Lima bulan kemudian..
"Hariz,jangan ajak Aira lari. Nanti jatuhlah sayang."
"Okey ibu!" Hariz tetap berlari-lari anak bermain bersama Aira di halaman rumah. Rosalinda duduk di pangkin yang berada di hadapan rumah pusaka arwah NekTok.
Danial datang bersama dulang dan diletakkan di depan isterinya. Kuih yang dibuat sendiri oleh Puan Zahrah dan Datin Sophea itu dijamahnya.
"Sedap tak sayang kuih seri muka ni?"soal Danial. Dia memandang isterinya. Sesekali dia membersihkan sisa kuih yang terdapat di tepi bibir Rosalinda menggunakan jarinya.
"Sedap! Siapa buat? Mummy ke?"soalnya. Berselera dia menjamah kuih seri muka itu.
"Taklah. Abang yang buat. Abang belajar daripada maklong." Danial tersengih.
"Seriously? Abang buat kuih ni?" Rosalinda seakan tidak percaya. Yelah,Danial ni nak masuk dapur pun susah. Inikam pula buat kuih?
"Kenapa? Tak percaya?"soal Danial. Dia mengangkat kening.
"Tengoklah siapa yang buat. Jejaka kacukan barat yang buat okey! Ingat orang muka kacak macam abang ni tak boleh masak ke? Talk to my hand lah.." Danial mendabik dada.
Rosalinda tergelak. "Riak betul!"
Danial tersenyum. Dia mengusap perut Rosalinda yang sudah membulat. Perlahan-lahan dia menunduk dan meletakkan telinganya pada perut Rosalinda.
"Assalamualaikum. Eh,nak panggil awak apa ni? Awak boy or girl? Nak panggil prince or princess ni?"
Rosalinda hanya membiarkan suaminya berbicara dengan anak di dalam kandungannya. Sesekali dia terasa anaknya menendang.
"Eh,nak join abang dengan kakak main ke tu? Kalau nak,kena keluar cepat sikit okey? Duduk dalam tu sihat-sihat. Suruh ibu makan banyak-banyak. Biar dia gemuk. Boleh babah gigit pipi dia nanti,"usik Danial. Dia ketawa kecil sambil mengerling ke arah isterinya.
Amboi! Seronok makan kuih sampai tak endah suami mengusik!
"Baby.. Tengok ibu. Ibu tak layan babah. Tahulah sedap sangat kuih tu. Ibu,jangan seronok sangat makan manis-manis ya. Nanti gula dalam badan ibu naik nanti susah." Danial pantas menggigit kuih yang berada di tangan Rosalinda sebelum sempat dia masukkan ke dalam mulut.
Terbuntang mata Rosalinda dibuatnya.
"Abang!"
"Apa? Abang nak makan kuih je. Sayang habiskan kuih seri muka tu. Abang tak sempat rasa pun. Abang makanlah yang last tu." Danial menayang wajah selamba.
"Ish,apalah. Kalau abang tergigit jari saya tadi macam mana?"
"Sayang jeritlah."
Lengan Danial dicubitnya. Suka main-main dia ni tau!
"Okey! Okey! Sorry! " Danial tergelak. Dia memegang tangan isterinya.
"Janganlah cubit sayang. Sakitlah. Cubitan sayang tu macam ketam."
"Padan muka. Saya lapar ni. Jangan main-main!" Rosalinda menjegilkan matanya.
"Amboi,bukan main marah eh? Sepatutnya abang marah dengan sayang ni."
"Kenapa pula?"
"Yelah,sayang rahsiakan pasal rumah pusaka ni. Kalau mummy tak bagitahu,mesti sayang tak cerita. Betul tak?"soal Danial.
Rosalinda sudah tersengih.
"Ha,kenapa sengih? Betul lah tu. Sampai hati sayang tak nak bagitahu abang.." Danial muncungkan bibirnya.
"Abang yang tak tanya. Saya ada je cakap pasal rumah ni. Abang yang lambat pickup. Handsome pun blur juga. " Rosalinda tergelak.
"Mana ada! Sayang tipu. Mana ada sayang sebut pasal rumah ni."
"Ada. Saya cakap,mummy memang ada rumah. Dia duduk rumah dialah. Inilah rumah dia. Abang yang blur sangat."
Danial mengangkat kening lagi. "Oh,cakap abang blur? Bukan main lagi sayang sekarang eh? Suka kenakan abang!"
Danial menggeletek pinggang isterinya. Habis terhambur ketawa Rosalinda. Melihat isterinya sudah di penghujung pangkin,pantas Danial memeluk isterinya agar tidak terus terjatuh ke bawah.
Daripada ketawa terus bertukar menjadi senyap. Wajah Rosalinda bertukar merah. Anak matanya memandang mata Danial.
"Abang nak cakap sesuatu ni,sayang"bisik Danial.
"A-apa dia?" Rosalinda gugup.
"Abang nak ajak sayang pergi candlelight dinner malam ni."
"Okey.. Jadi..?" Rosalinda memandang wajah Danial. Polos pandangannya.
"Abang nak sayang pakai cantik-cantik."
Tiba-tiba,Rosalinda mencebik. Dia menolak Danial jauh daripadanya.
"Habis tu,sekarang saya tak cantiklah?"soalnya.
Danial tersenyum. Dah agak. Mesti muncung mulut tu!
"Tahulah saya tak cantik. " Rosalinda menoleh ke tempat lain.
Danial mendekati isterinya. Pinggang Rosalinda dipeluk. Biarlah jiran nampak pun! Sekali-sekala bagi manis sikit mata tu!
"Rosalinda Evans.." Lembut suara Danial menyapa gegendang telinga Rosalinda.
"Isteri abang ni memang cantik. Hari-hari abang jatuh hati dengan isteri abang ni. Tapi.."
Danial mencapai tangan Rosalinda lantas mengucupnya lembut.
"Cantik tak terletak pada paras rupa. Tapi.. Dekat sini." Tangan Rosalinda dipegangnya dan diletakkan pada dada Rosalinda.
"Hati. Hati sayang terlalu bersih dan itu yang buat sayang bertambah cantik dan abang makin jatuh cinta. Kalau sayang nak abang buktikan cinta abang pada sayang.. Ni." Danial meletakkan tangannya pada perut Rosalinda pula. Dia mengusap perlahan.
"Ini tanda cinta kita. Abang akan sayang Ros sampai syurga sebab abang nak sayang jadi bidadari syurga abang. Kembalinya seorang bidadari abang ni dah mengubah seluruh hidup abang dengan anak-anak kita."
Rosalinda terharu. Berair matanya mendengar kata-kata Danial. Suaminya dipeluk erat.
"Ros sayang abang."
Danial tersenyum. Tubuh isterinya diusap dengan penuh kasih.
"Abang pun sayang Ros."
"Macam mana? Bersemut tak ayat abang?" Danial tersengih.
Rosalinda ketawa kecil. Dia mengesat air matanya.
"Jangan bagi ayat manis ni pada perempuan lain. Hanya saya je yang boleh dengar semua ni. Okey?"
Danial mengangguk. Dia mengusap pipi isterinya.
"Okey."
Rosalinda tersenyum.
Alhamdulillah,dah selesai semua konflik. Dah tak ada perselisihan faham. Dugaan yang akan datang, in shaa Allah mereka akan harungi bersama. Dugaan sebelum ini telah mengajar mereka menjadi lebih kuat.
Salah satunya adalah,harta. Harta tak mungkin menjamin kebahagiaan. Tak semestinya duduk rumah kampung,tak bahagia. Kan?
Danial sekarang lebih selesa duduk di kampung berbanding di bandar. Jauh daripada manusia-manusia toxic dan jauh daripada sosial yang mendatangkan maksiat.
Anak yang bakal lahir membuatkan Danial bertambah matang. Dia menjadi lebih bertanggungjawab sebagai seorang suami,bapa dan juga anak lelaki.
Rosalinda senang dengan perubahan suaminya. Dalam erti kata pendek,dia bersyukur. Bersyukur mendapat berjumpa dan berkenalan dengan insan yang bernama Danial Evans.
Kerana Dia, dia telah mengajar erti cinta dan kehidupan sebenar.
TAMAT
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...