"Ikmal.. Lepaslah saya.."
"Kalau aku lepaskan kau,kau nak buat apa? Buat laporan polis? Kau nak sumbat aku dalam penjara?"soal Ikmal. Matanya mencerlung ke arah Rosalinda.
"Ikmal,sampai hati awak buat saya macam ni kan?" Rosalinda cuba cara lembut pula.
"Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni? Nak?" Ikmal tersenyum sinis.
"Pertama,sebab Danial. Dia rampas gelaran aku dekat sekolah dulu. Kedua,dia rampas kau daripada aku. Sepatutnya kau dengan aku. Aku tahu,kau minat aku tapi disebabkan dia,aku tak dapat kahwin dengan kau! Ketiga.."
Ikmal mengasah pisau kecilnya. Dia tersenyum.
"Sebab aku sayang kau Ros.. Aku nak tolong kau bebas dari dia.. Okey?" Ikmal ketawa.
"Tapi,aku tak nak kaulah! Kau jahat!"teriak Rosalinda. Dia menangis.
"Kalau aku jahat,dah lama aku bunuh kau! Kau nak?" Ikmal mengetap giginya. Dia menunjukkan pisaunya kepada Rosalinda.
Rosalinda memejamkan matanya rapat.
"Aku dah lama geram tahu tak? Aku dah kaya sekarang. Kau tak nak ke dengan aku? Aku boleh bahagiakan kau. Aku boleh bagi kau rumah besar. Tak nak?"
"Tak nak! Ikmal,tolonglah lepas!"
Rosalinda berteriak lagi. Dia cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya.
Tangan Rosalinda berdarah sedikit akibat luka yang terkena pada garinya.
"Kesiannya dia.." Ikmal mengusap pipi Rosalinda.
"Aku takkan apa-apa kan kau. Jangan risau. Okey,kau takut ya? Okey kita ada halal gap. " Ikmal menjarakkan sedikit dirinya daripada Rosalinda.
"Okey? Jangan takut sayang.. " Ikmal ketawa lagi. Takut Rosalinda melihatnya. Dia betul-betul dah hilang akal!
"Kau akan menyesal,Ikmal. Kau akan menyesal!"
"Menyesal? Maaflah,aku tak ada rasa menyesal langsung. Aku lagi suka! Sebab aku dapat-"
Bunyi tembakan dari luar menarik perhatian Ikmal. Dia bingkas bangun dan bersedia bersama pistolnya. Rosalinda meneguk air liurnya yang terasa kelat.
Tidak lama kemudian,pintu ditendang kuat dan akhirnya terbuka. Terbeliak mata Ikmal memandang dua tiga orang lelaki yang berkemungkinan besar adalah anggota polis.
"Letak pistol atau kami akan tembak!"
Ikmal memandang seorang perempuan yang berada di belakang lelaki-lelaki tersebut.
"N-Nadh?"
Nadhirah berjalan memasuki bilik tersebut. Dia tersenyum sinis.
"Kau ke yang panggil diorang? Nadh,apa ni? Kau dah janji nak tolong aku!" Ikmal bengang. Dia mengacukan pistol ke arah Nadhirah.
"Ya,memang aku dah janji. Tapi,kau pun tak tepati janji kau macam mana aku nak tepati janji aku?"
"Janji apa? Kau jangan nak merepek Nadh!"
Nadhirah mendekati Ikmal. Tiada rasa takut langsung dengan Ikmal yang mungkin akan menembaknya bila-bila masa.
"Kau dah janji dengan aku untuk cari bekas suami aku tapi sebenarnya kau yang dah bunuh dia! Sekarang,aku nak hutang kau dibayar dengan nyawa."
Nadhirah pantas menggunakan skil yang dia ada dalam seni mempertahankan diri dan terus menyerang Ikmal membuatkan terlepas pistolnya. Dia mengaduh.
Nadhirah menggunakan skil yang dia ada dan berjaya membuat Ikmal tersungkur. Lelaki itu terjelopok jatuh ke lantai dan lelaki-lelaki yang ikut bersama Nadhirah tadi segera menahan Ikmal.
"Tak guna!" Ikmal meludah ke arah Nadhirah. Gadis itu hanya tersenyum sinis.
"Tak guna? Sekurang-kurangnya aku ada teknik untuk tumpaskan kau. Kau belum cukup bijak,Ikmal.. Rudy,Leo. Korang selesaikan dia. Jangan bagi ada kesan bukti langsung."
Ikmal terus-menerus mengeluarkan kata-kata cacian dan dibawa pergi.
Rosalinda memandang Nadhirah tidak berkelip.
"A-Awak siapa..?"soal Rosalinda.
"Aku Nadhirah. Bekas kawan Nayra."
Rosalinda terpempan.
"Kau nak tahu ke pasal aku? Kalau nak tahu,aku rasa baik kau lupakan. Nanti kau akan sakit hati."
"M-Maksud awak?"
Nadhirah tersenyum senget. Dia duduk di birai katil.
"Aku punca Danial curang dengan kau."
Nadhirah membuka gari pada tangan Rosalinda. Dia hanya membuat tidak endah pada Rosalinda yang tidak berkelip memandangnya. Tak tahu sama ada marah,geram atau pun takut padanya.
"Aku yang rancang supaya Danial 'tidur' dengan Nayra dulu,"kata Nadhirah lagi.
"Dan,aku juga yang bagi air minuman keras pada suami kau supaya dia mabuk teruk dan tak sedar. Aku faham kalau kau nak marahkan aku. Tapi,kau kena ingat satu benda. Aku tak kawal perasaan suami kau. Dia sendiri yang rela untuk kahwin dengan Nayra. Bukan aku yang suruh. Bukan sesiapa yang suruh. Dia yang rela sendiri."
Rosalinda memandang Nadhirah. Tiba-tiba rasa marah membuak-buak dalam dirinya.
"Kenapa kau buat macam tu? Apa salah aku sampai kau nak hancurkan rumahtangga aku dulu? Sekarang,kau muncul lagi. Kau nak apa?"soal Rosalinda bertubi-tubi.
"Aku buat for nothing. Suka-suka. Itu hobi aku. Ganggu rumahtangga orang. Suami aku dah mati disebabkan Ikmal, jadi apa salahnya aku buat isteri-isteri yang ada dalam dunia ni rasa macam apa yang aku rasa kan?" Nadhirah tersenyum.
"Kau dengan Ikmal sama je! Psiko! Gila! Mental!"
Nadhirah kekal tenang. Dia berdiri kemudian dia menyelitkan anak rambutnya di belakang telinga.
"Macam ni lah. Disebabkan aku baik hati, aku bagi kau masa lima minit untuk lari dari tempat ni. Kalau kau tak berjaya lari,faham-faham sendiri ya?"
"Kau..!" Rosalinda geram. Mendengar perempuan gila itu sudah mula mengira,Rosalinda pantas larikan diri.
Terpaksa untuk selamatkan diri sendiri! Gila ke nak duduk situ lagi? Buatnya kena bunuh? Tak ke naya?
Seram! Memang seram! Masih ada lagi orang psiko macam tu wujud? Seram betul!
Nadhirah tersenyum. Dia memandang Nayra yang sudah terkulai di atas katil bersama darah.
Dia tersenyum. "Maaf kawan.. Aku terpaksa. Sebagai tanda maaf aku.. Aku akan ikut kau,okey?"
Nadhirah mengambil pistol Ikmal yang terjatuh tadi. Perlahan-lahan dia mengacukan pistol tersebut pada kepalanya.
Matanya dipejam rapat.
"Ini yang terbaik."
Bang!
masyaa Allah,dah jadi citer action pulak. Sis pun tk tahu kenapa otak sis suruh buat macam ni😂 im so sorry guys kalau merepek atau bosan ke apa. im so sorry but KSB dah nak sampai ending! stay tune and thanks for reading this ❤️🥰
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...