Danial membuka almari bajunya untuk bersiap pergi ke surau. Tatkala pintu almarinya dibuka,sehelai kertas terjatuh daripada dalam almari tersebut.
Tanpa rasa ragu-ragu,Danial mengambil dan membuka lipatan kertas tersebut. Dia terkedu buat seketika apabila melihat satu lukisan cantik dan kemas terdapat pada kertas tersebut.
“Ni muka aku.. Mana datangnya lukisan ni?”gumam Danial. Dia membelek lukisan tersebut sehinggalah dia ternampak nama Rosalinda terdapat pada kertas tersebut.
“Ros lukis gambar ni?”
Tiba-tiba,lukisan tersebut dirampas. Danial menoleh dan terpandang Rosalinda yang sudah memandangnya dengan pandangan tajam.
“Ros.. Awak lukis lukisan tu? Bila awak lukis?”soal Danial. Dia tak ada niat lain pun. Dia cuma mahu tahu bila Rosalinda melukis wajahnya. Itu saja.
“Awak jangan sibuk hal saya boleh? Suka sangat menyibuk! Suka hati saya lah nak lukis muka siapa dan bila sekali pun. Tak ada kena mengena dengan awak,”kata Rosalinda. Dia mengalihkan pandangannya.
Sebenarnya,dia cuak. Takut kantoi yang dia pernah lukis wajah Danial sewaktu mereka di zaman persekolahan dulu.
Niat Rosalinda nak lukis wajah Danial sebenarnya untuk melepaskan rasa geram,tapi akhirnya lain yang jadi. Lukisan itu menjadi tempat dia melepaskan rasa rindu.
Nak dinafikan apa lagi? Memang itu yang Ros lakukan. Itulah sebabnya kenapa Rosalinda masih menyimpan lukisan tersebut.
“Ros.. Abang cuma nak tahu. Bukannya abang nak memperlekehkan Ros pun.”
Rosalinda menyimpan lukisan itu di dalam laci. Danial yang memanggilnya tidak diendahkan.
“Ros,kalau betul Ros bencikan abang,kenapa Ros tak koyak lukisan tu depan abang? Buktikan pada abang yang Ros memang dah tutup pintu hati tu untuk abang.” Danial memandang isterinya.
Rosalinda masih memilih untuk mendiamkan diri. Lebih baik tak payah jawab. Nanti tersalah jawab,naya!
Rosalinda mahu beredar tetapi ditahan suaminya. Rosalinda beria-ria menarik tangannya agar dilepaskan namun tetap dipegang erat Danial.
Sebelum Rosalinda lari lagi,lebih baik dia mengunci pintu bilik. Danial memandang Rosalinda kemudian satu keluhan keluar daripada mulutnya.
“Ros,pandang abang.”
Rosalinda memandang ke arah lain. Dia memandang dinding,tingkap dan almari. Pandanglah apa-apa pun asalkan bukan Danial.
“Ros..” Dahu runcing Rosalinda dipegang dan ditarik perlahan wajah Rosalinda agar memandangnya. Danial merenung ke dalam anak mata Rosalinda supaya mereka boleh berinteraksi dari hati ke hati.
“Ros tak sayang abang?”soal Danial.
Rosalinda masih tidak membuka mulut. Entah kenapa,matanya terkunci dengan pandangan Danial.
“Ros memang nak berpisah dengan abang buat selama-lamanya?”soal Danial lagi.
Pipi Rosalinda diusap. Mata Danial masih tidak lepas memandang mata isterinya.
“Abang pernah kehilangan Ros dulu. Cukuplah sekali kita berpisah. Abang tak nak berpisah lagi. Abang pernah buat kesilapan dulu dan abang nak tebus semula kesilapan abang. Bagi abang peluang?”
“Kenapa abang sanggup pinggirkan Ros dulu? Apa istimewanya Nayra? Apa yang dia ada yang Ros tak ada sampai abang sayang dia lebih?”
Akhirnya,persoalan yang Rosalinda mahukan jawapan telah keluar daripada mulutnya sendiri. Dia sudah penat mahu berperang dengan perasaan sendiri.
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomantikCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...