Saya tak kisah kalau Aira duduk dengan kita. Saya tak ada simpan dendam pun. Aira ni kecil lagi. Dia perlukan perhatian yang lebih.."kata Rosalinda.

Lega hati Danial mendengarnya. Rasa syukurnya hanya Allah yang tahu kerana dapat isteri yang baik dan penyayang seperti Rosalinda.

"Terima kasih sebab sudi terima Aira dalam hidup Ros."

Danial mengucup ubun-ubun isterinya.

"Sayang tak kerja hari ni?"soal Danial. Dia melihat jam yang tergantung di dinding.

"Tak,saya cuti. Sekejap lagi saya nak bawa kita semua pergi makan dekat luar. Dah lama tak makan malam dekat luar sama-sama. Lepas ayah dengan mummy balik kerja nanti,bolehlah kita keluar. "

Danial mengangguk. "Okey. Tapi,esok abang nak keluar sekejap. Anak-anak nanti mama tolong tengokkan."

"Abang nak pergi mana?" Rosalinda mendongak memandang suaminya. Bulat matanya memandang Danial yang sudah tergelak.

"Abang nak cari kerjalah. Jangan risau,dah tak ada perempuan yang minat dekat abang dah. "

Rosalinda mencebik.

"Yelah tu. Abang ni kalau pakai baju tampal-tampal pun perempuan boleh suka. Maklumlah,rupa paras tu ada. Kalau dah tua nanti pun,tetap handsome juga."

"Abang dah kedut pun sayang jatuh hati lagilah,kan?"usik Danial.

"Tengoklah macam mana." Rosalinda memandang ke arah lain.

"Sayang.. Bagitahulah. Sayang still sukakan abang,kan?"soal Danial lagi.

"Tak tahu. Kalau dah kedut,saya cari yang muda la pula."

"Sayang!"

Rosalinda tergelak.

"Kalau nak sayang,sayang.. Pergilah ambil privasi sikit. Ini tak. Dekat ruang tamu jugalah nak buat drama Korea korang tu. Anak-anak tengok saja perangai babah dengan ibu dia,"tegur Tuan Idris.

Danial dan Rosalinda terus tertoleh.

Ops! Dia balik kerja awal lah pula!

"Hariz,Aira. Jom atuk bawa pergi kedai. Kita beli aiskrim. Ibu dengan babah pandai-pandailah cover line."

Wajah suami isteri itu mulai kemerahan.

Aduhai,kan dah kena perli! Buat malu je!


Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now