BAB 15

7.7K 323 13
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Saudara-mara sudah beransur pulang selepas majlis sudah selesai. Awal-awal lagi Rosalinda sudah hilang masuk ke dalam bilik. Hanya tinggal Danial yang masih meluangkan masa bersama ibubapa mertuanya.

Losyen tangan disapu perlahan pada tangannya yang berkulit mulus. Sesekali Rosalinda menghela nafas berat. Tidak pernah dia jangka Danial akam kembali menjadi suaminya.

Telefon bimbitnya dicapai dan ditenung lama. Sehingga sekarang,dia masih berharap agar Emir akan menghubunginya dan mahu kembali padanya.

Tapi apakan daya,sekarang dia sudah sah menjadi isteri kepada Danial. Bukan isteri kepada Emir. Walaupun susah mahu melupakan,namun dia tetap perlu melupakan Emir. Syurganya ada pada Danial.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Rosalinda daripada terus mengelamun. Rosalinda tidak memandang wajah Danial hatta mahu bercakap dengan lelaki itu.

“Abang ingat sayang dah tidur.” Danial tersenyum. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Rosalinda hanya terus mendiamkan diri. Dia tidak menjawab sepatah pun kata-kata Danial. Dia membuat seperti Danial tidak wujud.

“Abang makan kuih bakar tadi. Maklong bagi sebelum dia balik rumah. Sedap. Kalau nak,abang boleh ambilkan untuk sayang.” Lembut Danial berbicara dengan isterinya. Matanya tidak lepas memandang wajah Rosalinda yang kini semakin cantik.

Melihat Rosalinda yang tidak memberi sebaramg respon, Danial hanya tersenyum. Dia tahu,Rosalinda masih marahkan dirinya. Lebih-lebih lagi Emir tarik diri dan dia pula yang meggantikan tempat Emir. Semakin bertambah kemarahan Rosalinda gamaknya.

“Sayang..”panggil Danial. Dia mahu memegang tangan Rosalinda namun Rosalinda bingkas bangun dan berjalan keluar daripada bilik.

Danial mengeluh perlahan.

“Tak apa, Danial.. Biar hati dia sejuk dulu.” Danial memuju hatinya sendiri.

Rosalinda keluar daripada bilik tidurnya dan berjalan memasuki bilik tidur Hariz. Tanpa berkata apa-apa,terus dia mengambil tempat di sebelah anak lelakinya. Hariz yang kebingungan memandang ibunya.

“Kenapa ibu tidur bilik Hariz? Nenek kata,ibu tidur dengan babah.” Lurus anak lelakinya berkata-kata. Dia yang sedang memegang sebatang pensel hanya setia memandang ibunya.

“Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni. Kemas buku tu. Kita tidur.” Rosalinda menguap. Matanya sudah menjadi kuyu. Penat dan dia mahu berehat selepas menjalani hari yang agak terseksa buat dirinya.

“Hariz tak mengantuk lagi. Hariz nak melukis. ” Hariz yang mengikut jejak langkah ibunya meneruskan aktiviti melukisnya. Hariz memang sukakan bidang melukis. Apa-apa perkara baharu yang dia nampak,mesti dia mahu mencuba untuk melukis.

“Hariz,tidur. Kemas buku tu sekarang. Ibu nak tutup lampu. Ibu penat ni,”kata Rosalinda lagi.

“Tapi,Hariz tak mengantuk lagi. Kalau ibu mengantuk,pergilah tidur dengan babah. ”

Rosalinda mahu naik angin. Badan sudahlah penat. Geram dengan Danial pula. Sekarang,Hariz pula tak mahu mendengar kata. Memang bapa borek,anak rintik!

“Hariz,ibu kata-”

“Biarlah dia melukis. Tak perlu marahkan dia. Dia tak ganggu sesiapa pun,”tegur Danial yang sudah muncul di muka pintu bilik anak lelakinya.

Rosalinda mencebik kemudian dia berpaling. Dia baring membelakangi Danial dan terus memejamkan matanya.

“Babah,kenapa ibu tak nak tidur dengan babah?”soal Hariz. Bingung melihat ibunya yang seolah-olah merajuk dengan bapanya.

Danial melangkah ke arah anaknya dan melihat hasil lukisan Hariz. Tersenyum Danial melihatnya.

“Cantik lukisan anak babah.”

Hariz tersengih. “Ibu ajar Hariz melukis.”

Rosalinda hanya melelapkan matanya tetapi telinganya masih mendengar perbualan dua beranak itu. Kalau boleh,dia tak mahu bercakap langsung dengan Danial. Biarlah Danial bercakap dengan dinding. Lagi bagus!

Kepala Hariz diusap lembut. Danial menyimpan buku lukisan anak lelakinya.

“Hariz tidur ya? Hari ni, Hariz temankan ibu tidur. Babah tidur lasak. Jadi, Hariz teman ibu tidur ya?”kata Danial.

“Alah,jomlah. Babah tidurlah sekali dengan Hariz. Hariz rindu dengan babah. Babah dah janji nak tidur dengan Hariz,kan? Tidurlah sini..” Suara Hariz seakan merayu.

Danial yang mendengarnya berasa tidak sampai hati mahu menolak permintaan anak lelakinya. Dia mengerling ke arah Rosalinda yang sudah pun terlelap akhirnya. Terdengar dengkuran halus daripada isterinya membuatkan Danial tersenyum.

“Okey,babah tidur sini. Hariz kena janji dengan babah yang Hariz tak akan buat ibu terjaga. Okey?”

Hariz pantas menganggukkan kepalanya. Dia memeluk Danial,meminta untuk didukung. Danial hanya melayankan saja kerenah anak kesayangannya.

Perlahan-lahan Danial meletakkan Hariz di sebelah Rosalinda. Kemudian,dia pula naik ke atas katil dengan berhati-hati agar Rosalinda tidak terjaga. Kalau Rosalinda terjaga,silap-silap dia kena tidur luar.

Ish,tak nak! Sekarang adalah masa yang begitu berharga buat Danial. Jadi,dia akan pastikan dia tak akan terlepas waktu yang berharga seperti ini. Walaupun hanya sekejap,Danial sudah bahagia.

Wajah polos Rosalinda yang sedang lena dipandang. Tidak pula Danial menyentuh pipi isterinya. Dia hanya memandang dan memerhatikan segenap wajah Rosalinda sambil menepuk anak lelakinya untuk tidur.

Danial tiba-tiba menjadi sebak.

Mana pergi rasa kasihnya dulu? Kenapa dia sanggup mengkhianati cinta Rosalinda sedangkan gadis ini yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya?

Kalau dia mampu memutarkan semula waktu,dia mahu membaiki segala kesilapannya. Dia tak akan terjebak dengan perangkap Nayra dan jatuh hati dengan Nayra. Cinta Nayra adalah racun, tetapi cinta Rosalinda adalah ubat.

Setiap kali hatinya terluka,Rosalinda lah yang menyembuhkan rasa sakitnya. Namun,itu semua hanya menjadi kenangan yang terindah dulu. Kenangan tetap menjadi kenangan.

Danial memandang Hariz yang melelapkan matanya. Dia mengucup pipi anak lelakinya berkali-kali untuk melepaskan rindu.

“Abang akan cuba buat yang terbaik untuk bahagiakan Ros dan Hariz. Ros dengan Hariz nyawa abang. Abang akan pertahankan ‘nyawa’ abang sampai nafas abang yang terakhir,”ujar Danial perlahan.

Selimut dibetulkan agar dua orang insan yang dikasihinya tidak kesejukan. Tak lama kemudian,Danial memejamkan matanya.

Dia berharap,ini bukanlah mimpi baginya. Sekiranya ini adalah mimpi indah buat Danial,dia tak mahu bangun daripada lenanya dan tidak mahu menamatkan mimpi ini.

Semoga Rosalinda mampu memaafkan dirinya pada hari esok.














Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now