Nayra memandang di sekelilingnya. Sesekali dia mengukir senyuman kepada sesiapa yang menegurnya.Air minuman keras turut diteguknya tanpa rasa bersalah.
Kepalanya runsing memikirkan nasib hidupnya. Kenapalah malang sangat? Sejak berpisah dengan Danial,hidupnya menjadi huru-hara. Duit pun tak ada.
“Nayra,anak kau macam mana? Sihat?”soal Nadhirah.
“Tak payahlah tanya pasal budak tu. Runsing aku! Dia dengan bapak dia sama saja. Menyakitkan hati.” Nayra mengetap giginya.
“Aku dah cakap,bagi sajalah bapak dia jaga. Kau sibuk juga nak jaga budak tu. Bapak dia nak jumpa budak tu pun kau sekat. Sekarang,kau yang susah. Itulah,siapa suruh beranak? Kan dah susahkan diri. Badan kau pun dah tak nampak shape.” Nadhirah ketawa. Bengang Nayra mendengarnya.
“Eh,kau jangan menyibuk boleh? Sekarang ni,kalau bapak dia nak ambik pun aku tak peduli. Budak tu bawa malang buat apa? Aku pun tak dapat kerja dah.”
“Aku suruh kau kerja dengan Mr.Lim kau tak nak. Konon nak tunggu Ikmal. Kau ingat,Ikmal nak balik sini ke? Tak ada! Kau tunggulah sampai kau tua. Silap-silap,dia dah dapat perempuan lagi lawa daripada kau. Pendek kata,perempuan tu lagi suci daripada kau.”
Terus satu tamparan mengena di pipi Nadhirah. Nayra merenung tajam wajah Nadhirah. Kalau ikutkan hati,mahu saja dia siat-siat kulit perempuan ni. Cili mulut dia. Kurang ajar sangat!
“Kau jangan nak biadab dengan aku,Nad! Aku jadi macam ni pun sebab kau! Aku takkan tidur dengan Ikmal kalau kau tak letak pil perangsang dalam air aku. Jangan sampai rahsia kau bocor nanti. Aku boleh bongkarkan bila-bila masa!”
Dada Nayra berombak menahan geram. Nadhirah hanya ketawa melihat kebodohan Nayra.
“Bongkarkan rahsia aku? Takutnya! Cubalah bongkarkan rahsia aku. Aku sikit pun tak takut. Bukan aku yang tanggung akibatnya,tapi kau! Kau lupa,siapa punya idea untuk perangkap Danial dulu? Kononnya air coke. Walhal, tu wine bordeaux. Aku tak kisah pun kalau kau nak bongkarkan semua tu. Silakan..”ujar Nadhirah. Dia tersenyum sinis.
Nayra merengus. Dia bingkas melangkah pergi meninggalkan kelab malam tersebut.
Tak guna kau,Nad! Kau tunggulah nasib kau! Bisik hati Nayra. Dia berdendam.
Nadhirah yang melihat Nayra berlalu pergi berasa puas. Bibirnya diketap perlahan.
“Berani nak bongkarkan? Langkah mayat aku dulu..”
ROSALINDA termenung memandang telefonnya lama.Dia mengeluh.
Kenapa dengan aku ni? Takkan aku masih berharap Emir akan kembali? Sekarang ni,aku dah jadi Danial! Sedarlah Ros!
Rosalinda menyimpan telefonnya di dalam laci. Danial yang memerhatikan isterinya daripada muka pintu hanya berpeluk tubuh.
Dia tahu,Rosalinda masih mengharapkan Emir.
Kenapa Ros tak boleh beri peluang lagi untuk dirinya? Tak layak ke dia jadi suami dan perbetulkan kesilapannya?
“Kenapa tercegat dekat situ? Nak jadi pengawal keselamatan ke? Tak payah,saya tak bagi gaji untuk awak jaga rumah ni,”tegur Rosalinda.
“Ros,boleh abang cakap sikit?”
Rosalinda menayang wajah selamba. Losyen disapu pada tangannya.
“Selama ni,tak ada pula nak minta izin. Nak cakap apa? Cakaplah cepat. Saya nak tidur.”
Danial melangkah ke arah isterinya. Perlahan-lahan tangan isterinya diraih.
“Abang tahu abang dah banyak kali sebut benda yang sama. Abang tak peduli kalau sayang jemu dengar. Abang tetap nak minta maaf pada Ros. Abang perlukan peluang daripada sayang untuk buktikan yang abang memang dah berubah. Takkan tak ada rasa sayang pada abang walau sikit pun?”kata Danial. Matanya redup memandang Rosalinda.
Rosalinda memalingkan wajahnya.
“Sayang.. Pandang abang. Abang tetap nak cakap benda ni. ” Dagu Rosalinda ditarik perlahan supaya isterinya memandang wajahnya.
Terpaksalah Rosalinda memandang Danial walaupun hatinya tiba-tiba menjadi lemah. Pandangan Danial tidak pernah gagal membuatkan naluri perempuannya terusik.
“Kita dah ada Hariz. Kita dah bina keluarga kecil kita. Abang tahu,abang banyak buat salah. Abang minta maaf,sayang. Abang serik. Abang dah belajar daripada kesilapan abang. Abang perlukan sokongan sayang untuk berdepan dengan masalah yang abang hadapi sekarang.
Abang bukannya perlukan sayang waktu abang susah saja,tapi abang perlukan sayang setiap masa. Ros dengan Hariz pelengkap hidup abang. Kalau sayang bencikan abang,macam mana dengan Hariz? Sayang nak dia bencikan abang juga ke? ”kata Danial separuh nada merayu.
“Danial,saya tak pernah berdendam dengan awak. Awak boleh faham tak yang saya ni dah boleh terima hakikat yang saya ni tak penting dalam hidup awak?
Awak tolonglah move on. Sampai bila kita nak seksa diri sendiri? Saya tahu,awak nak bebas. Jadi,tolonglah. Jangan ikat saya lagi.” Rosalinda memandang tepat ke arah anak mata Danial dengan harapan Danial boleh memahaminya.
Danial mengeluh.
“Apa pun yang sayang cakap,cakaplah. Abang tetap dengan keputusan abang. Abang akan pertahankan rumahtangga kita sampai akhir nafas abang. Kalau perlu nyawa abang jadi ganti,abang sanggup.”
Rosalinda mengemam bibirnya. Dia mengalihkan pandangannya. Entah kenapa tiba-tiba matanya terasa panas. Air mata yang bertakung di tubir mata segera dikesat.
“Awak tidurlah dulu. Saya nak tengok Hariz.”
Rosalinda melangkah pergi. Danial duduk kaku di birai katil. Sakit macam mana pun hatinya sekarang,sakit lagi hati Rosalinda dulu selepas diduakan oleh dirinya.
Sikit saja lagi,pasti Rosalinda akan menerimanya semula.Dia perlu memberi ruang kepada Rosalinda untuk menyejukkan hatinya.
Danial tahu.
Sekeras-keras kerak nasi,direndam akan lembut juga nanti.
Satu hari nanti,hati Rosalinda akan lembut juga.
YOU ARE READING
Kembalinya Seorang Bidadari [C]
RomansaCOMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,di...