Rosalinda membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa pening dipegang. Berkerut-kerut wajahnya memandang sekeliling.
"Ros?"
Rosalinda menoleh. Wajah Puan Zahrah dipandangnya. Tangannya diusap perlahan oleh mamanya.
"Ros okey?"soal Puan Zahrah.
Perlahan-lahan Rosalinda menjawab dengan anggukan.
"Mama.. Macam mana Ros ada dekat sini?"soal Rosalinda,bingung.
"Ros tak ingat?"
Rosalinda menggeleng.
Puan Zahrah mengemam bibirnya.
"Syafiq yang terjumpa Ros depan hospital ni. Dia ternampak Ros pengsan sebaik saja Ros keluar daripada kereta. Ros pergi mana sayang? Kenapa Ros nampak serabut sangat? Ada luka dekat tangan lagi.. Ada apa-apa jadi ke?" Lembut Puan Zahrah.
Rosalinda termenung. Seketika kemudian,barulah dia teringat.
"R-Ros.. Ros jumpa-"
"Sayang.."
Rosalinda menoleh memandang ke arah pintu. Danial yang sedang duduk di atas kerusi roda yang ditolak oleh Syafiq itu dipandangnya. Serta merta air mata Rosalinda keluar dan dia terus menangis. Tangannya yang dicucuk branula itu pantas dicabut tanpa mengendahkan rasa pedihnya.
Rosalinda bergegas menuju ke arah suaminya dan terus memeluk Danial seeratnya.
"Abang.." Rosalinda menangis semahu-mahunya. Bersyukur melihat suaminya sudah sedar.
Danial tersenyum dan membalas pelukan Rosalinda.
"Ros rindu abang.." Rosalinda teresak.Dia menyembam wajahnya pada bahu Danial.
"Abang pun rindu Ros. Ros pergi mana semalam? Lama abang tunggu.. Ros tak nak jumpa abang ke sayang?"
Rosalinda menggeleng. Dia meleraikan pelukan dan memandang wajah suaminya.
"Tak.. Ros nak sangat jumpa abang. Ros minta maaf sebab tak ada di sisi abang semalam.."
"Ros pergi mana? Abang risau sayang. Tahu-tahu je sayang dah masuk hospital." Danial terpandang pergelangan tangan Rosalinda yang berbalut. Lembut dia memegang tangan isterinya.
"Tangan ni kenapa? Siapa buat sayang? Ada orang apa-apakan sayang ke waktu abang tak ada? Ikmal ke yang buat? Dia buat apa pada sayang? Bagitahu,sayang. Biar abang jumpa dia." Bertubi-tubi soalam diajukan pada Rosalinda. Risau dibuatnya melihat isterinya dalam keadaan begitu.
Biarlah dia seorang yang menanggung sakit,tetapi bukan Rosalinda mahupun anak-anaknya.
"Abang.. Abang,tak perlu jumpa dia.."
"Kenapa?" Dahi Danial berkerut.
"Dia dah mati,Danial." Syafiq mencelah.
Danial terkejut. Dia mendongak memandang Syafiq kemudian dia memandang Rosalinda pula.
"Macam mana boleh jadi macam tu?"soalnya.
Rosalinda turut terkejut. Macam mana Syafiq boleh tahu?
"Aku kan baru masuk unit siasatan. Jadi,aku ada kes semalam dan aku tak sangka pula tu kes dia. Orang awam terjumpa mayat dia dekat belakang bangunan pejabat."
Syafiq memandang Rosalinda pula.
"Aku rasa,kita patut bersyukur isteri kau dapat larikan diri dari situ. Sebab,ada tiga mayat termasuk Ikmal dekat kawasan pejabat tu. Ros,semalam awak pergi situ kan?"soal Syafiq.
Perlahan-lahan Rosalinda mengangguk.
"Ya Allah,sayang. Kenapa sayang pergi sana? Bahaya tahu tak? Kalau jadi apa-apa macam mana? Kalau jadi apa-apa dekat baby macam mana? Tak sayang abang ke?" Danial mengusap pipi isterinya.
"A-Abang dengar apa yang saya bagitahu haritu..?"
Danial mengangguk. Dia mengucup dahi isterinya.
"Mestilah abang dengar,sayang.. Abang gembira sangat tapi abang tak boleh buat apa-apa. Sekarang,abang dah beransur sihat.. Abang akan jaga sayang dengan baby . Okey?"kata Danial.
Rosalinda tersenyum dan memeluk Danial. Terasa lega kerana semua masalah sudah selesai.
"Ros.. Danial. Nak jumpa Hariz dengan Aira tak?"sampuk Puan Zahrah. Dia tersenyum.
"Nak. Ros rindu sangat dengan dua orang budak kecil tu." Rosalinda ketawa kecil. Dia meleraikan pelukan dan memberikan keselesaan buat suaminya.
Syafiq tersenyum. Dia keluar dari bilik sebentar kemudian kembali bersama dua orang anak kecil di sisinya. Dia memimpin dua orang itu masuk ke dalam bilik.
"Babah! Ibu!" Hariz memeluk ibunya manakala Aira memeluk babahnya.
"Rindunya dengan anak-anak babah ni.." Danial tersenyum. Dia mengesat air matanya yang mahu keluar. Bahagia tak terkata. Alhamdulillah,dia masih berkesempatan untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
"Babah.. Aira.. Rindu babah,"kata Aira. Walaupun sedikit gugup namun dia masih bijak berkata-kata.
Danial tersenyum. Dia mengucup pipi anak perempuannya.
"Babah pun rindu Aira. Hariz? Tak rindu babah?"
Hariz tersengih. Dia memeluk ibunya.
"Rindu.. Tapi Hariz lagi rindu ibu." Hariz duduk rapat dengan ibunya. Rosalinda ketawa kecil.
"Pergi peluk babah. Elok-elok okey,sayang. Babah tak sihat tu."
Hariz akur. Dia pergi pada Danial dan memeluknya. Dia menjengket sedikit dan mengucup pipi Danial membuatkan semua yang berada di dalam bilik tersebut terasa sejuk hati.
"Terharu babah,sayang. Babah sayang anak babah ni juga." Danial memeluk kedua-dua anaknya.
"Hariz,Aira. Pergi peluk ibu. Dalam perut ibu ada adik. Adik pun nak kena peluk juga dengan abang Hariz dan kakak Aira dia." Danial tersenyum. Dia meleraikan pelukan dan mengusap rambut Hariz.
"Ada adik?" Aira memandang babahnya. Kemudian,dia memandang Rosalinda. Perlahan-lahan dia mendekati Rosalinda.
Sebak Rosalinda memandang Aira. Kalaulah Aira tahu apa yang terjadi pada mamanya.. Mesti dia sedih. Danial pun belum tahu tentang Nayra. Rosalinda mengeluh. Tiba-tiba terasa kesal kerana tidak dapat membantu Nayra.
"Mana adik?" Polos Aira bertanya.
"Babah cakap adik dalam perut ibulah,Aira. Tapi,kenapa dia duduk dalam perut ibu?" Hariz pula bertanya.
"Sebab dia belum lahir. Nanti dia dah lahir,jaga adik elok-elok okey?"
Aira terjerit suka. "Ada.. kawan."
Rosalinda tersenyum. Dia memeluk Aira erat dalam dakapannya. Aira yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu disayangnya. Tak ada bezanya seperti Hariz. Semua disayang dengan sama rata.
Danial melihatnya tersenyum. "Babah pun nak peluk.. Tak apa,nanti babah sihat babah peluk ibu dengan anak-anak babah eh. Jangan lari pula okey!"
"Babah busuk.. Tak mandi lagi." Pandai Hariz mengusik. Dia tersengih.
Bulat mata Danial memandang anak lelakinya.
"Amboi,pandai dia kenakan babah ya!"
Mereka ketawa. Penuh dengan rasa bahagia di dalam bilik wad tersebut. Rasa bahagia setelah sekian lama tidak merasainya.
Gambar dekat atas tu bolehlah anggap Aira dengan Hariz🥰 comel! okey see you next chapt!❤️
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...