BAB 20

8K 308 9
                                    

Tuan Idris menyelak sedikit langsir bilik tidur anak perempuannya. Setelah melihat anak menantunya bergaduh di depan rumah,serba sedikit menimbulkan kerisauan di hatinya.

“Ros,boleh ayah masuk?”soalnya. Rosalinda yang termenung,lantas menoleh memandang ayahnya. Rosalinda mengangguk.

Tuan Idris melangkah masuk ke dalam bilik dan mendekati anaknya. Rosalinda yang sejak tadi keruh air mukanya kini berubah bersama senyuman. Dia tahu,Rosalinda hanya berpura-pura dan menyembunyikan perkara sebenar daripadanya.

“Kenapa ayah?”soal Rosalinda. Dia memandang ayahnya bersama senyuman.

“Sepatutnya ayah yang tanya Ros macam tu. Ros dengan Danial kenapa? Bergaduh depan rumah sampai ayah pun boleh dengar. Ada masalah yang belum selesai ke?”

Rosalinda mengawal riak wajahnya. Dia menggelengkan kepala dan menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

“Tak ada apa,ayah. Biasalah,ada masalah sikit.”

“Ros ada masalah dengan anak tiri Ros tu? Ros tak suka ke kalau Aira ada duduk dengan kita?”soal Tuan Idris,mengejutkan Rosalinda yang mendengarnya.

Tuan Idris tersenyum. “Tak perlu tanya macam mana ayah kenal anak tiri Ros tu.”

“Ayah faham,kalau Ros tak boleh terima anak tiri Ros tu. Mesti Ros tak boleh lupakan masa silam Ros,kan? Ayah faham,tapi janganlah sampai bencikan Aira. Aira tak tahu apa-apa. Dia sendiri terabai dengan mak dia. Siapa lagi dia nak menumpang kasih kalau bukan ayah dia dengan ibu tiri dia ni?”ujar Tuan Idris. Perlahan-lahan,dia cuba memujuk anak gadisnya dari hati ke hati.

“Ros tak bencikan Aira,ayah. Ros cuma tak boleh lupa apa yang Danial buat dekat kita. Bukan senang untuk Ros terima apa yang dia dah buat. Bila tengok Aira,Ros terus teringatkan Nayra. Hati Ros sakit,ayah..” Rosalinda mengadu pada ayahnya.

Tuan Idris mengangguk perlahan. Kaca mata yang dipakainya dibuka.

“Ayah faham.. Ayah pun kecewa juga dengan apa yang dia dah buat. Tapi,semua manusia tak sempurna termasuk diri kita sendiri. Semua orang layak untuk dapat peluang kedua. Siapa kita nak hukum dia? Sampai bila kita nak hukum dia?”

Rosalinda tetap menundukkan kepalanya. Dia mendiamkan diri tidak memberi sebarang jawapan.

Ada betul kata ayahnya. Tapi,luka di hati masih berbekas. Nak buat macam mana?

“Ayah cuma nak pesan,kalau Ros mrahkan Danial sekali pun.. Jangan marah dia depan anak. Hariz dengan Aira kecil lagi. Tak elok diorang berdua tengok.

Lagi satu,pasal Aira tu.. Danial dah minta izin dengan ayah untuk bawa Aira ke sini. Ayah yang izinkan dia bawa Aira tu duduk sini. Ros tolonglah jaga Aira tu sekejap ya? Kalau tak nak jaga pun,sekurang-kurangnya layanlah dia elok-elok. Jangan buat dia macam orang asing. Dia masih kecil. Faham kan maksud ayah?”pesan Tuan Idris.

Rosalinda melepaskan keluhan. Bibirnya dicebikkan sedikit menunjukkan dia kurang berpuas hati dengan pesanan ayahnya.

Orang dah buat salah pun tetap nak bela ke? Tak faham betul! Bisik hati Rosalinda.

“Ros,ayah tanya ni. Boleh ke tak? Kalau Ros tetap tak setuju,ayah suruh Danial hantar balik anak dia. Itu pun kalau Ros tak ada rasa belas kasihanlah dekat Aira.”

Semakin panjang bibir Rosalinda dimuncungkan.  Suka sangat buat orang rasa serba salah!

“Okey.. Ros faham. ” Rosalinda masih mencebik.

Tuan Idris tersenyum. “Macam tu lah. Janganlah muncung macam ni. Tak cantiklah. Dah,pergi keluar. Buat apa yang patut. Layan Hariz dengan Aira main. Oh ya,Ros mula kerja balik bila? Ros satu syarikat dengan mertua Ros tu kan?”

Rosalinda mengangguk. “Lama lagi. Minggu depan baru masuk kerja. Mummy saja masuk kerja awal. Dia kan orang penting dalam syarikat Ros tu.”

“Kalau macam tu,ayah nak Ros dengan Danial bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Sementara ada cuti ni,baik luangkan masa sama-sama. Boleh pulihkan hubungan Ros dengan Danial yang keruh tu. Jernihkan apa yang patut.”

“Ayah.. ” Rosalinda mengerutkan dahinya.

“Apa?”

“Tak naklah..” Rosalinda menggelengkan kepalanya.

“Tak nak apa? Habis tu,nak bermasam muka sampai bila-bila? Ingat,Ros tu isteri Danial. Tak baik bermasam muka dengan suami apatah lagi tinggi suara dengan suami. Tadi Ros marah Danial kan? Pergi minta maaf.”

“Kenapa pula nak minta maaf? Bukan salah Ros. Salah dia,kan? Lagipun,tak ada gunanya Ros minta maaf. Dia tu tak faham bahasa. Degil. Menyamoah nak bercakap dengan manusi macam dia.” Rosalinda menggulingkan bebola matanya ke atas.

Menyampah dengan Danial Evans!

“Tengok tu. Nak tambah dosa ke? Kalau apa-apa jadi,Ros tak sempat minta maaf dekat Danial macam mana? Menyesal tak sudah nanti,”kata Tuan Idris. Dia mula menggertak Rosalinda.

Kata orang degil. Dia pun sama degilnya! Tuan Idris menggelengkan kepalanya perlahan.

“Ey,ayah ingat Ros ni mama ke? Ingatkan mama saja kena,rupanya Ros pun kena juga gertak macam ni dengan ayah. Tak aci,”kata Rosalinda seraya memuncungkan bibirnya.

“Tapi,ada rasa takut kan? Jadi,pergi minta maaf. Sama-sama kena minta maaf. Dalam rumahtangga ni,kita kena ada persefahaman. Barulah bahagia. Bukannya sorang bawa diri ke selatan,sorang bawa diri ke timur. Macam mana nak bahagia?”bebel Tuan Idris lagi.

“Ish,yelah Ros pergi minta maaf.” Rosalinda bangun. Dia masih mencebikkan bibirnya lantas keluar daripada bilik untuk mencari suaminya.

Baru nak keluar,dia ternampak suaminya sedang melayan Hariz dan Aira di ruang tamu. Seronok Aira dan Hariz ketawa bermain dengan ayah mereka.

“Perlu juga ke minta maaf? Aku tengok,bahagia saja hati dia tu! Tak ada tanda-tanda kecil hati pun. Sukalah tu sebab dah sakitkan hati aku. Ey! Kenapalah kau muncul balik?”gumamnya sendirian. Rosalinda hanya memerhatikan Danial yang berada di ruang tamu  daripada biliknya.

Ish,nak pergi minta maaf juga ke? Nanti dia ingat aku nak berbaik pula. Memang taklah! Aku belum nak berbaik! Dia pun tak ada usaha apa-apa nak pujuk aku. Menyampah lagi ada lah!

Rosalinda menoleh ke belakang,memandang Tuan Idris yang turut memerhatikannya.

“Pergi,Ros.” Tuan Idris masih mahu Rosalinda bersemuka dengan Danial.

Rosalinda mengeluh.

Ayah! Kenapa Ros juga yang perlu minta maaf? Ey,tak sukanya!











Kembalinya Seorang Bidadari [C]Where stories live. Discover now