BAB 13

6.6K 298 6
                                    

Kereta Proton yang beransur pergi hanya dipandang sepi. Danial memandang Datin Sophea. Air matanya bertakung,lantas memeluk Datin Sophea.

Dalam sekelip mata,Danial sudah kehilangan segalanya. Syarikatnya sidah sepenuhnya muflis dan rumah agamnya sudah pun selamat disita. Mereka berdua terpaksa pulang ke kampung dan menumpang di rumah Maklong Azza sementara Danial dan Datin Sophea mahu menstabilkan semula kewangan mereka.

"Sabar ya,sayang? Jangan risau,mummy ada. Maklong Azza pun ada. Kita masih ada keluarga. " Datin Sophea memujuk anak lelakinya.

"Danial rasa bersalah dengan arwah daddy.. Danial tak pandai jaga amanah arwah daddy. Mesti arwah daddy kecewa dengan Danial.." Danial menahan sebak. Pelukannya dieeratkan lagi.

"Tak ada rezeki,Danial. Kita kena redha dengan apa yang jadi. Tak apa,kita boleh cuba lagi. Kita boleh cuba naikkan semula syarikat keluarga kita. Cuma,kita perlu bersusah sikit."

"Kalau boleh,Danial tak nak buat mummy susah. Danial betul-betul minta maaf.."pinta Danial. Dia memandang wajah Datin Sophea bersama air mata yang bertakung di tubir matanya.

"Mummy rasa susah pun.. Mummy bahagia selagi anak kesayangan mummy ni ada di sisi mummy.."kata Datin Sophea. Pipi anak lelakinya dielus perlahan.

"Buat masa sekarang, Danial tak berani nak janjikan apa-apa untuk mummy. Tapi, Danial boleh janji yang Danial akan terus berada di sisi mummy sampai bila-bila. Danial janji,okey?" Danial memaksa dirinya untuk tersenyum.

Datin Sophea tersenyum. Di dalam hatinya,hanya Tuhan yang tahu betapa susah hatinya melihat beban yang ditanggung oleh Danial. Danial terlalu muda untuk tanggung beban ini. Sepatutnya,Danial masih berseronok pada waktu usianya sekarang seperti orang lain. Namun,disebabkan masalah keluarga, dia terpaksa mengorbankan masanya buat keluarga.

"Mummy dah cukup bangga dengan anak lelaki mummy ni. Terima kasih sebab sudi jaga mummy walaupun arwah daddy dah tak ada,"ucap Datin Sophea kepada Danial.

"Mummy keutamaan Danial sekarang. Jadi,walaupun kita terpaksa tidur bawah jambatan sekalipun,Danial tetap akan jaga mummy. Okey?"

Tersentuh hati Datin Sophea mendengar kata-kata anak lelakinya. Jujur,Danial memang betul-betul sudah berubah. Ketara perbezaan diri Danial yang dulu dengan yang sekarang. Danial semakin pandai berdikari dan menjadi matang dalam mengatasi masalah.

"Oh ya. Mummy, boleh Danial tahu siapa pembida dan pembeli rumah pusaka kita dekat kampung? Danial nak jumpa dengan dia. Danial tak nak lepaskan rumah tu,mummy.. Kalau perlu,Danial akan cuba menyewa daripada dia. Danial sanggup kerja bermati-matian untuk bayar duit rumah tu." Danial memandang Datin Sophea dengan penuh harapan.

"Pembeli rumah pusaka arwah NekTok tu?"

Danial mengangguk.

Datin Sophea mengemam bibirnya.

"Pembeli tu.."

"Rosalinda."







KUNCI rumah pusaka yang dibeli oleh Rosalinda dipandang. Tuan Idris memandang pula anak perempuannya.

"Lepas Ros dah beli rumah ni, Ros nak buat apa? Ayah harap,Ros tak aniaya Danial dengan mummy dia. Kesian,diorang dalam kesusahan tu,"ujar Tuan Idris.

"Tahu.. Ros tak ada niat nak buat macam tu,ayah. Ros beli rumah tu guna simpanan Ros. Ros ingat,Ros nak bagi diorang duduk dekat situ. Rumah tu pun dah lama tak berpenghuni. Rasanya,Danial dah boleh mula untuk jaga semula rumah tu,"kata Rosalinda pula. Dia memandang Hariz yang sedang leka bermain dengan permainannya.

"Danial tahu yang Ros beli rumah tu?"soal Puan Zahrah pula.

Rosalinda menggeleng.

"Tak. Kalau boleh,janganlah bagitahu dia. Nanti dia fikir apa pula. Ros cuma nak bantu mummy. Kesian pula tengok dia susah macam tu. Ros pun ada simpanan lebih,jadi tak salah kalau Ros nak bantu dia."

Puan Zahrah tersenyum. Sejuk hati mendengar niat hati anaknya yang sudi membantu keluarga bekas mertuanya.

"Baguslah kalau macam tu."

"Jadi,macam mana dengan persediaan majlis kamu tu? Ada apa-apa yang belum selesai? Majlis dah dekat,"kata Tuan Idris. Dia menyisip perlahan air teh susu yang dibancuh oleh Puan Zahrah sebentar tadi.

"Alhamdulillah,semuanya dah selesai.Tunggu hari majlis je,ayah. Baju semua dah siap,"kata Rosalinda. Dia tersenyum-senyum.

"Amboi.. Bila tanya pasal kahwin,terus tersenyum. Emir dah bersedia ke nak hadap Tok Kadi nanti?"usik Puan Zahrah.

"Dia memang dah-"

"Saya yang akan nikahkan dioramg berdua nanti. Bersedia atau tak,itu nasiblah. Ayah tahu,bakal menantu ayah tu memang sentiasa bersedia. Lagipun,dia tak perlu kekok lagi dah. Ini dah kali ke berapa dia jumpa Tok Kadi,"kata Tuan Idris lantas pergi ke dapur meninggalkan Puan Zahrah dan Rosalinda berdua di ruang tamu.

Terpinga-pinga dua beranak itu dibuatnya.

"Mama,apa maksud ayah? Emir pernah jumpa Tok Kadi ke sebelum ni?"soal Rosalinda. Dia memandang Puan Zahrah.

"Entahlah. Mungkin Emir pernah jumpa. Alah,mestilah dia ada jumpa. Dia kan nak uruskan hal akad nikah tu."

Rosalinda mengangguk perlahan.

Oh,begitu..

Ingatkan ada maksud lain tadi.








Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now